gambar Muhammad Kamal Asyraf

Pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014 Sudah Dinobatkan

Akhirnya berakhir sudah Cabaran Shell FuelSave 2014. Pemenang tempat pertama adalah Muhammad Kamal Asyraf dari Muadzam Kuantan, Pahang. Beliau berjaya mencatatkan mencatatkan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir. Fuuuh.. memang betul-betul jimat tu.

peserta akhir

Para Finalis Shell FuelSave Challenge 2014 (berbaju kuning)

Aku yang turut hadir ke pertandingan akhir tersebut selain daripada menyelesaikan tugasan sebagai blogger untuk event ini, turut membawa satu misi. Misi untuk memberikan sokongan pada kepada rakan blogger yang berjaya menjadi finalis pertandingan ini iaitu Hafiz Rahim.

hyundai elantra 1.6

Peserta mula dilepaskan

Berbekalkan slogan #SupportHafizRahim, aku bersama-sama beberapa orang blogger lagi telah bergabung tenaga dengan kumpulan Pengusaha Stesen Minyak Wilayah Tengah yang sungguh havoc telah memberikan sokongan padu kepada Hafiz Rahim.

penyokong tegar

Penyokong daripada wilayah tengah

Walaupun tidak berjaya menjadi pemenang utama, beliau berjaya menamatkan saingan di tempat ke-3. Tahniah Hafiz Rahim! Tempat ke-3 pun hadiahnya lumayan tu. RM5,000 berjaya dibawa pulang oleh Hafiz.

gambar hafiz rahim

Hafiz Rahim sejurus tiba di garis permulaan

Suasana di Hotel Saujana memang amat meriah sekali. Kumpulan Pengusaha Stesen Minyak yang datang dari segenap pelusuk Malaysia mewakili wilayah masing-masing (wilayah timur, selatan, utara dan tengah) sungguh sporting. Mereka bersorak, melaungkan slogan dan war cry masing-masing. Respek betul aku kat diorang ni.

Cabaran Shell FuelSave 2014 pada aku memang satu program yang sungguh bagus sekali. Tahniah kepada Shell Malaysia yang mewujudkan program sebegini. Ini adalah inisiatif Shell Malaysia yang amat penting untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu Malaysia, di samping menunjukkan kepada mereka betapa senangnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan lebih bijak.

Acara tahunan yang sudah 6 tahun diadakan ini memang memberi ilmu kepada orang ramai tentang bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak dengan memperbaiki cara pemanduan, mengamalkan tips yang diberi dan memilih minyak yang betul untuk kenderaan mereka.

Tips dan info tentang penjimatan ini mudah diserap oleh orang ramai yang mengikuti program ini apabila ia disalurkan di dalam bentuk cabaran secara online iaitu Shell FuelSave Journey. Peserta di seluruh negara hanya perlu mendaftar di laman web Shell secara pecuma dan boleh terus menyelesaikan cabaran-cabaran yang diberi.

Cabaran online yang berbentuk misi harian dan misi besar ini apabila diselesaikan oleh peserta akan memberikan markah-markah yang tertentu. Markah ataupun point ini akan dapat ditukarkan kepada barangan tertentu apabila cabaran online berakhir.

Bagi finalis  Cabaran Shell FuelSave 2014 pula, mereka berpeluang mempraktikkan sendiri cara pemanduan dan tips penjimatan minyak yang lain. Mereka diberi cabaran untuk memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport,  kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 dengan diberi isian minyak yang terhad untuk jarak yang tertentu (90km). Kereta adalah tajaan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. Siapa yang berjaya menggunakan minyak paling sedikit akan dikira sebagai pemenang. Pasti pengalaman ini amat bermakna buat mereka.

“Saya teruja apabila diumumkan sebagai pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014. Bagi saya, cabaran ini sangat bermakna kerana telah menunjuk kepada saya berapa senangnya untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan cekap. Kini, saya sekeluarga mengamalkan Tip Shell FuelSave dan menggunakan bahan-bahan api Shell dalam pemanduan kami setiap hari,” kata Muhammad Asyraf  sambil tersenyum-senyum.

“Saya juga ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat-tabiat memandu bijak ini yang boleh mempertingkatkan kecekapan bahan api, dan melihat dengan sendri sejauh manakah mereka boleh memandu dengan bahan api yang diisikan,”
~ Muhammad Asyraf.

Tuan Haji Azman, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd telah hadir memeriahkan majlis ini.Beliau turut gembira kerana cabaran Shell FuelSave tahun ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan mencatatkan hampir 10,000 pendaftaran dari empat wilayah.

pengarah urusan shell

Tuan Haji Azman, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd

“Kami berasa teruja kerana ramai pemandu Malaysia menunjukkan minat mereka untuk mempelajari kecekapan bahan api. Semangat yang ditunjukkan mereka di bengkel bergerak serta cabaran wilayah dapat dirasai. Mereka telah mengkuasai Petua Shell FuelSave dan telah mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih bijak menggunakan bahan api.”

“Menerusi platform ini, para peserta yang tidak terpilih untuk cabaran wilayah juga diberi peluang untuk mendalami ilmu mereka berhubung penjimatan bahan api. Oleh itu, mereka juga berpeluang mempelajari bagaimana membuat pilihan yang lebih bijak di jalan raya dan mengecapi manfaat penjimatan bahan api,”
~ tambah beliau

Turut hadir di majlis tersebut, Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad dan artis tanah air terkemuka, Lisa Surihani, yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.

Fahrin Ahmad, Duta Shell FuelSave

Fahrin Ahmad, Duta Shell FuelSave

Anda boleh berkongsi pandangan anda mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.

Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.

Tahun depan pasti cabaran ini akan diteruskan lagi. Aku akan pastikan aku berusaha lebih gigih untuk cabaran Shell FuelSave Journey dan akan cuba melayakkan diri untuk menjadi yang terpilih dalam Shell FuelSave Challenge.

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: