OS Terbaru Daripada Android

Android ialah sistem operasi untuk peranti mudah-alih berasaskan Linux seperti smartphones and komputer tablet. Ia dimajukan oleh Open Handset Alliance yang diketuai oleh Google.

Antara yang menarik tentang Android ini ialah ia menggunakan nama-nama makanan untuk Sistem Operasinya. Antara sistem operasi yang pernah Android keluarkan adalah Gingerbread, Honeycomb dan Ice Cream Sandwich.

Agak-agak apa nama sistem operasi Android selepas ini ya?

Ada berita yang terbocor dan telah dibincangkan di XDA Forum, bahawa versi terbaru sistem operasi Android diberi nama Android 5.0 Jelly Bean. Nama makanan lagi yang dipilih :lol:

Android 5.0 Jelly Bean

Android Jelly Bean

Mengikut sumber yang dipercayai di XDA Forum, Android 5.0 Jelly Bean akan digunapakai kepada Samsung Galaxy Nexus yang Baru. Samsung Galaxy Nexus S yang sedia ada menggunakan operasi sistem Ice Cream Sandwich.

Itulah Android. Terlalu cepat sistem operasi yang baru dikeluarkan. Ada yang berpendapat ini adalah salah satu kelemahan Android. Berbeza dengan Apple, ia menekankan kepada sistem operasi yang lama tetapi menambahkan dan memantapkan fungsi-fungsi yang sedia ada. Lihat sahaja iPhone 5. Sampai kini ianya belum dikeluarkan. Baru-baru ini khabar angin kuat bertiup mengatakan iPhone 5 akan dikeluarkan. Namun sebaliknya iPhone 4s sahaja yang dikeluarkan. Begitu juga dengan iPad. Yang dikatakan iPad 3 yang dilancarkan baru-baru ini bukanlah versi baru iPad. Ia lebih kepada menaip taraf iPad 2 dengan menambahkan fungsi-fungsi baru.

358 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam