More

    PatentMall Tempat Pertemuan Pemilik Patent Dan Orang Ramai Secara Online

    Produk mantap tapi tidak diketengahkan

    Hydra Sky Juice, mineral water brewed by membrane… Produk yang diresearch dan dikeluarkan oleh Universiti Teknology Malaysia. Ini adalah contoh produk yang telah dipatentkan tetapi belum dikomersialkan.

    Air minuman Hydra yang dihasilkan oleh Universiti Teknologi Malaysia
    Air minuman Hydra yang dihasilkan oleh Universiti Teknologi Malaysia

    Universiti tempatan kita memang berkemampuan tinggi dalam research dan teknologinya. Aku pernah menghadiri majlis yang mengiktiraf pencapaian research universiti (ukm, upm, usm, utm dan lain-lain) Malaysia yang diadakan tidak lama dulu di universiti Malaya.

    Memang aku sangat kagum dengan universiti kita selepas program itu. Apa tidaknya jurnal yang dihasilkan oleh professor kita dan diterbitkan oleh universiti kita diiktiraf oleh universiti-universiti ternama diluar negara. Ada di antara jurnal di dalam bidang tertentu menjadi antara jurnal yang terbaik dunia dan menjadi rujukan oleh pelajar-pelajar di universiti Oxford, Cambridge dan sebagainya. Serius aku sangat bangga.

    Begitu juga dengan produk-produk terbaru dipasaran. Universiti kita banyak buat research dan keluarkan produk yang berkualiti tinggi. Dan produk-produk ini telah siap dipatentkan.

    Masalah tiada pihak untuk mengetengahkan produk-produk tersebut adalah antara punca orang awam tak tahu pun produk-produk tersebut wujud.

    PatentMall

    Kini masalah tersebut dah dapat diatasi dengan adanya patentmall.asia. Satu “marketplace” yang menemukan pengeluar produk dan enterprenuer yang ingin mengenengahkan produk tersebut.

    Muhammad Moha Krishna, CEO Patetmall
    Muhammad Moha Krishna, CEO Patentmall

    Perkidmatan PATENTMALL ini adalah percuma kepada orang ramai dan pemilik patent. PatentMall menyediakan “platform” pengiklanan percuma untuk semua ciptaan harta intelek (patent, copyright, trademark, industrial design) yang kebanyakannya dikeluarkan atau dicipta oleh sektor pendidikan iaitu Universiti-universiti atau pihak Research Institution ” (R.I) di Malaysia.

    PatentMall wujud pada tahun 2012 dan selama 4 tahun menjalankan kajian mengenai solusi terbaik bagi pengkomersialan paten. Pada tahun 2015 PatentMall berjaya mendapatkan dana daripada CRADLE FUND bagi mewujudkan prototaip portal web untuk proses jual beli paten secara terbuka atas talian (Online).

    tenaga penting di sebalik PatentMall
    tenaga penting di sebalik PatentMall

    PatentMall Sdn Bhd telah melancarkan PATENTMALL.ASIA dengan kerjasama MATRADE, CRADLE FUND dan Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) serta mendapat sokongan dari KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, MALAYSIA dengan menekan kepada “MALAYSIAN TECHNOLOGY GOING GLOBAL” telah diadakan di MENARA MATRADE Kuala Lumpur. Majlis ini telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Prof Dr.Asma Binti Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

    YBhg Dato’ Prof Dr.Asma Binti Ismail
    YBhg Dato’ Prof Dr.Asma Binti Ismail

    Anda boleh ke www.patenmall.asia untuk mencari produk-produk berkualiti yang kebanyakkannya di kaji dan dikeluarkan oleh universiti tempatan kita. Setakat ini pengeluar produk baru adalah terdiri daripada research universiti di malaysia.

    Melihat peluang dan kemantapan laman web tersebut, aku cukup yakin apabila Laman web marketplace patentmall ini sudah dikenali, akan ada syarikat-syarikat tempatan yang akan tampil untuk mengengahkan produk ciptaan mereka dan dipamerkan di sini.

    Pencipta atau pemilik paten dapat memuat naik informasi ciptaan mereka dengan sendiri di PatentMall sekaligus mengiklankan Paten mereka. Uniknya PatentMall ini adalah kerana setiap paten akan diiklankan melalui “Technology Profile Page” (TPP). Pelawat dapat memahami Paten tersebut dalam hanya 3 minit atau kurang. Ini adalah kerana informasinya sangat jelas, ringkas dan disokong oleh gambar dan video. Tiada lagi bacaan data teknikal yang panjang dan membosankan.

    patentmall
    Laman Web Patentmall

    Perkembangan ini pada aku amat bagus sekali untuk menggalakkan syarikat ataupun orang perseorangan menceburi bidang perniagaan. Ramai orang di luar sana mahu berniaga tetapi mereka tidak tahu apa yang ingin diniagakan.

    Komen sohoque

    Dengan adanya laman web marketplace ini sekurang-kurangnya orang ramai di luar sana ada idea apa yang mahu dijual. Yang selebihnya mereka hanya perlu mencari sedikit modal dan merancang aktiviti pemasaran dan jualan mereka.

    Konsep marketplace ini amat mudah. Ia menemukan pembeli / pencari produk dan penjual produk yang telah di buat research dengan kemahiran dan teknology terkini di dalam satu laman web. Tak perlu keluar untuk mencari produk. Hanya duduk di depan komputer atau smartphone dan anda akan terdedah dengan pelbagai produk daripada pelbagai bidang. Sangat mudah.

    Dengan kerjasama persatuan usahawan PPIPBM, organisasi SME’s dan MATRADE, pencarian teknologi tempatan akan menjadi lebih mudah. Dengan adanya Patentmall ini, usahawan dengan mudahnya dapat mencari teknologi baru bagi membantu perusahaan mereka.

    Moga dengan adanya marketplace ini, ia akan membuka pelbagai peluang terutamanya kepada bumiputera untuk menceburkan diri di dalam perniagaan.

    Apa yang perlu dibuat ialah mempromosikan portal marketplace ini kepada orang ramai untuk wujudkan kesedaran akan wujudnya marketplace ini.

    Sebagai blogger dan pengamal media sosial, aku mengambil tanggungjawab ini melalui hebahan di media sosial dan melalui penulisan di blog ini. Untuk anda pula, anda boleh membantu mempromosikan portal marketplace ini dengan berkongsi artikel ini di media sosial, whatsapp dan sebagainya. Butang sharing ada terapung di sebelah kiri anda. Pilih media sosial mana yang anda ingin kongsikan dan klik butang media sosial tersebut dan publish.

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a Reply to Interior Pekanbaru Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge