Nursery Ditutup Disebabkan Demam Campak (Measles)

Hari ni aku cuti. Rehat di rumah menjaga Ifza. Ifza kena duduk rumah selama 21 hari atas nasihat pakar perubatan untuk mencegah demam campak (measles) yang menjangkitinya merebak kepada kanak-kanak lain di nursery tersebut.

Dalam pada itu, dalam waktu yang sama rupa-rupanya minggu lepas ada lagi 3 bayi di nursery tersebut yang dijangkiti demam campak. Dua daripadanya diberitakan telah dimasukkan ke wad ICU.

Pagi semalam aku telah dihubungi oleh pegawai kesihatan daripada Pusat Kesihatan Daerah Petaling membuat kaji selidik berkenaan Ifza yang telah dijangkiti. Pegawai tersebut seterusnya pergi ke nursery dan membuat pemeriksaan di sana. Rentetan daripada itu nursery tersebut digesa supaya ditutup selama 21 hari untuk membendung gejala demam campak ini.

Bahaya juga demam campak ni ya.. aku ingat biasa-biasa saja. Sebab dulu-dulu kat kampung ada je orang demam campak tapi tak ada lah sampai kena tutup nursery macam ni.

Jadi hari ni sambil jaga Ifza aku cubalah cari maklumat tentang demam campak (measles) ni. Ini hasilnya:

Demam Campak (Measles)

tanda-tanda demam campakPenyakit ini amat mudah berjangkit. Apabila ia menjangkiti mangsanya, tanda-berikut akan kelihatan:

  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selesema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair/konjuktivitis

Antara komplikasi yang disebabkan oleh demam campak ini ialah:

  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Jangkitan pada telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian

Demam Campak (measles) ini disebabkan oleh virus campak. Ia disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap.

Virus campak juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar. Virus campak mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi.

Bayi yang berumur kurang setahun, kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi, dan sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak adalah golongan yang berisiko untuk mendapat demam campak.

Tiada rawatan khas untuk demam campak. Cuma komplikasi tadi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera. Jadi ibubapa dan penjaga hendaklah peka dengan sindrom yang ditunjukkan dan bertindak segera jika mengesaki anak-anak terkena penyakit tersebut.

Bawalah anak anda mendapatkan suntikan imunisasi demam campak dengan segera

Bawalah anak anda mendapatkan suntikan imunisasi demam campak dengan segera

Jadi langkah awal dan pencegahan ibubapa sebelum demam campak menjangkiti anak anda ialah, bawalah anak ke klinik berdekatan untuk diberikan suntikan pelalian. Sekurang-kurangnya kita telah mengambil langkah inisiatif untuk mencegah.

12 comments

    • sohoque 22 April, 2013 at 17:16 Reply

      wassalam. yg penting kita dptkan suntikan imunisasi. masalahnya suntikan imunisasi hanya diberi selepas abby berumur setahun ketas. baby sy yg kena ni baru berumur 10 bln

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: