restoren di #NNFoodFest

#NNFoodFest – Are you ready to TW(EAT)?

Pesta makan #NNFoodFest

#NNFoodFest – event yang julung kali diadakan

Are you ready to TW (EAT)? Adakah anda sudah bersedia untuk makan sambil tweet di twitter?

Event ini adalah event yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh Nuffnang.

Event yang pertama kali sepertinya yang diadakan di Malaysia ini menjemput semua bloggers di Malaysia untuk menyertai sama-sama memeriahkannya. Apa yang blogger perlu buat untuk makan di event tersebut hanyalah pilih makanan yang disediakan oleh restoren yang mengambil bahagian, kemudian hasilkan satu tweet daripada akaun twitter anda. Dah… Anda sudah boleh makan.

Event yang sudah lama dirancang oleh Nuffnang ini selain daripada memperkenalkan restoren yang mengambil bahagian, boleh memperkenalkan para bloggers yang lain sesama mereka. Blogger ini kebanyakannya memang kenal di antara satu sama lain. Tetapi perkenalan mereka biasanya hanya di alam siber. Event ini boleh memperkenalkan mereka ini.

restoren di #NNFoodFest

antara restoren-restoren yang mengambil bahagian di event tersebut

Di pihak restoren yang mengambil bahagian pula, mereka boleh memperkenalkan produk sajian dan restoren mereka kepada bloggers. Langkah bijak mereka menyertai #NNFoodFest ini akan memberi keuntungan kepada mereka apabila bloggers mula menulis tentang restoren dan manu sajian mereka. Mereka secara tidak langsung mengiklankan restoren dan sajian mereka kepada dunia luar melalui blog.

Iklan berupa entri daripada blogger ini akan kekal di dalam internet selagi entri belum dipadam oleh pemunya blog. Iklan mereka ini akan timbul lagi apabila orang di luar sana mencari dengan menaip kata kunci di enjin carian di internet.

Antara yang menarik di dalam event ini apabila aku rujuk kepada tentatif event ialah sesi Tips dan trick untuk mengambil gambar makanan oleh fotografer profesional dan cara-cara menjadi blogger makanan oleh blogger makanan otai yang sudah menempa kejayaan.

tentatif event #NNFoodFest

tentatif event pada hari tersebut

Jom sama-sama memeriahkan #NNFoodFest ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 5hb Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 3PM- 10PM
Tempat : Blue Entrance, Sunway Pyramid

Layari laman web #NNFoodFest untuk maklumat lanjut.

Ada 3 hari lagi termasuk hari ini. Jom semua. Kita jumpa di sana!!!

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: