fokus niche

Niche Blog Jangan Terlalu Luas

fokus niche

Niche blog jangan terlalu luas

Niche blog adalah antara perkara asas yang amat penting kita fikirkan untuk kelangsungan perjalanan blog kita di hari mendatang. Seeloknya apa yang kita nak kongsikan dalam blog kita sudah jelas semasa domain didaftarkan lagi.

Namun terlalu memikirkan niche apa hendak diceburi pun tidak bagus juga. Ini adalah kerana ia akan melambatkan kita memulakan penulisan blog kita.

Niche blog jangan terlalu luas. Ini kerana niche blog yang terlalu luas ataupun carca marba akan menyukarkan pembaca mencari apa yang mereka mahukan.

cari google

pelawat yang singgah di blog kita adalah kerana mereka mencari sesuatu

Niche blog yang terlalu luas juga tidak disukai oleh advertiser ataupun pengiklan. Pengiklan lebih suka blog yang mempunyai niche yang sempit atau fokus. Ini memudahkan mereka untuk membuat pengiklanan atau memberi tugasan berbayar kepada blogger.

Tips ini aku dapat hasil daripada perbincangan dengan pihak Nuffnang, sebuah syarikat pengiklanan terbesar di Asia Pasifik sewaktu perjumpaan aku dengan pihaknya tempohari. Jadi niche blog jangan terlalu luas ini juga merupakan tips supaya disukai Nuffnang.

Sebab itulah kalau kita selalu kemaskini borang kaji selidik, kita akan perasan ada satu bahagian tu dia suruh kita pilih kategori blog kita. Berdasarkan kategori atau niche blog yang dipilih itulah oihak Nuffnang mengkelaskan niche blog kita.

Sebenarnya memang agak sedikit sukar untuk kita memfokuskan kepada satu niche semata-mata. Ini adalah kerana penulisan kita akan menjadi terhad kepada niche itu sahaja. Sedangkan blog harus di kemaskinikan setiap hari. Idea untuk niche tersebut kadang boleh hilang.

Niche yang fokus juga memancing pelawat yang lebih spesifik. Untunglah jika niche tersebut memang diminati oleh ramai pelawat. Tapi jika niche yang dipilih adalah niche yang kurang popular, pastinya pelawat unik ke blog kita juga terhad.

Aku ambil contoh blog bisnes dan pendidikan perancangan aku, caknawang.com. Sukar untuk memperolehi pelawat yang ramai. Tetapi aku tau yang pengikut blog itu adalah orang yang betul-betul serius ingin tahu tentang perancangan kewangan. Ini mungkin kerana isi kandungan blog tersebut yang lebih serius mengajak orang ramai memikirkan masa depan dan membuat penyimpanan. Mungkin tajuk sebegini agak berat.

Sebab itu ramai dikalangan bloggers tidak benar-benar fokus kepada satu niche sahaja. Ambil contoh Denaihati.com, misalnya. Walaupun blog tersebut tidak fokus kepada satu niche tertentu tetapi ia hanya menumpukan kepada beberapa niche sahaja. Hasilnya blog denaihati masih menjadi pilihan ribuan pelawat dalam sehari.

Kepada blogger yang mempunyai niche blog yang terlalu luas, tidak mengapa. Blogging adalah suatu proses pembelajaran. Perlahan-lahan tukarkan blog anda kepada blog yang lebih tertumpu kepada niche yang lebih sempit.

Semoga blog kita akan menjadi bertambah mantap dengan tips ini. Semoga bloggers yang buat duit dengan blog dapat terus meningkatkan pendapatan blog dengan tips ini. Dengan tips supaya disukai Nuffnang ini juga diharap dapat bloggers dapat mencuri hati Nuffnang untuk memberikan tugasan berbayar selepas ini.

26 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: