39

Pencarian Pomade Aku Berakhir Di Sini

Dulu masa muda-muda aku jaga juga penampilan. Almaklum la.. Nak jugak merasa tackle awek. Hahaha.. Nak jugak tarik perhatian ex – awek aku pada masa tu. (Awek tu jadi ex sebab sekarang dia dah jadi wife aku).

So gaya kena la jaga. Rambut tersisir rapi. Pakaian mestilah kena up to date. Gaya mesti tip top. Sebabnya kalau tak buat tu semua, apa la modal yang aku ada untuk tarik perhatian ex- awek aku tu. Nak harapkan harta memang tak ada. Nak harapkan rupa lambat la aku ber-awek. Hahah. So kena tarik dengan cara tu.

Tapi sekarang aku macam malas sikit nak jaga penampilan. Pakai pun ala kadar jer. Rambut pun tak kesah. Pagi sikat petang dah tak terurus lagi.

Kalau bergambar di sebelah petang memang rambut aku serabai. Nak-nak kalau rambut tu dah mula panjang sikit. Masa aku di dalam Muslim Trip ke Kyushu tempohari, antara yang paling banyak aku kena bahan bila up gambar swafoto (selfie) ialah bab rambut la..

Aku cek balik punca rambut aku degil macam tu sekali. Dan aku dapati punca sebenar adalah minyak rambut yang aku gunakan adalah terlalu biasa dan tak dapat mengekang rambut aku daripada serabai di petang hari.

Tika ini aku banyak dengar orang bercakap tentang Pomade. Kata orang Pomade ni boleh pegang rambut untuk waktu yang lama. Aku mula membuka mata kepada Pomade.

Peluang terbaik tiba. Aku berjaya menge”pow” Pomade Lan Careno sewaktu kami di Kyushu tempohari. Aku cuba Pomade Lan satu hari tu. Perghhh memang power! Sampai petang rambut aku steady jer.

Balik daripada Kyushu aku mula cari Pomade untuk dibeli. Tapi aku dapati Pomade ni tak ada dijual di pasaraya-pasaraya biasa. Yang banyaknya orang jual secara online.

Aku pernah hubungi beberapa orang yang jual Pomade online. Tetapi aku tak yakin dengan diorang. Tak ada yang sanggup COD produk tu pada aku walaupun diorang tu berpusat sekitar KL jer. Aku cari peniaga yang duduk KL untuk COD kepada aku yang juga berada di KL. Itu pun diorang tak sanggup.

So aku give up. Minyak rambut memang langsung habis. Lalu aku membuat keputusan untuk beli jer gel yang boleh pegang rambut dengan kuat. Aku singgah di Watson AEON MALL Shah Alam.

Cari punya cari aku terpandang Wax Uber Man. Kebetulan masa aku pilih-pilih tu ada seorang yang memang arif tentang semua minyak rambut tu juga sedang mencari-cari minyak rambutnya.

So sempat la aku tanya perbezaan semua tu. Dah puashati aku beli Wax Uberman tu.

Pertama kali cuba, fuuuh memang best. Dia sedikit berlainan daripada Pomade yang aku pernah cuba sebelum ni. Jika Pomade rambut akan terus menjadi keras bila disapukan pada rambut, Uberman ni lain sikit. Awal-awal selepas ia disapukan dengan rata, rambut masih lagi normal. Selepas beberapa ketika baru terasa kesat dan rambut jadi keras selepas dibentuk.

Seharian rambut masih steady. Tak kusut masai dah. Memang puashati. Penampilan aku lebih yakin sekarang. Hehehe.. Harap tak der lah awek baru yang datang. Hehehe..

rambut lepas kemas dengan Wax Ubermen

Satu lagi yang bestnya tentang Wax Uberman ni ialah dia senang dicuci sewaktu mandi. Rambut terus jadi lembut selepas terkena air semasa mandi. Tak perlu gunakan syampu setiap hari. Seminggu 3 kali dah cukup.

Satu lagi yang aku suka ialah harganya lebih murah dan mampu milik.

So, boleh la aku berhenti kejap cari minyak rambut dan tumpukan dengan minyak herba asmak pulak sementara waktu contest masih bersisa. Sehingga aku jumpa Pomade dan penjual Pomade yang boleh meyakinkan aku, aku pakai jer dulu Wax Ubermen ni.

Show Comments

6 Comments

  1. umminani December 21, 2016
  2. Ardhi December 22, 2016
  3. ema December 23, 2016
  4. imnajmi December 26, 2016
  5. Selagi Muda April 18, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: