Pengajaran (Moral of the Story) Daripada The Avengers

featured-2Pengajaran terbesar yang aku dapat adalah tentang LEADERSHIP. Dan ianya memang terpakai kepada diri aku dan juga kepada kawan-kawan aku yang sudah bergelar leader dalam bisnes unit trust dan takaful.

Dalam cerita ini usaha untuk mengumpulkan adiwira-adiwara agak sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana mereka buat hal masing-masing. Bruce Banner (Hulk) mengasingkan diri di Calcutta kerana ingin lari dari tekanan yang mungkin akan membuatkannya bertukar menjadi gergasi hijau dan meusnahkan harta awam dan orang-orang yang tak berdosa. Tony Stark (Ironman) pula sibuk memajukan industry STARK nya. Black Widow sibuk dengan kerja perisikan.

Namun keadaan menjadi lebih sukar apabila mereka telah dapat dikumpulkan. Ini adalah karektor mereka yang amat berbeza di antara satu sama lain. Dan mereka ini mempunyai perancangan tersendiri. Captain Amerika masih memegang strategi perang yang lama. Ironman dengan sikapnya yang ego dan suka bertindak sendirian walaupun dia seorang genius. Hulk pula cuba melarikan diri daripada suasana tegang yang boleh memberi tekanan kepadanya.

Keadaan kecoh dan tidak sekepala ini berlarutan sehingga salah seorang angota S.H.I.E.L.D telah meninggal dunia akibat ingin mempertahankan S.H.I.E.L.D dan bumi daripada dikuasai oleh Loki. Ejen ini amat mengkagumi Captain Amerika sehingga dia telah menyimpan kad-kad Captain Amerika.

Suasana ini telah membuatkan Nick Fury mengambil peluang dengan memainkan sentimen kematian aejen tersebut dengan menunjukkan kad-kad yang bergambar Captain Amerika yang telah lama disimpannya. Dia mencampakkan kad tersebut dan berkata yang ejen tersebut telah lama ingin tandatangan Captain Amerika di atas kad tersebut. Nick Fury berkata bahawa kad-kad tersebut dijumpai di dalam poket ejen tersebut. Sebenarnya kad-kad tersebut diambil dari dalam laci ejen itu.

Sentimen ini nampaknya telah mengubah pendirian Captain Amerika dan Ironman dan lain-lain anggota Avengers. Mereka telah tersedar dengan semangat ejen tersebut yang rela berkorban nyawa demi menyelamatkan bumi. Mereka kemudiannya telah berkerjasama dan berjaya menewaskan Loki dan Chitauri yang telah berjaya ke bumi melalui portal yang telah terbuka melalui kuasa tessaract (teringat aku satu scene yang amat lucu bila Hulk menghempaskan Loki ke lantai.. hahaha. aku tergelak sampai sekarang).

Pengajajarannya, leader mesti hebat dan boleh berfikir secara pantas mengikut keadaan. Busines partner yang direkrut oleh leader datang dari pelbagai latar belakang dan karektor masing-masing. Ada jenis yang mengikut perintah, ada jenis yang suka melawan, ada jenis yang tidak suka memberi pendapat dan lebih cendurung mendengar pendapat orang, ada orang yang suka memberi pandangan dan ingin orang mendengar pandangannya. Ada bermacam perangai bisnes partner kita ini.

Jadi kita sebagai leader kena jadi macam Nick Fury. Kita kena pandai mengambil peluang dan memainkan sentimen. Kita kena berfikir bagaimana untuk menyatukan bisnes partner kita yang ramai dan mempunyai pelbagai perangai untuk mengikut acuan kita dan bersatu di dalam satu kumpulan.

Ini adalah pengajaran yang terbesar yang aku boleh ambil daripada cerita ini disampaing pengajaran lain seperti sikap sombong dan mementingkan diri amatlah tidak wajar walaupun kita seorang genius.

So, kepada group unit trust aku, Synergy Planner Group, jom layan movie ni. Best! Ambil pengajaran dalam cerita ini. Applykan di didalam bisnes kita. Selamat menonton The Avengers!!!

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: