More

    Pemain sohoque.com Fantasy Football League

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Gambar di atas adalah printscreen daripada admin page “sohoque.com Fantasy Football League”. Setakat pukul 3.00 petang, 12hb September 2012, seramai seramai 17 orang pemain telah mendaftarkan diri.

    Namun hanya dua orang sahaja yang mengikut terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, dua orang yang ikut separuh sahaja, dan yang lain hanya daftarkan pasukan tetapi tidak mengikut terma dan syarat.

    Mungkin pemain tidak faham, ataupun malas klik link ini, wallahua’lam.

    Sebenarnya senang saja terma dan syaratnya. Kena buat 3 perkara ni:

    1. LIKE page facebook sohoque.com. Ada 2 cara untuk LIKE.

    Pertama, Klik link ni: www.facebook.com/sohoquedotcom. Kemudian klik button LIKE kat dalam tu.

    Kedua, lawat http://sohoque.com. Kat sidebar sebelah kiri tu ada fan page facebook sohoque.com. Klik LIKE button kat situ

    2. Selepas daftarkan pasukan di fantasy.premier.com, join league “sohoque.com Fantasy Football League”. Masukkan kod: 351229-467640

    3. Klik link: http://sohoque.com/fantasy-football-contest-di-sohoque-com/ dan tinggalkan komen di ruangan komen tentang perkara berikut:

    • size jersey
    • pasukan favourite
    • nama untuk ditulis di belakang jersey (jika mau, jika tidak hanya jersey kosong tanpa nama akan dihantar)
    • pilihan jersey: home, away atau 3rd jersey

    Itu sahaja langkah-langkah penting. Mudah bukan?

    Sila maklumkan di forum league/email kepada saya nama team yang anda daftarkan dan nama facebook anda. Ini untuk mengelakkan pemain menghantar banyak pasukan. Satu facebook LIKE, satu team sahaja.

    Kepada yang belum daftar, cepat daftarkan pasukan anda. Tarikh tutup pada 15hb September 2012 iaitu pada gameweek 4.

    Jom main sama-sama sambil berkenal-kenalan. Sila maklumkan juga kepada rakan-rakan kakibola semua dengan link enty ini ataupun link http://sohoque.com/fantasy-football-contest-di-sohoque-com/

    P/s: jika sambutan menggalakkan, mungkin saya akan anjurkan lagi pada season akan datang dengan hadiah yang lebih menarik dan gempak!!!

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge