Ninetology Mampu Bersaing Dengan Jenama Smartphone Yang Lain

syarikat berasal dari Malaysia, Ninetology

syarikat berasal dari Malaysia, Ninetology

Ninetology, sebuah syarikat pengeluar teknology peranti mudah alih ASEAN sungguh cepat meletakkan jenamanya di persada antarabangsa. Mungkin strategy pemasaran yang digunapakai memang berkesan.

Aku mula menyedari kehadiran Ninetology pada awal tahun yang lalu walaupun jenamanya sudah agak lama berada di pasaran. Melalui iklan billboardnya yang dipasang disekitar Kuala Lumpur jenama ini mula berada di fikiran aku. Tetapi ianya belum sampai ke tahap aku mencari produknya.

Sehinggalah aku mengetahui bahawa Ninetology sedang mencari bloggers untuk membuat review tentang smartphonenya. Apa yang menarik ialah kebijakan strategy Ninetology membenarkan bloggers meminjam 2 unit smartphone – 1 pilihan smartphone daripada jenama Ninetology sendiri, 1 lagi pilihan smartphone dari jenama terkenal seperti Samsung, Sony, LG dan lain-lain.

Blogger tidak dibayar untuk review yang dibuat tetapi blogger boleh membawa balik 2 unit smartphone tersebut untuk diguna pakai seperti smartphone sendiri.

Pada awalnya aku tidak faham akan strategy Ninetology ini. Aku memilih untuk membuat review untuk smartphone Ninetology X1 dan Samsung S4. Keduanya bukan smartphone yang setanding dari segi spesifikasinya. Macamana aku nak membandingkan 2 smartphone yang tidak sama spesifikasinya. Pada pandangan aku, kalau nak membandingkan 2 smartphone, mereka mestilah setara dari segi spesifikasinya. 

Di antara Ninetolgy X1 dan Samsung S4, memang la Samsung S4 lebih hebat. Jadi mana adil jika aku membandingkan diantara keduanya.

Ninetology X1 tidak juh ketinggalan dengan Samsung S4

Ninetology X1 tidak juh ketinggalan dengan Samsung S4

Jadi untuk review aku ini, aku mengambil keputusan untuk membuat review secara umum. Review dari segi kegunaannya kepada kehidupan aku seharian sebagai blogger.

Untuk Samsung S4, memang aku sangat berpuas hati lah dengan prestasinya. Tiada kekurangan pada pandangan aku. Anda boleh rujuk spesikasi penuh Samsung S4 di laman web GSM Arena.

Jadi sekarang aku akan bandingkan smartphone Ninetology X1 ini dengan menjadikan Samsung S4 sebagai tanda aras (benchmark).

Ini review aku:

1. Kelajuan prestasi

Sebagai blogger, memang aku memerlukan sebuah smartpone yang agak laju processornya untuk aku kemaskini blog secara Live. Juga untuk aku menggunakan media sosial untuk berkongsi event yang aku hadiri dengan rakan-rakan. Ini sebenarnya adalah prasyarat daripada sesetengah PR ataupun syarikat yang menjemput aku untuk membuat liputan tentang event syarikatnya.

Untuk ini Ninetology X1 ini, perkara ini tidak menjadi masalah dengan aku. Prestasinya agak memuaskan. Dengan 1.2GHz quad-core MediaTek MT6589 processor dan 1GB RAM, pertukaran antaramuka pengguna agak laju dan licin. Tiada masalah. Aku berpuas hati. Ianya tidak banyak beza dengan prestasi Samsung S4 walaupun Samsung S4 lebih laju sedikit.

2. Ruang simpanan data yang besar

Ruang penyimpan data juga aku perlukan yang besar untuk menyimpan nota-nota dan gambar-gambar yang aku akan masukkan ke blog nanti.

Ninetolgy X1 tidak kurang dengan fungsi ini. X1 menggunakan 16GB penyimpan data dalaman dengan tambahan kad memori luaran. Dengan fungsi ini pun aku tiada masalah dengan X1. Aku berpuas hati.

3. Kamera

Kamera yang bagus adalah perkara yang mesti ada pada smartphone seorang blogger seperti aku. Aku perlukan camera yang bagus kerana aku tidak mahu membawa kamera DSLR yang agak besar yang mengganggu pergerakan aku semasa menghadiri event.

Samsung S4 memberikan kepuasan kepada aku untuk fungsi ini dengan lebih ketara. S4 mempunyai kamera yang lebih keupayaan untuk aku mengambil gambar. S4 mempunyai kamera dengan keupayaan 4 kali fungsi zoom. Dan gambar yang terhasil tidak pecah pixelnya walaupun di zoom sehingga 4 kali.

Pengambilan gambar di bawah cahaya yang malap juga sangat memuaskan dengan S4 ini.

Berlainan dengan X1, walaupun mempunyai keupayaan yang sama iaitu kamera 13 megapixel, tetapi hasil yang diperolehi berlainan ataupun kurang daripada hasil yang diperolehi daripada S4.

Gambar yang diambil dengan fungsi zoom kurang kualitinya. Ia tidak setanding dengan ketajaman gambar S4. Pengambilan gambar di bawah cahaya malap juga tidak memuaskan hati aku. Kualitinya agak jauh berbanding S4. Begitu juga dengan pemprosesan kamera. X1 agak lambat memproses gambar selepas shutter ditekan.

X1 zoom cahaya malap

Gambar dengan fungsu zoom yang sedikit kurang mantap

x1 gambar jauh

gambar yang diambil dari jarak jauh agak memuaskan

x1 gambar dekat

gambar jarak dekat di bawah cahaya terang tiada masalah

x1 gambar cahaya terang gambar jauh

gambar jauh yang kurang jelas

Jadi untuk fungsi kamera, X1 memang jauh dibelakang s4.

Oh ya, untuk fungsi video, X1 tidak kurang mutunya rakamannya:

 

4. Skrin

Skrinnya yang berukuran 4.8-inch Super AMOLED HD agak tajam dan selesa untuk tatapan terutama untuk melihat gambar dan menonton video.

4 perkara di atas adalah perkara yang paling asas untuk aku sebagai seorang blogger perlukan pada sesebuah smartphone. Jika perkara di atas dapat dipenuhi maka ia sudah cukup untuk aku berpuas hati.

X1 secara keseluruhannya memuaskan hati aku, walaupun kameranya ada sedikit keurangan. Tetapi kekurangan tersebut dapat diimbangkan dengan harganya yang jauh lebih murah (tidak sampai RM1,000) daripada S4.

Tambahan pula X1 mempunyai kelebihan lain yang tidak ada pada S4 iaitu ia boleh menggunakan 2 kad sim. Di dalamnya terdapat 2 slot untuk dimasukkan 2 kad sim. Kad sim yang dimasukkan ini berupaya memberikan servis 3G berbanding dengan telefon lain yang juga ada 2 slot kad sim tetapi hanya satu slot yang membenarkan kad sim beroperasi dengan 3G.

Namun hanya satu hanya akan aktif semasa panggilan sedang dibuat atau diterima. Tetapi pengguna boleh memilih untuk menggunakan mana kad sim yang disukai.

Aku bercadang untuk membeli satu unit X1 ini. Harapannya agar Ninetolgy boleh timbangkan harga yang lebih rendah memandangkan aku telah buat review untuknya.

Terima kasih kepada Ninetolgy kerana sudi memilih aku ke dalam program ini. Tahniah kerana program bijak ini berjaya menempatkan Ninetology setaraf dengan smartphone lain di pasaran Malaysia.

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: