Pengajaran Di Sebalik Kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa

Christian Benteke meraikan gol jaringannya

Liverpool tampak kian selesa dengan 2 kemenangan berturut-turut melawan Southampton dan West Ham. Keyakinan para pemain dan pengurus memuncak. Sehinggakan Jose Enrique membuat kenyataan sasaran 4 tempat teratas boleh dicapai semasa ditemuduga oleh wartawan sukan selepas kemenangan ke atas West Ham. Ditambah pula selepas perlawanan itu Liverpool dijadualkan bertemu dengan beberapa kelab bawahan.

Namun kekalahan ditangan Aston Villa pada hujung minggu yang lalu menempelak para pemain dan pengurus yang terlalu yakin untuk memperolehi kemenangan. Pengurus Liverpool Brendan Rodgers sendiri  mengakui bahawa dia tidak menjangkakan sama sekali kekalahan tersebut.

Aku seperti biasa banyak mendapat sms, whatsapp dan twitter tentang kekalahan ini. Kebanyakannya daripada penyokong pasukan lawan terutama pasukan “the big four” English Premier League (EPL). Ini salah satu twitter yang aku terima:

Tweet daripada Mr Jocko

Untuk makluman Mr Jocko adalah penyokong kuat Manchester United. 😉

Dalam perlawanan tersebut Liverpool dimalukan dengan jaringan 1-3 di hadapan penyokong sendiri. Nampaknya Anfield sudah tidak menjadi stadium keramat lagi buat Liverpool. Kekalahan tersebut merupakan kekalahandi tempat sendiri terbesar buat Liverpool pada musim ini.

Liverpool yang pada mulanya bermain dengan baik dan hampir memperolehi gol pembukaan. Namun ia mula hilang rentak selepas itu. Ini menyebabkan terhasilnya 2 gol dalam masa 10 minit yang dijaringkan oleh Chrisrian Benteke dan Andreas Weimann. Satu gol Aston Villa lagi dijaringkan pada separuh masa kedua.Sebenarnya taktik bijak Aston Villa melakukan serangan balas pantaslah yang menyebabkan terhasilnya gol-gol tersebut.

Liverpool mendapat satu gol hasil dari tandukan ketua pasukan Steven Gerard namun semuanya sudah terlambat buat Liverpool. Kekalahan harus diterima dengan hati terbuka walaupun kekecewaan jelas terpancar daripada para pemain, pengurus dan para penyokong setia. Ini sekaligus menunjukkan bahawa impian Liverpool untuk menduduki di kalangan 4 pasukan teratas musim ini agak sukar.

Di mana silapnya liverpool? Seorang rakan di dalam Liverpool Facebook group telah postkan status berikut:

Status Facebook seorang rakan tentang kekalahan Liverpool. Betul juga kan?

“What made we lost last night?
No finishing???
We got world class striker on Suarez! Villa??? Dempeke???
Midfield not creative???
We got world class midfield on Gerard! Villa???
No quality defender???
We got international back four! Villa???
Keeper???
Who Reina face last nite?? Messi??? Ronaldo??? Falcoa???”

Betul juga apa yang dikatakan oleh rakan YNWA di atas ;).

Namun ada pengajaran di sebalik kekalahan Liverpool Kepada Aston Villa. Antara pengajaran yang perlu dipelajari daripada kekalahan tersebut ialah:

Pertahanan Yang Teruk

Selepas 3 kali tanpa bolos (clean sheets) dalam 5 perlawanan, tampak seperti Liverpool sudah mengatasi masalah pertahanannya. Tetapi perlawanan menentang Aston Villa membuktikan sebaliknya.

Pertahanan Liverpool seperti tidak dapat menyaingi serangan pantas Villa terutama sewaktu mereka melakukan serangan mengejut  (counter attack).

Lihat sahaja gol kedua Villa. Ia bermula dari Joe Cole yang kehilangan bola, Joe Allen yang kurang berkesan peranannya dan Skrtel yang melakukan kesilapan lalu gol terhasil.

Pepe Reina telah hilang bisanya. Prestasinya sekarang menjadi persoalan. Dan penggantinya disebut-sebut akan dicari di waktu perpindahan Januari nanti.

Kesimpulannya persembahan pertahanan Liverpool kurang bagus apatah lagi ini perlawanan di tempat sendiri.

Percubaan banyak, tetapi Brad Guzan seperti tidak tercabar

Jika diikut kepada statistik, memang nampak Liverpool bermain lebih baik dengan penguasaan padang sebanyak 72% dan 29 percubaan arah gol. Tetapi reality tidak begitu. Dalam perlawanan sebenar statistik tidak menyumbang sebarang mata kepada kedudukan dalam liga.

Liverpool memang bermain dengan lebih baik, tetapi kemampuan untuk menukarkan peluang kepada gol terhad. Contohnya Suarez seakan memastikan Gerard menjaringkan gol dengan permain “satu-satu” (one-on-one) dengan tiada halangan daripada pemain pertahanan Villa, tetapi gol tidak terhasil. Begitu juga dengan rembatan yang agak lambat oleh Jonjo Shelvey di depan pintu gol Villa yang terbuka luas yang berjaya dihalang oleh pertahanan Villa. Inilah yang menyebabkan penjaga gol Villa Brad Guzan sakan tidak teruji di sepanjang perlawanan.

Tiadanya pilihan di bangku simpanan.

Ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, Brendan Rodgers cuba mengubah keadaan dengan memasukkan Joe Cole menggantikan Jonjo Shelvey dengan harapan barisan depan akan lebih merbahaya. Jordan Henderson juga dimasukkan menggantikan Lucas Leiva yang agak hanyut selepas sekian lama tidak bermain di dalam pasukan utama akibat kecederaan.

Ini membuktikan Liverpool kekurangan pilihan di bahagian serangan. Tetapi yang menjadi persoalan, di manakah Oussama Assaidi? Suso pula terus berada di bangku simpanan. Sepatutnya dua pemain muda berbakat ini diberi peluang untuk mengubah keadaan terutama di separuh masa kedua.

Kehebatan Christian Benteke berbanding Suarez

Liverpool mencuba kearah pintu gol Villa dengan cubaan-cubaan yang lemah dan tidak tepat. Namun Christian Benteke memanfaatkan cubaannya dengan 2 gol hanya dalam 5 percubaan.

Itulah perbezaan jurang yang besar diantara jentera serangan Liverpool dan jentera serangan Villa.

Suarez pula seperti tidak menjadi setelah membuat permulaan yang baik pada awal musim. 7 percubaan Suarez dalam perlawanan tersebut tetapi tidak berjaya menembusi Brad Guzan. Suares tidak menjaringkan gol sudah hampir sebulan selepas berbuat demikian semasa perlawanan menentang Wigan bulan lalu.

Sengat Suarez harus ditajamkan semula untuk perlawanan menentang Fulham selepas ini (minggu depan).

Terlalu cepat berpuas hati

Dengan dua kemenangan berturut-turut, Liverpool menyaksikan mereka hanya 4 mata di belakang tempat ke-empat. Tambahan pula 2 perlawanan selepas itu dimainkan di tempat sendiri dan menentang 2 kelab di kedudukan bawah liga.

Harapan mula dicanangkan. Jose Enrique melahirkan rasa yakin apabila ditemuduga oleh wartawan sukan. Brendan Rodgers pula mula menzahirkan keyakinan untuk berada di tempat ke-empat.

“We are 11 points off second so, if we can get some consistency, keep our mentality and our focus then it is not fourth place we want to aim for. We still have to play Manchester City and we should have beaten them at home. You want to aim as high as you possibly can but, of course, when the club has been out of the top four for so long, that is the ultimate ambition.” – Brendan Rodgers

Konfiden sangat bagus untuk pasukan tetapi jangan over confident. Sekarang Liverpool harus memastikan mereka beroleh mata penuh apabila melayan kedatangan Fulham di Anfield. Jika sebaliknya berlaku, Liverpool akan terperosok makin ke bawah. Liverpool kini 7 mata di belakang tempat ke-4.

Harapan aku supaya Liverpool mencerna pengajaran di sebalik kekalahan Liverpool kepada Aston Villa minggu lepas. Moga Liverpool dapat bangkit selepas ini.

You’ll Never Walk Alone!!!

24 comments

  1. khairil 19 December, 2012 at 17:33 Reply

    masalah di bahagian serangan. banyak peluang, control ball, tp tak dimanfaatkan. dgar cerita liverpool akan beli sturridge januari ni. mungkin boleh membantu.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: