Ok.. diorang dah boleh jalan sendiri…

Alhamdulillah. Pemenang contest SEO Bedak Asmak yang dianjurkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd dah diumumkan.

Assalamualaikum wbt.
maaf mengganggu.Ini adalah broadcast message.

Maaf sebab lambat umumkan.Tahniah pada semua pemenang.Dan terima kasih pada semua peserta.Jika alamat masih sama atau berubah sila maklumkan untuk hadiah penyertaan sebagai penghargaan.

Kepada pemenang di bawah kami perlukan alamat dan no acc.

Tahniah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Keputusan pertandingan blog seo siri 2 MHAMSB – Bedak Asmak

Tempat pertama :

http://shiqeensattar.com/cara-merawat-ekzema-dan-psoriasis-penyakit-kulit/
markah 28/30

Tempat kedua

http://saidila.com/2017/01/5-cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan-psoriasis-pada-bayi.html/
markah 20/30

tempat ketiga

http://www.elihjapahar.com/2017/02/cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan.html?m=1
markah 19/30

saguhati 1

http://mamakembartiga.com/2017/02/cara-rawat-penyakit-kulit-ekzema-si-fahmi.html/

saguhati 2

http://sohoque.com/cara-aku-merawat-ekzema-pada-ifza/

saguhati 3

http://ninamirza.com/2017/01/24/cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan-psoriasis-pada-bayi/

saguhati 4

http://umminani.com/2017/01/bedak-asmak-merawat-penyakit-kulit-ekzema

saguhati 5

http://teacherbasariah.blogspot.my/2017/01/penawar-ruam-ekzema-dan-psoriasis.html

Ada jugak nama aku tersenarai. Hahaha… Ok la result tu. Bersesuaian dengan usaha yang aku buat. Allah maha adil. Orang berusaha dan berdoa lebih, lebih layak menjadi pemenang utama.

contest SEO

Aku pada mulanya tak nak join contest ni. Rasa macam tak best pulak bersaing dengan student sendiri. Tapi hari-hari akhir sebelum contest melabuhkan tirai, aku dapat ilham lain.

Masa tu terdetik dalam hati apa salahnya aku buat entri dan sertai contest ni. Sekurang-kurangnya aku dapat tolong promosikan produk orang melayu kita.

Lagipun produk yang sedang dipromosikan ni memang berkualiti. Bedak Asmak ni memang bagus. Aku dah repeat order dah sebelum ni untuk kegunaan anak bongsu aku Ifza yang mengidap ekzema. Kiranya review aku untuk contest tu adalah hasil daripada pengalaman sendiri yang guna produk ni.

So 3 hari sebelum contest tutup aku tulis entri tu. Kebetulan pulak masa tu aku dah beberapa hari dah tak update blog aku dek kerana kesibukan kerja aku sebagai UTC.

Aku suka contest SEO yang dianjurkan oleh MHAM ni sebab ianya lain sikit daripada yang lain. Biasanya contest SEO tumpukan pada 1 keyword jer untuk dinaikkan. Tapi contest ini 3 keywords diwajibkan untuk dioptimasikan sebagai syarat menang contest. Haaa mencabar sikit kan tu.

Alhamdulillah walaupun masuk last minit keyword “cara merawat ekzema dan psoriasis” berjaya menduduki ranking pertama pada hari penutup dan penilaian pemenang.

Namun 2 keywords lagi iaitu “penyakit kulit ekzema” dan “ekzema pada bayi” tak sempat pecut untuk bersaing di mukasurat pertama enjin carian google.

Aku yakin kalau ada masa lagi keyword tu akan muncul di mukasurat pertama dengan “baja dan siraman yang mencukupi”. Takper lah. Dah objektif aku bukannya nak menang sangat so dapat la apa yang aku nak. Kaaaan…

Tapi yang lebih buat aku gembira dan bangga adalah apabila 6 daripada 8 pemenang yang diumumkan itu adalah student MYSC, company aku dan Hafiz Rahim. Dan kamilah tenaga pengajar mereka.

Ok. Mereka dah boleh jalan sendiri. Walaupun banyak lagi yang mereka perlu belajar sekurang-kurangnya dengan keputusan ni aku tau yang diorang dah paham apa yang diorang pelajari.

Kalau diorang sudi, boleh la aku serap diorang ke dalam projek khas lepas ni…

Aku harap mereka teruskan sikap humble mereka lepas ni…

Tahniah korang… Aku bangga…!

12 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: