tanda nama

Ninetology Lebarkan Sayap Ke Negara ASEAN

pesawat airasia

logo Ninetology pada pesawat airAsia

Ninetology… Jenama syarikat pengeluar peranti mudah alih di Asia memang sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Juga dikenali dengan nama yang lebih unik iaitu U9, jenama ini semakin hari semakin kemas cengkamannya di negara-negara ASEAN khususnya di Malaysia.

Aku mula mengenali U9 setelah melihat beberapa Billboard yang terpasang di sekitar KL. Terfikir untuk mencari lebih info tentang U9, namun hasrat tersebut hanya tinggal hasrat. Sehinggalah aku diberi peluang untuk membuat review tentang peranti mudah alih U9 ini bersama dengan satu lagi peranti mudah alih daripada jenama yang sudah terkenal di Malaysia.

Pada mulanya aku agak hairan kenapa syarikat ini begitu berani menjemput blogger untuk review produknya bersama-sama dengan produk lain yang lebih terkenal. Rupa-rupa semua itu adalah taktik pemasaran syarikat itu yang ternyata berjaya. Nama U9 semakin dikenali dan mutu peranti mudah alihnya memang tidak menghampakan berbanding dengan jenama peranti mudah alih lain yang sudah terkenal.

Dua kali aku terlibat dalam projek review telefon bombit U9. Review U9R1 ada sedikit isu tetapi sudah aku selesaikan dengan pihak pengurusan syarikat ini. Memang salah aku sebab sedikit lambat menerbitkan entri review aku. Hanya kemaafan yang mampu aku tawarkan kepada syarikat ini dengan harapan hubungan dua hala ini tidak terputus dengan kesilapan dari pihak aku. Sikap keterbukaan syarikat ini dalam menerima permohonan maaf aku sungguh aku kagum. Terima kasih aku ucapkan kerana sikap professional tersebut sehingga aku dijemput lagi ke program pelancaran Ninetology Going ASEAN ini.

Namun, dalam banyak-banyak program aku bersama syarikat ini, program pelancaran telefon U9R1 serentak dengan pelancaran Ninetology Smart Ecology 2 memang tidak dapat aku lupakan. Sebabnya di event ini aku telah memenangi cabutan bertuah. Hadiahnya adalah sebuah peranti mudah alih yang terkini pada masa itu iaitu U9R1 yang kecil molek dan memiliki prestasi yang tidak mengecewakan.

Majlis “Ninetology and Qualcomm Unveil their AirAsia Aircraft Livery Marking an ASEAN Wide Expansion Initiative”

U9 ke ASEAN

Ninetology sedang lebarkan sayap nya ke negara ASEAN

Pada 20 Mac yang lalu aku dijemput lagi ke event syarikat ini iaitu “Ninetology and Qualcomm Unveil their AirAsia Aircraft Livery Marking an ASEAN Wide Expansion Initiative” yang bertempat di Sepang Aircraft Engineering (SAE). Syarikat ini telah melebarkan sayap nya ke seluruh ASEAN.

high management

pihak pengurusan Ninetology dan AirAsia bergambar bersama

Di dalam event ini Ninetology telah mengumumkan sasaran mereka mencapai perolehan sebanyak RM380 juta pada tahun 2014. Pada tahun 2013 mereka telah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM180 juta dengan 12% peranti mudah alih berjaya menembusi pasaran Malaysia (sehingga Disember 2013). Strategy dan inisiatif utama untuk menghadapi pasaran ASEAN turut dikongsi di majlis ini.

Sasaran RM380 juta yang disasarkan pada akhir tahun 2014 itu diunjurkan daripada rancangannya mengembangkan sayap ke Filipina, Thailand dan Vietnam. Rancangan ini telah diterangkan oleh Encik Sean Ng , Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology ASEAN.

gambar ceo ninetology

Encik Sean Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology ASEAN

“Kami telah menjual lebih daripada 1 juta unit setakat ini dan telah berkembang ke Indonesia pada September 2013 dengan berkerjasama bersama penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Agnes Monica. Peranti kami dikuasakan oleh pemproses mudah alih Qualcomm ® SnapdragonTM , pemimpin dunia dalam 3G , 4G dan teknologi tanpa wayar generasi akan datang, untuk meneruskan usaha kami dalam memberikan nilai yang terbaik kepada pengguna kami, seperti yang telah kami buktikan dengan pencapaian kami selama lebih dua tahun yang lalu ,” kata Sean.

Produk Ninetology turut mengukuhkan usahasama projek Komunikasi Pintar pada tahun ini bagi menumpukan perlaksanaan sistem E-Pengesanan dalam penghasilan peranti mesra pengguna.

Ninetology Going ASEAN

Di samping itu, U9 juga turut mengumumkan pelancaran sebuah pesawat AirAsia yang dihiasi dengan logo Ninetology dan slogan “Ninetology Going ASEAN” sebagai tanda perancangan pengembangan jenama ke seluruh ASEAN.

Kempen So Wow For All

Ia juga sebagai tanda pelancaran kempen yang sedang berlangsung, “so WOW for all” yang merupakan projek setahun untuk mengembangkan lagi jangkauan Ninetology terhadap pengguna dan rakan kongsi di negara ini.

Di dalam kempen tersebut, Ninetology sedang melaksanakan misi untuk melibatkan diri dengan komuniti digital secara besar-besaran bersama mereka yang berpengaruh di dalam bidang media sosial. Ini akan membuka jalan kepada rangkaian media digital di Malaysia. Ninetology juga mempunyai giveaway bulanan (# bertemakan 9Giveaway) pada setiap 9 haribulan di setiap bulan.

Satu lagi “wow” dalam kempen ini adalah web-siri, yang dijadualkan akan dilancarkan pada suku kedua 2014.

Pusat Khidmat Pelanggan

Ninetology juga akan melabur sehingga RM5 juta , untuk meningkatkan pusat perkhidmatan untuk 9 lokasi berbeza di seluruh Malaysia pada tahun 2015 sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan mereka di negara ini.

Kerjasama dengan Qualcomm

Perkongsian Ninetology dan Qualcomm dijangka menjadi pemacu utama untuk rancangan mereka melebarkan sayap ke ASEAN. Ini boleh dilihat dengan terhasilnya peranti mudah alih LTE yang akan diumumkan sekitar bulan April 2014 nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ninetology , sila lawati laman web mereka www.ninetology.com.

U9J1

warna ninetology U9J1

U9J1 didatangkan dalam 4 warna

Turut dilancarkan pada event tersebut adalah peranti mudah alih terkini iaitu U9J1. Peranti mudah alih yang kecil molek dan bergaya.

Warna

Didatangkan dengan 4 warna bergaya yang berbeza iaitu Rave Red, Calssic Black, Fuschia Pink dan Neon Green.

Sistem Operasi

peranti mudah alih ini beroperasi dengan menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread.

Processor
1.0GHz Dual-core CPU dengan processor Qualcomm Sanpdragon 200. Ini membolehkan peranti mudah alih ini beroperasi dengan lancar.

Paparan
paparannya 3.5 HVGA TFT. Cukup untuk keseronokan melayari internet dan menaip teks.

Kamera
2MP kamera belakang. VGA untuk kamera depan. Cukup untuk mengambil gambar yang asas. Ada Digital Zoom, Brightness Adjustment, dan Pilihan Kesan Khas (Effect Options).

Sila ke spesifikasi U9J1 untuk info lanjut berkenaan spesifikasi penuh. Namun ciri yang paling menarik pada peranti mudah alih ini adalah harganya hanya RM199, peranti pintar mudah alih yang mampu dimiliki oleh semua orang.

u9j1 2

Mengenai Ninetology

gambar maskot komik

perkerja Ninetology bergambar bersama maskot watak komik

Ninetology merupakan sebuah syarikat teknologi peranti mudah alih ASEAN. Syarikat ini dipacu oleh sikapnya terhadap kemajuan dan ia berusaha untuk pertumbuhan luar biasa seiring dengan kemajuannya. Berbangga dengan pencapaiannya yang setanding dengan teknologi global dan standard antarabangsa, ia menekankan ciri-ciri seni dan keindahan. Diilhamkan oleh gaya hidup yang berani dan pantas, produk Ninetology adalah penyelesaian hari ini dari segi praktikal dan fungsi. www.ninetology.com/u9/

gambar kambing bakar

sedap juga kambing bakar yang disediakan untuk makan tengahari ni

7 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: