SuperMokh The Musical

Pelakon SuperMokh the Musical Di NU Sentral Mall

SuperMokh The Musical

SuperMokh The Musical

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa dah tonton teater SuperMokh The Musical? Dengar kata teater ini pun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sebabnya SuperMokh The Musical kali ini ada pementasan semula rentetan persembahan yang sebelum ini mendapat sambutan hebat.

Aku juga kalau diberi peluang memang nak pergi lihat sendiri pementasan teater ini. Lihat daripada pelakon-pelakonnya sahaja dah tau teater ni best. Siapa tak kenal Awie, Maya Karin, Douglas Lim dan Rashidi Ishak, pelakon-pelakon yang tidak asing lagi dengan mutu lakonan mereka yang berkualiti.

Douglas Lim. Hahahaha..! Sebut namanya saja aku dah tergelak. Mamat ni memang lawak la kalau dia berlakon. Memang bersahaja. Aku kenal dan minat dia ni sejak tengok dia berlakon dalam teater Lawak Ke Der 3 sedikit masa dahulu. Tiket kami ke persembahan tersebut ditaja oleh Celcom Escape.

Dari kiri: Awie, Douglas Lim, Maya Karin dan Rashidi Ishak

Dari kiri: Awie, Douglas Lim, Maya Karin dan Rashidi Ishak

Seronok juga dapat tiket percuma ni. Terutama tiket untuk menonton teater yang bermutu seperti Lawak Ke Der dan SuperMokh The Musical ni.

Oh ya.. Ada berita baik untuk anda. Sesiapa yang inginkan tiket percuma untuk ke persembahan teater SuperMokh The Musical, anda sebenarnya berpeluang mendapat apa yang anda inginkan.

Pada hari Isnin, 15 September 2014 ini, pelakon-pelakon SuperMokh The Musical akan berada di pusat membeli belah NU Sentral untuk berteu dengan peminat. Mereka berada di sana pada pukul 12.30pm. Di majlis inilah 10 tiket akan diberi kepada peminat-peminat yang hadir. Manalah tau anda terpilih sebagai penerima bertuah tiket-tiket tu..

Bukan tiket saja yang anda berpeluang untuk menang. Anda juga boleh bergambar dan beramah mesra dengan Awie, Maya Karin, Douglas Lim dan Rashidi Ishak. Rugi kalau lepaskan peluang ini.

NU Sentral

NU Sentral - tarikan terbaru Kuala Lumpur

NU Sentral – tarikan terbaru Kuala Lumpur

NU Sentral… Mungkin ada di antara anda yang tidak pernah mendengar nama pusat membeli belah tersebut. Jika nama tak pernah didengar, apatah lagi lokasinya.

NU Sentral adalah pusat membeli belah dan merupakan tarikan terbaru di KL. Lokasinya adalah bersebelahan dengan KL Sentral. Tempat ini amat senang untuk dikunjungi kerana KL Sental adalah pusat pertembungan semua pengangkutan awam darat di Lembah Kelang ini.

Banyak pilihan pengangkutan untuk membawa anda ke sana selain membawa kenderaan peribadi anda. KTM Komuter, Monorel, LRT, bas dan teksi semuanya bertumpu ke KL Sentral. Jadi ketiadaan kenderaan dan tidak tahu lokasi bukanlah alasan yang sesuai.

Jadi jom kita ke NU Sentral pada hari Isnin ini. Mana la tau rezeki kita dapat tiket percuma.

20 comments

  1. ummizarra 17 September, 2014 at 13:37 Reply

    Tiket free.. seronoknya.
    tak pernah lagi dapat utk teater. ehheheheh

    Nu Sentral tau lama dah zaman keje2 ngn company arkitek tp tak sangka dah siap pun benda ni. Haishhhh

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

You might be interested

%d bloggers like this: