Pelancaran Produk AOC Malaysia Dan Premier Screening Wolverine

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-bari ni aku dan beberapa orang bloggers dijemput ke majlis pelancaran produk AOC Malaysia di Pavillion. Ia dibuat bersama-sama dengan tayangan awal filem Wolverine.

Pelancaran Produk AOC Malaysia dan premier screening Wolverine - pendaftaran media

Para Media dan Bloggers mendaftar

AOC… Mesti ramai yang tertanya-tanya jenama apakah AOC ini. Aku pun pertama kali dengar jenama ni. Tapi lepas pergi event ni baru aku tau bahawa AOC ni memang world top brand juga. Kepakaran mereka adalah dalam mengeluarkan Monitor LCD dan TV LCD.

Syarikat dah berpengalaman selama 6 dekad dah dalam pembuatan barangan eletronik. Mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan berusaha mengeluarkan barangan mereka selari dengan teknology.

Syarikat ini banyak mendapat pengiktirafan dunia dalam indstri mereka ceburi. Sila ke laman web mereka untuk info lebih lanjut.

Di majlis pelancaran produk AOC Malaysia yang di adakan di dalam pangung wayang GSC Pavillion pada 25hb Julai baru-baru ini, mereka telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Monitor AOC 69V series AH-IPS (dengan built-in speaker) dan Cinema Monitor AOC 63 series 21:9.

Monitor AOC 69V series AH-IPS (dengan built-in speaker)

Monitor ini mempunyai ciri-ciri istimewa seperti ultra slim, design yang menarik dan mesra alam sekitar. Speaker sudah disediakan di dalam monitor tersebut.

Cinema Monitor AOC 63 series 21:9.

Monitor wayang ini juga mempnyai ciri-ciri yang amat istimewa iaitu ia membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video dengan keluarga dan rakan-rakan. Hanya sambung monitor tersebut dengan smartphone, pengguna boleh melihat gambar dan menonton video yang ada di dalam telefon pintar tersebut.

Bentuknya juga amat nipis ataupun ultra slim.

Berbuka Puasa

Pelancaran Produk AOC Malaysia dan premier screening Wolverine - juadah berbuka puasa

Juadah berbuka puasa

Sejurus sahaja majlis Pelancaran Produk AOC Malaysia itu, kami dihidangkan dengan makanan untuk berbuka puasa. Seterusnya diadakan cabutan bertuah.

Wolverine

Pelancaran Produk AOC Malaysia dan premier screening Wolverine - wolverine

Filem yang aku tunggu-tunggu

Tepat jam 9 malam, bermulalah saat yang aku tunggu-tunggu. Tayangan filem terbaru 2oth Fox Century dan Marvel, Wolverine. Kami adalah antara orang-orang yang pertama menonton cerita wolverine di Malaysia, kerana itulah pertama kali Wolverine ditayangkan di Malaysia.

Keseluruhan cerita ok, tetapi oleh kerana expectation aku agak tinggi untuk cerita ini, maka aku sedikit kecewa dengan apa yang dipersembahkan. Jalan cerita tidak seperti yang aku ikuti di komik-komik wolverine sebelum ini. Mungkin 20th Fox Century terpaksa mengubah sedikit jalan ceritanya untuk nilai komersil, it aku tak tau. Tapi kalau sesiapa yang ikuti komik Wolverine sebelum ini, mesti akan sedikit kecewa,

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: