Logo VB

Pengalaman Berlakon Video Brosur SME

 

Logo VB

Video Brosur amat sesuai untuk SME dan semua syarikat yang berminat

Tak cuba tak tau. Dah cuba baru tau susah ke senang shooting ni. Pada pandangan aku yang memang tiada bakat dalam lakonan ni, memang berlakon di depan kamera ni amat sukar. Memang aku tak boleh cari makan dengan bergaya dan berlakon di depan kamera sambil diperhatikan oleh pengarah, camera man dan kru-kru yang lain.

Itulah alkisahnya apabila aku mendapat peluang berlakon di depan kamera baru-baru ini. Bukan berlakon filem pun. Aku berlakon untuk video pendek untuk pengiklanan. Video pengiklanan tersebut dihasilkan untuk mempromosikan Komuniti Blooggers yang aku dan pangasas bersama MrJocko dan Shakiddo wujudkan untuk menjadi pembuka jalan kepada event-event yang boleh dilibatkan oleh bloggers samada yang baru maupun yang otai.

Video untuk pengiklanan alaf baru tersebut dinamakan Video Brosur (VB). Ia adalah satu video yang dihasilkan dengan begitu menarik dan interaktif. Biasanya VB ini mengguna pakai khidmat presenter. Presenter yang dipilih ini mempunyai skill komunikasi yang hebat sehinggakan apa yang dipersembahkannya di dalam VB tersebut nampak seperti beliau mempersembahkannya betul-betul dihadapan kita.

Skrip yang dipertuturkannya seperti menjawab persoalan yang sedang bermain di dalam kepala kita tentang sesuatu syarikat ataupun tajuk yang dipersembahkan di dalam VB itu.

Kebolehan presenter ini ialah mereka mampu menukarkan keputusan pengguna daripada masih ragu-ragu tentang sesuatu produk dan servis itu kepada keputusan membeli!

Cara VB ini sebenarnya memberi kesan yang lebih baik daripada video pendek biasa yang hanya menunjukkan gambar ataupun filem tentang syarikat ataupun perkara yang ingin diiklan sahaja tanpa pengantara peresenter.

Ia juga jauh lebih memberi kesan daripada cara biasa iaitu mencetak iklan di kertas sebagai brochure iklan (brosur) yang agak membosankan.

Jadi kombinasi daripada cara lama ini telah melahirkan idea pengiklanan baru baru iaitu VB. Ia mengandungi video pendek tentang iklan yang ingin disampaikan. ia juga mengandungi maklumat tentang syarikat, produk dan servis yang disediakan oleh syarikat yang membuat iklan tersebut seperti yang terdapat di dalam kertas brochure.

Perkembangan media sosial yang pesat seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google+ dan lain-lain banyak membantu VB ini. Malah youtube dan blog juga banyak membantu penyebaran iklan alaf baru ini.

Melalui media sosial, VB dapat dikongksikan dengan rakan dan pengikut masing-masing dengan mudah. Hanya muat naik VB ke dalam media sosial, ianya akan dapat disaksikan oleh ramai rakan dan pengikut mereka. Dan yang paling efektifnya ialah ia akan menjadi viral apabila ia dikongsikan oleh ramai pengikut dan rakan-rakan media sosial yang lain. Ini akan menyebabkan penyebarannya menjadi sangat meluas dalam masa yang singkat.

Malah ia akan menjadi tren pada satu-satu ketika apabila ia menjadi viral di media sosial. Di sinilah syarikat yang mengiklankan produk dan servis mereka akan mendapat manfaat. Iklan mereka disaksikan terus oleh individu melalui desktop, laptop, tablet dan smartphone mereka.

VB adalah idea yang cukup kreatif oleh Bleu Nagas, sebuah syarikat produksi , penerbitan filem dan pengiklanan. Antara kejayaan Bleu Nagas sebelum ini ialah mereka berjaya membuat dan menerbitkan filem pertama interaksi antara robot dan manusia. Ini direalisasikan di dalam filem arahan dan terbitan mereka Planet Kiara yang mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak. Planet Kiara ditayangkan di TV9. Cerita  ini telah pun masuk musim kedua. Sekarang mereka sedang merancang untuk menerbitkan Planet Kiara Musim Ke 3.

VB ini sebenarnya lebih disasarkan kepada SME (IKS) ataupun syarikat kecil dan sederhana. Ini adalah kerana kos VB memang berpatutan. Berikut adalah kosnya mengikut pakej:

pakej Video Brosur

Syarikat SME boleh memilih pakej Video Brosur yang sesuai dengan bajet mereka

Harga yang ditawarkan amat berbaloi dan ianya boleh dimanfaatkan oleh syarikat SME untuk mengiklankan produk dan servis mereka. Sekurang-kurangnya mereka boleh bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar untuk pengiklanan.

Oh panjang lebar pulak aku bercerita tentang VB. Sambung balik cerita pengambaran video pendek VB untuk mempromosikan Blooggers dan VB oleh Bleu Nagas sendiri.

Oleh kerana ini adalah pengalaman yang pertama aku berlakon di depan kamera, banyak adegan yang terpaksa diulang untuk mendapatkan adegan yang terbaik.
Tiada pengalaman berlakon menjadikan suasana yang sepatutnya happy dan rileks di depan kamera menjadi sedikit tegang. Aku terpaksa dinasihatkan berkali-kali oleh kru produksi untuk menenangkan diri.

perbincangan awal Video Brosur

Perbincangan awal sebelum memulakan rakaman Video Brosur

Menurut Mr Mohan pengarah VB tersebut, aku bercakap seperti seorang Dato’ yang terlibat dalam politik.. hahahaha.

Aku sebenarnya daripada kecil tidak mahir bergaya di depan kamera. Untuk senyum di depan kamera biasa sekalipun aku agak payah. Ini kan pula hendak berlakon di depan kamera untuk sebuah filem walaupun filem pendek seperti VB ini.

shooting video brosur

Sedang mendegar arahan tuan pengarah dalam pengambaran Video Brosur

Kalau membelek album gambar aku, jarang sekali kelihatan aku tersenyum ketika gambar diambil. Gambar aku masa kahwin pun payah untuk mencari gambar yang aku tengah senyum. Adalah sekeping dua. Mungkin aku ni memang jenis susah untuk senyum kot. Wallahua’lam.

Mr Jocko yang aku jumpa pertama kali di Phuket pada tahun 2011 dulu seterusnya bertanggung jawab menjerumuskan aku ke dunia blogging inilah yang berjaya mengajar aku supaya senyum ketika gambar diambil. Sekarang ok lah sikit kot. Adalah jugak gambar aku yang sedang senyum.

Memang aku tak boleh cari makan dengan bergambar maupun belakon depan kamera. Tak apalah. Banyak lagi kerja yang tak memerlukan aku berlakon di depan kamera. Kerja yang aku buat sekarang iaitu sebagai Financial Consultant dan Blogger tidak memerlukan aku senyum di depan kamera. Namun senyum manis di depan klien amat penting dalam kerjaya aku sekarang ini.

Oh ya, kepada yang ingin membuat iklan dengan VB boleh lah menghubungi aku untuk aku bawa berjumpa pihak Bleu Nagas.

Ataupun anda boleh terus menghubungi mereka di:

  1. Youtube
  2. Facebook
  3. Twitter
  4. Instagram
  5. Website

Segala maklumat seperti pakej pengiklanan, tentang syarikat, contoh VB, barisan presenter untuk dipilih, nombor dan orang untuk dihubungi dan lain maklumat lagi boleh diperolehi di situ.

Kepada syarikat SME, jangan lepaskan peluang untuk anda beriklan dengan cara yang efektif dan interaktif dengan VB ini. Yang lebih penting, kosnya amat berpatutan.
Selamat beriklan dengan VB.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: