More

    Pengalaman Menggunakan Google Glass

    cermin mata google
    Google Glass design terbaru

    Segalanya bermula sewaktu aku menghadiri Malaysia Media Social Week 2014 ( MSMW 2014 ) baru-baru ini. Di sana aku telah berjumpa dan sempat berkenalan dengan seorang peserta lain. Beliau ialah “orang besar” Google Business Group Malaysia (GBG).

    Semasa di MSMW 2014 aku lihat beliau sentiasa memakai cermin mata yang agak pelik. Sebelah ada cermin dan berbingkai besar. Manakala sebelah lagi tiada cermin dan berbingkai halus.

    cermin mata google

    cermin mata google 2

    cermin mata google 3

    kacamata google

    Bila ditanya beliau menerangkan bahawa itulah produk Google yang terkini iaitu Google Glass ataupun cermin mata Google.

    Aku sempat mencuba gajet ini semasa hari terakhir event tersebut.. Memang terbaik la gajet ini. Ia menerima arahan menerusi arahan suara (voice command). Selain ini juga ia boleh juga berfungsi mengikut arahan secara manual iaitu dengan cara sentuhan di hujung bahagian depan bingkai sebelah kanan.

    gambar google glass
    Jadi Cyborg kejap…

    gambar spek mata cantik

    gambar orang kacak pakai kacamata

    Ia juga disambungkan secara terus dengan Facebook, Twitter, Tumblr, dan CNN. Fungsi menjadi lebih menarik apabila apps Evernote juga boleh di installkan sekali.

    cara arah google glass
    Arahan suara untuk Google Glass

    Apakah Google Glass?

    Gajet ini ialah komputer yang dipakai dalam bentuk cermin mata canggih. Ia menggabungkan banyak produk Google ke dalam satu peranti tunggal yang sesiapa sahaja boleh digunakan . Ciri-ciri gajet ini setakat ini adalah seperti berikut:

    • 5MP kamera ( video 720p)
    • Bluetooth + 802.11 b / g WiFi
    • 16GB Penyimpanan Data ( 12GB boleh digunakan, Di syn kan dengan Google Cloud)
    • Mikro port USB + Pengecas
    • Bateri tahan sehari suntuk (Google Hangout + Video recording menjadikan bateri lebih cepat habis)
    • Bone conduction tranducer
    • Nosepads boleh laras ( satu saiz untuk semua )
    • paparan 640 x 360 pixel ( seperti skrin HD 25-inci 2.4 meter jauhnya)

    Gajet ini berupaya untuk melakukan perkara berikut :

    • Projek video HD atau imej sahaja
    • Rakam Video 720p
    • Mengambil gambar sehingga imej 5MP
    • Sambung ke Internet secara tanpa wayar
    • Berkongsi video atau imej
    • Cari info dengan menggunakan Google
    • Terjemah bahasa
    • Hantar mesej SMS (melalui Bluetooth disambungkan Android telefon pintar )
    • Menunjukkan peta dan arahan dalam masa nyata
    • Memaparkan maklumat berkaitan secara automatik berdasarkan apa yang anda lihat

    Gajet ini sangat eksklusif. Hanya yang betul-betul mempunyai minat dengan gajet ini dan berduit sahaja yang mampu milikinya. Sebab itu kita tengok belum ramai lagi yang menggayakan gajet ini di Malaysia.

    Harga gajet ini agak mahal. Google Glass Explorer Edition berharga sehingga USD1,500. Namun cermin mata canggih ini akan menjadi semakin murah di masa akan datang apabila pesaing Google juga akan keluarkan cermin mata canggih sebengini. Setakat ini Sony telah pun mempatenkan cermin mata canggih mereka.

    Dengan fungsi mengambil, menyimpan dan berkongsi gambar tanpa fungsi-fungsi yang lebih penting, aku rasakan bahawa gajet ini tidak berbaloi untuk dimiliki. Ia adalah kemahuan bukannya keperluan. Kecuali anda memang seorang yang berduit dan tidak kesah untuk membelanjakan duit anda.

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge