Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Ini adalah entri yang tertangguh.. hehehe.. Kena la buat entri juga sebab dah hadir event dia. Lagipun keterlewatan ini bukannya apa. Ia disebabkan blog aku yang pada masa itu masih belum pulih daripada serangan malware.

Keluarga aku adalah pegguna susu jenama Dumex ini sejak lama dahulu. Anak aku sendiri daripada anak pertama sehingga anak ke 3 menggunakan susu formula Dugro.

Yang bagusnya Danone Dumex ini sering melakukan research untuk menambah nilai produknya dari masa ke semasa. Lihat sahaja Dugro. Daripada dulu sampai sekarang ada sahaja perubahan packaging dan nutrisi yang ditambah.

Baru-baru ini di AEON Big Mid Valley, satu majlis pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri (versi terbaru) telah diadakan. Ramai wakil dari pihak media dan bloggers dijemput hadir.

Dumex Dugro 5 Power Nutri registration

 

Refreshment yang disediakan

Refreshment yang disediakan

Dumex Dugro 5 Power Nutri ialah satu formula susu yang menyokong perkembangan tumbesaran menyeluruh untuk kanak-kanak membesar. Tumbesaran menyeluruh termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan.

Menurut Cik Brendish, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Dumex Dugro 5 Power Nutri adalah satu-satunya jenama susu untuk kanak-kanak membesar yang  menumpukan kepada kesemua lima dimensi tumbesaran .

“kami mempertingkatkan rangkaian susu kami yang sedia ada dengan menghasilkan pilihan varian berasaskan fungsi, dan bukan sekadar menambah perisa, bagi menambahkan khasiat kebaikan produk ini. Varian Asli kini diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, manakala varian Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Varian Coklat Strawberi telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E.” Ujar Cik Brendish.

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Dumex Dugro 5 Power Nutri

Bagi aku yang dah memang pengguna Dumex Dugro ni tumpang gembira lah dengan penambah baik produk ini terutama dari segi nutrisi yang dibekalkan untuk tumbesaran kanak-kanak.

 

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: