gambar tempat bekam

Pengalaman Pertama Kali Buat Rawatan Bekam

gambar orang rileks

tenangkan diri sewaktu dibekam. Disarankan membaca Ayat Kursi sebanyak 9 kali

Selalu juga aku mendengar cerita dari kawan-kawan yang pernah membuat rawatan bekam ni. Rata-rata memberi maklum balas yang positif. Tetapi mendengar cerita mereka sebelum ini belum dapat menggerakkan hati aku untuk mencuba rawatan ini.

Sehinggalah rakan #TeamWork membuat perancangan untuk program Jalan-Jalan Cari Makan ke Muar. Ada beberapa tujuan program ini diadakan. Diantaranya ialah untuk melihat sendiri progres pembinaan bangunan baru Madrasah Tahfiz An-Nuur. Tujuan lain pula ialah untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan sunnah nabi iaitu rawatan bekam dan Scan daripada Al-Muhtadin pimpinan Ustaz Noehas yang merupakan mudir di Madrasah Tahfiz An-Nuur yang juga rakan blogger serta bekas pelajar Akademi denaihati.

Tujuan kami mendapatkan kaedah rawatan ini ialah untuk membuang darah kotor di dalam badan. Darah inilah yang membawa penyakit dan menjadikan badan kita tidak sihat.

gambar alat bekam

peralatan berbekam

gambar mangkuk bekam

mangkuk yang digunakan dalam rawatan bekam

Aku adalah antara orang yang terawal diantara rakan #TeamWork yang menawarkan diri untuk dibekam. Hati agak berkecamuk dengan perasaan debar dan cemas. Maklumlah ini pengalaman pertama. Namun ku gagahkan semangat dan membiarkan Ustaz menjalankan kepakarannya.

gambar tempat bekam

tujuh point ataupun tempat bekam

Ada dua kaedah bekam yang dibuat ke atas aku. yang pertama adalah bekam angin. Sebanyak 7 mangkuk bekam telah diletakkan di titik-titik khas bekam pada bahagian belakang badan badan aku yang menyebut kulit belakang aku. Rasanya memang perit. Yang paling perit dan rasa tidak selesa adalah di titik belakang tengkuk. Terasa ada satu beban yang amat berat yang terpaksa aku tanggung.

Lebih kurang 15 – 20 minit ustaz melepaskan mangkuk bekam dan masuk ke fasa kedua iaitu bekam darah. Tempat yang kena hisap oleh mangkuk bekam tadi dicucuk secara perlahan dengan menggunakan pisau kecik seperti pisau pencukur oleh ustaz untuk tujuan melukakan kulit sebagai pintu untuk darah kotor keluar. Kemudian tempat yang telah dilukakan tadi disedut semula dengan 7 mangkuk tadi. Oleh kerana perit hisapan mangkuk bekam tadi masih terasa, kesan tusukan mata pisau cukur ini semacam sudah tidak memberi kesan sakit lagi pada aku.

Hasil kaedah rawatan ini tidak sama pada setiap individu. Ada yang keluar darah sedikit sahaja. Ada yang keluar banyak. Ada yang darahnya merah, ada yang darah hitam pekat dan bermacam sifat darah lagi. Setiap darah yang keluar ini pakar bekam boleh mengagak penyakit pada orang berbekam itu. Pengalaman Sifu Eizil dalam entrinya Rawatan Bekam Bersama Al-Muhtadin dan Pengalaman Eyriqazz yang diceritakan dalam entrinya Pengalaman Buat Bekam Darah mungkin berbeza dengan aku.

Darah yang keluar berwarna hitam pekat juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus (jin). Ini adalah kerana jin bergerak di dalam badan seseorang melalui salur darah.

Ada 7 mangkuk penghisap untuk satu-satu set rawata ini. Mangkuk ini diletakkan di point-point penting pada belakang orang yang berbekam. Setiap point itu mewakili organ dalaman. Contohnya 2 point di bahagian belakang dada mewakili paru-paru (sebelah kanan) dan jantung (sebelah kiri). Satu point di atas belakang tengkuk. 2 point di kawasan pinggang dan 2 point di kawasan antara belakang pinggang dan belakang dada. Kebiasaanya darah kotor akan keluar dengan banyak di kawasan yang kita alami kesakitan.

gambar darah bekam

Darah kotor akan banyak keluar di tempat badan mengalami kesakitan

Alhamdulillah. Hasil bekam ke atas aku agak memuaskan hati. Terdapat satu point yang darah keluar dengan banyak dan pekat iaitu di bahagian belakang pinggang sebelah kiri. Dua mangkuk darah kotor berjaya dikeluarkan daripada kawasan tersebut. Darah pula pekat seperti jelly. Memang aku selalu alami sakit pinggang di situ. Mungkin kesan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawa aku suatu ketika dulu.

gambar darah kotor

Darah kotor berbentuk jelly

Daripada hasil tinjauan aku di blog-blog bekam dan facebook bekam, kos untuk berbekam ini aku dapati berlainan diantara satu tempat bekam dengan tempat yang lain. Kebanyakan pengamal rawatan ini meletakkan caj untuk berapa mangkuk yang digunakan. Ada yang mengenakan caj RM18 semangkuk dan ada RM20 untuk semangkuk. Ini bermakna untuk 7 mangkuk seperti yang dibuat ke atas aku baru-baru ini, kosnya adalah RM126.00 (RM18 X 7). Namun Ustaz hanya mengambil RM50 sahaja sebagai upah. Serius murah. Dan sewaktu menghulurkan RM50 tersebut aku terasa bukan aku memberi kepada Ustaz, tapi aku memberi kepada madrasah tahfiz An-Nuur.

Kesan ataupun hasil daripada rawatan ini pada aku memang jelas terasa. inilah kelebihan hasil daripada kaedah rawatan bekam. Badan terasa ringan. Sebelum ke sana, lutut sebelah kiri aku mengalami kesakitan sehinggakan sukar untuk dibengkok sewaktu solat (duduk antara dua sujud dan tahiyyat). Namun selepas berbekam secara otomatik kesakitan tersebut hilang. Alhamdulillah. Pinggang di sebelah kiri aku juga tidak lagi sakit. Sungguh hebat kesan dari rawatan ini.

Sesungguhnya pada setiap yang dilakukann oleh Rasulullah itu terkandung seribu kebaikan disebaliknya. Ini adalah kerana setiap yang keluar daripada Rasulullah adalah daripada Allah ua samada daripada kata-katanya, perlakuannya dan iktikadnya. Jadi jika Rasulullah sendiri berbekam pastilah bekam ini amat bagus untuk kita.

Kepada pembaca yang belum pernah berbekam, aku syorkan anda mencuba kaedah rawatan ini. Anda pasti tak akan menyesal.

11 comments

  1. eva 16 September, 2016 at 16:52 Reply

    Saya selalu berbekam di Bekam Khadijah di parit raja, batu pahat. Memang berbaloi dan best sangat. Harga dia pun murah. 10cup rm65 aje. Free 3cup lagi ooo!

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: