Buffet Ramdhan mewah dengan makanan

Oh Buffet Ramadhan…

Buffet Ramdhan mewah dengan makanan

Buffet Ramdhan mewah dengan makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 5 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kita semua dapat mengharungi dengan tabah walaupun pada hari pertama dan kedua terasa ujian agak berat.

Menurut pandangan dari sudut sains, hari-hari terawal yang kita rasakan sedikit kepayahan tersebut adalah kerana badan mula membuang toksin-toksin daripada badan kita. Itu lah yang menimbulkan suasana yang kurang selesa kepada badan.

Namun ketidak selesaan itu semua tidak akan terasa oleh orang-orang selalau mengamalkan puasa sunat hari Isnin dan Khamis.

Di bulan ramadhan ni di samping meriah dengan pahala amal ibadat, ia juga meriah dengan makanan ketika berbuka puasa. Bazaar Ramadhan adalah tempat yang paling sibuk di bulan ini.

Selain itu banyak juga buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh hotel, restoran dan catering. Peluang di bulan puasa ini diambil sepenuhnya oleh mereka. Memang yang menawarkan buffet ini meraih keuntungan berlipat kali ganda. Apa tidaknya, bayaran yang dikenakan agak tinggi. Dengan seharian perut kosong, berapa harga yang dikenakan tidak mengapa janji makanan sedap belaka.

Persoalannya berapa besar sangat perut kita ni untuk dimuatkan makanan banyak-banyak. Kena pulak masa mula-mula berbuka tu dah pulun air banyak-banyak. Sepinggan sahaja yang berjaya masuk perut. Paling banyak pun 2 pinggan.

Oh ya sebut tentang buffet Ramadhan ni aku ada beberapa jemputan untuk dihadiri. Makan free siapa yang tak mahu. Ya tak? Cuma sedikit masalah aku tahun ini ialah isteri balik keje agak lewat. Kadang-kadang ngam-ngam waktu berbuka dia sampai rumah. Kadang-kadang selepas waktu berbuka baru dia sampai.

Inilah yang menjadi masalah aku untuk hadir ke jemputan buffet Ramadhan. Takkan la nak biarkan anak-anak aku ni berbuka sendiri tanpa mak dan ayah mereka. Tak sampai hati pulak rasanya. Nak bawa mereka sekali agak mustahil sebab jemputan hanya untuk aku seorang sahaja.

Aku ada beberapa baucer buffet Ramadhan yang belum digunakan. Antaranya buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort. Tengah cari masa sesuai untuk ke sana yang terkenal dengan Santapan 29 Malam nya. Yang ni ok la sebab boleh bawa satu family.

tunggu masa untuk pergi

tunggu masa untuk pergi

Oh ya… Jika sesiapa tengah mencari buffet Ramadhan untuk dihadiri secara berseorangan maupun berkumpulan, anda boleh memasukkan Buffet Ramadhan Casa Ombak di dalam senarai destinasi berbuka puasa anda. Harganya memang berbaloi dengan pengalaman yang anda akan dapat di sana nanti.

harga-buffet-ramadhan-casa-ombak

Selamat berpuasa dan berbuka. Selamat berpesta ibadah di bulan yang mulia ini.

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: