Page Untuk Blogwalking

Saya membuka satu page untuk activity blogwalking iaitu Blog and Site Lists. Tujuannya ialah untuk memudahkan saya membuat blogwalking dengan melawat ke blog-blog yang tersenarai dengan hanya meng”klik” link-link yang telah saya sediakan. Ia juga akan memudahkan pelawat-pelawat saya pergi ke blog-blog tersebut. Dengan cara ini saya dapat membantu rakan-rakan bloggers dengan menjadi referral ke blog mereka.

Page blogwalking ini masih di dalam pembikinan. Masih dikemaskini. Saya akan membahagikan blog-blog mengikut kategori masing-masing. Setakat ini saya telah masukkan blog-blog yang banyak membantu saya dalam ilmu blogging ini. Juga blog-blog ilmiah dan keagamaan yang saya selalu ikuti. Disenaraikan juga laman sesawang suratkhabar-suratkhabar utama.

Jadi kepada rakan-rakan blogger sekalian. Sesiapa yang inginkan blog anda tersenarai di page ini sila response dengan meninggalkan komen anda di entry ini. Namakan blog anda dan kategori yang patut saya letakkan.

Semoga dengan adanya page ini akan memeriahkan lagi blog saya dan juga blog anda.

Sekian terima kasih.

 

NOTA:

Page ini sudah saya buang memandangkan respons daripada pembaca yang mengatakan mereka agak malas visit page. Saya gantikan senarai blogwalking saya ini dengan widget yang saya letakkan di sebelah kanan blog sohoque.com. Widget tersebut memaparkan blog-blog yang saya biasa buat lawatan. Yang bagusnya ia memaparkan tarikh terakhir blog tersebut menerbitkan entri.

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: