Group Agency Manager Unit Trust

Pencarian Pemimpin Abadi bersama Dr Niki Shuhada Shukor

unit trust consultant

pencarian pemimpin abadi 2015 bersama Dr Niki Shuhada Shukor

Kos hidup terus meningkat

kos sara hidup rakyat Malaysia semakin meningkat. Dengan RM malaysia yang merudum dan harga minyak petrol yang tidak menentu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada perbelanjaan harian.

GST pula bakal dilaksanakan awal April ini walaupun ramai lagi yang masih belum faham tentang cukai ini. Ramai yang menbantah pelaksanaan cukai ini tetapi apakan daya. Kita hanya rakyat marhaen. Cukai ini telah diputuskan peaksanaannya di dalam kabinet menteri dan tetap akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini.

Cari pelbagai sumber pendapatan

Bagi aku, nak mengeluh boleh. nak membantah tindakan kerajaan ini pun boleh. Cuma ianya tidak memberi apa-apa kesan.

  1. Hanya ada 2 cara utama untuk atasi peningkatan kos sara hidup ini:
    1. kurangkan perbelanjaan
    2. lebihkan pendapatan

Kurangkan perbelanjaan

Tengok semula sumber kewangan dan perbelanjaan kita. Tengok cara kita berbelanja. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu ataupun bukan perkara utama seperti membeli majalah, makanan ringan, rokok, hiburan yang tidak perlu dan lain-lain lagi.

Memang cara ikat perut ini akan membuatkan kita sedikit “menderita” pada permulaannya. Tetapi lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

Dengan mengurangkan perbelanjaan, akan terdapat lebihan tunai dalam tangan kita. Lebihan tunai ini boleh digunakan ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah.

Namun bagi aku, aku memang susah untuk mengurangkan perbelanjaan ini. Ini adalah kerana ia melibatkan gaya hidup aku yang dah bertahun-tahun menjadi sebahagian hidup aku dan keluarga aku.

Jadi aku pilih yang posyen nombor 2 yang berikut ini.

Lebihkan pendapatan

Bagi aku yang memang sudah menjadi UTC sejak 13 tahun yang lampau, aku memang sentiasa bersedia untuk sebarang kenaikan kos sara hidup ini.

Apa yang aku buat ialah aku mencari lebih ramai klien unit trust untuk memberi pendidikan kewangan kepada mereka. Tambahkan usaha ke arah ini. InsyaAllah usaha menolong orang ramai di luar sana dengan memberi pendidikan pengurusana wang dengan bijak dan menolong menambahkan nilai duit mereka dengan pelaburan unit trust akan diganjari dengan meningkatnya pendapatan sebagai UTC.

Untuk yang belum menjadi UTC ataupun Perunding Kewangan, anda perlu timbangkan kerja yang sangat menarik ini. Anda boleh mulakan kerja ini secara part time dahulu. Lama kelamaan, dengan usaha, ilmu dan didikan daripada kumpulan kita, insyaAllah kita terpaksa lepaskan kerja makan gaji kita untuk menceburi bidang ini secara sepenuh masa. Ini adalah kerana keseronokan yang akan kita dapat dengan kerja ini. Ditambah pula dengan pendapatan yang berlipat kali ganda berbanding dengan kerja makan gaji. Untuk mendapat 5 digit pendapatan dengan kerjaya ini bukan sesuatu yang sukar. Hanya ikut sahaja perancangan yang telah dirancangkan bersama ketua agensi anda.

Memang ada cara lain yang boleh menambahkan pendapatan kita. Contohnya membuka gerai menjual burger. Ataupun menjual di pasar malam. Malah ada ada yang mahu mencuba nasib dengan menyertai MLM. Ramai je aku lihat yang boleh menjadi jutawan senyap dengan membuat kerja-kerja tersebut.

Cuma masalahnya adakah kita mampu memaksa diri kita membuat kerja tersebut. adakah kita benar-benar mahir untuk membuat kerja tersebut. Adakah kita mampu membahagikan masa berkerja makan gaji kita dengan kerja partime kita ini. Dan adakah tenaga kita mampu untuk menjalankan kerja partime ini setelah seharian menghabiskan hari di pejabat?

Jadi pemilihan kerja part time juga penting untuk mengelakkan kita kecewa kerana tidak dapat fokus dengan kerja part time tersebut. Ini mungkin kerana kerja tersebut bukan kerja yang kita minat. Mungkin ianya tidak sesuai dengan kepakaran kita ataupun tidak sesuai dengan masa dan tenaga yang kita ada.

Unit Trust Consultant (UTC) / Perunding Kewangan Amanah Saham

Oh ya, bercakap tentang UTC ini, baru-baru ini aku telah dijemput ke program “bijak wang” bersama mentor dan perunding kewangan yang tidak asing lagi iaitu Dr Niki Shuhada Shukor. Terima kasih kepada blogger Halim Brothers dan Hai Bloggers yang sudi menjemput aku ke program ini.

gambar kenangan

Bloggers yang hadir ke program pencarian pemimpin abadi 2015 bersama Dr Niki Shuhada Shukor (gambar: Khir Khalid)

Secara ringkasnya program ini yang diadakan secara santai adalah program yang diadakan khas untuk blogger mendalami serba sedikit tentang peluang kerjaya sebagai perunding kewangan. Banyak tips, panduan serta rahsia yang telah dikongsi oleh Dr Niki untuk membina empayar kejayaan di samping ilmu untuk menguruskan wang dengan bijak.

Program ini turut dihadiri oleh beberapa orang perunding kewangan daripada kumpulan perunding kewangan di bawah pimpinan Dr Niki sendiri yang telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan di dalam industri ini. Mereka yang masih muda ini turut dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka di dalam bisnes ini.

Walaupun aku sudah menjadi UTC, aku aku masih teruja untuk ke kediamaan mewah Dr Niki untuk menghadiri program ini. Sekurang-kurangnya untuk mendapat aura dan motivasi daripada Dr Niki secara “face to face”.

ternyata orangnya begitu positif dan aura positifnya boleh dirasa oleh orang-orang disekelilingnya. Tutur kata yang lemah lembut dan tersusun penuh dengan motivasi. Ternyata niat aku untuk kenali beliau dan dapatkan motivasi dari beliau memang tepat.

Dr Niki Shuhada Shukor

Group Agency Manager Unit Trust

Perunding kewangan dan pakar motivasi Dr Niki Shuhada Shukor

Dr Niki adalah insan pertama sekali yang aku dengar tentang kejayaannya membina empayar agensi dan perniagaan di dalam bidang unit trust. Sedar atau tidak beliaulah mentor yang pertama aku. Orang yang aku berazam untuk mengikuti jejaknya suatu masa nanti. Melalui beliau aku kenal nama-nama seperti Millionares sisters dan lain-lain lagi.

Bagi yang belum mengenali Dr Niki yang lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki, aku sertakan sedikit tentang diri beliau:

Dr niki adalah seorang perunding kewangan dan pemimpin sebuah agensi yang cukup besar. Wanita yang cekal, bijak, cantik dan bercita-cita tinggi ini telah berjaya menjadi mentor dan melatih lebih daripada 5,000 usahawan kewangan secara perseidirian, dan juga berkumpulan termasuklah di dalam sektor korporat.

Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun di dalam industri kewangan dan telah memenangi banyak anugerah utama di dalam industri ini. antanranya:

  • Top gam unuk jumlah kumpulan tertinggi jualan
  • Brand ambassador – Master Builder Award
  • Presiden Lelab Premier
  • Banyak lagi

Ibu kepada 2 orang anak ini juga telah menghasilkan buku yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang di luar sana iaitu “Ambition, Aspiration & Achievement”. Beliau yang telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Haji Amirul Shukri Kadri sejak 23 tahun yang lalu juga merupakan personaliti undangan untuk berkongsi pengalaman di radio 93.9 FM menerusi program BijakWang.

gambar dengar taklimat

bloggers khusyuk mendengar penerangan dari Dr Niki Shuhada Shukor (gambar: Khir Khalid)

Dr Niki telah menubuhkan syarikat LSR – Life Success Resources untuk mengembangkan lagi minat beliau mengendalikan lebih banyak seminar dan latihan berkaitan kewangan dan motivasi demi memantapkan modal insan negara.

Beliau yang juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA), kini menerajui 5 buah syarikat yang juga merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.

Dr Niki berpendapat bahawa kanak-kanak dan remaja perlu didedahkan dengan ilmu pengurusan wang yang bijak dan sistematik sedari kecil lagi.

Pencarian Pemimpin Abadi 2015 bersama Dr Niki

Dr Niki sedang mencari individu yang berminat untuk meyertai kumpulannya sebagai perunding kewangan. Mereka digelar Pemimpin Abadi kerana mereka ini akan dilengkapi dengan ilmu yang lengkap tentang industri kewangan ini. Mereka akan dididik sendiri oleh Dr Niki dan ahli kumpulan yang lain untuk menjadi perunding yang berjaya.

Lebih tepat lagi, , mereka adalah pemimpin yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat seluruhnya dalam konteks kerjaya, kewangan dan kehidupan.

Kepada yang berminat untuk menceburi bidang yang sangat menarik ini anda bolehlah menghubungi Dr Niki seperti berikut:

Alamat:
LSR – Life Success REsources
32-3, 4th Foor, Jalan Wangsa Delima 6,
Kuala Lumpur Satelite Centre (KLSC)
Section 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Emel:
dr.niki.shuhada@gmail.com

Laman Web:
www.drniki.com

Facebook:
https://www.facebook.com/dr.niki.shuhada.shukor

Ilmu dan motivasi dibawa pulang

Program santai penerangan tentang pencarian pemimpin abadi dan perkongsian ilmu pengurusan kewangan yang bermula jam 12 tengahari tamat sekitar pukul 5 petang.

Majlis diselangi dengan makan tengahari yang sangat best. Nasi Beriani Kambing dan roti jala. Blogger menikmati makan tengahari sambil beramah mesra dengan Dr Niki.

gambar meja makan

bergambar sewaktu makan tengahari di rumah Dr Niki Shuhada Shukor

nasi beriani kambing yang sungguh enak sebagai habuan makan tengahari

nasi beriani kambing yang sungguh enak sebagai habuan makan tengahari

Sesi soal jawab juga diadakan. Banyak soalan daripada adik-adik bloggers yang amat teruja diajukan kepada Dr Niki. Kebanyakan soalan adalah soalan asas yang aku sudah tahu. Cuma apa yang menarik hati aku ialah jawapan Dr Niki apabila ditanya tentang pengalaman pahit beliau di dalam industri ini.

“Saya sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan ini. Oleh itu, tiada pengalaman pahit yang tersemat dalam ingatan saya kerana semuanya adalah pengajaran dalam kehidupan. Seseorang yang berjaya pasti mampu belajar dari pengalaman yang maha pahit sebagai satu pelajaran bermanfaat untuk kejayaan diri” – Dr Niki Shuhada Shukor

Kami pulang sarat dengan ilmu pengurusan wang, pendedahan kerjaya yang menarik dan motivasi yang tinggi dan positif. Bloggers yang belum mengenali dunia perancangan kewangan ini eloklah mengambil peluang keemasan ini. Mereka memang teruja dengan ilmu baru yang mereka terima ini.

gambar souvenir menarik

selain ilmu dan motivasi, souvenir menarik juga dapar dibawa pulang

Bagi aku yang sudah menceburi bidang ini, satu azam yang aku pahatkan di dalam benakku. Usaha lebih keras perlu aku lakukan. Sesungguhnya ramai lagi insan-insan diluar sana yang perlu aku bantu untuk memberi pendidikan tentang perancangan kewangan yang bijak.

20 comments

    • sohoque 30 March, 2015 at 14:58 Reply

      jika mampu utk kurang perbelanjaan maka itulah yg lebih bagus selepas menambhkan pendapatan. tetapi banyak benda yg selama ini kita berusaha utk dptkannya terpaksa kita korbankan jika memilih utk kurangkan perbelanjaan

    • sohoque 1 April, 2015 at 08:22 Reply

      memang banyak cara utk menambahkan pendapatan dgn side income bisnes. cuma perlu cari yg betul sesuai dengan kita dan kita suka buat kerja tersebut. jika tidak tak akan lama kita dlm bisnes tu

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: