More

    Penggunaan Kata Kunci Kurang Hangat Tetapi Bermusim Amat Hebat

    Seo-blocks

    Dalam arena penulisan blog, traffic ataupun jumlah pengunjung yang datang melawat dan membaca blog adalah amat penting. Selain ianya boleh menarik minat pengiklan-pengiklan untuk meletakkan iklan mereka di blog kita lalu menjanakan pendapatan poket sendiri, ia juga dapat memberikan kita kepuasan yang sukar digambarkan. Kepuasan apabila usaha kita dihargai di mana kita tahu yang penulisan kita disukai oleh pembaca dan pengunjung. Kepuasan apabila kita tahu yang teknik SEO yang kita cuba telah membuahkan hasil. Kepuasan apabila content kita menarik minat pembaca.

    Untuk melahirkan traffic yang banyak, kata kunci yang sesuai amat perlu dimasukkan ke dalam penulisan. Perkara ini sudah pun dibincangkan oleh blogger otai Denaihati di dalam entri INI.

    Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan Denaihati terutama berkenaan dengan penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim. Ini adalah kerana saya pernah berjaya mendapat tempat di page pertama hasil carian Google untuk entri saya yang INI. Ia dihasilkan dengan carian kata kunci “blogger otai”. Penggunaan kata kunci ini mungkin penggunanaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim kerana ianya ditulis sewaktu kejadian serangan virus malware keatas blog-blog blogger otai baru-baru ini.

    Namun saya rasa ianya mungkin juga kata kunci yang hangat kerana mungkin pelawat diluar sana ingin mengetahui tentang blogger-blogger otai. Siapakah yang paling tinggi ratingnya dan sebagainya. Semua memungkinkan mereka menaip kata kunci “blogger otai”.

    Tetapi entri saya yang satu INI jelas membuktikan ianya berdasarkan penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim. Entri ini dihasilkan sewaktu orang ramai sibuk untuk membuat kiraan cukai pendapatan masing. Jika pembelian komputer sudah semua maklum boleh dikecualikan cukai pendapatan, bagaimana pula dengan pembelian tablet. Adakah gajet ini dikira sebagai komputer ataupun termasuk dalam kategori smartphone. Jika dalam ketgori komputer mungkin boleh dikecualikan cukai pendapatan, tetapi jika ianya sekadar smartphone ianya memang tidak termasuk dalam akta cukai untuk dikecualikan cukai pendapatan. Jadi ini mendorong mereka menaip kata kunci “pengecualian cukai” dan disertakan sekali dengan “ipad” atau “tablet” atau Samsung Galaxy Tab” dan sebagainya.

    Penggunaan kata kunci kurang hangat tetapi bermusim beginilah yang membuatkan entri saya itu berada di page pertama carian Google.

    Jom kita lihat:

     

    Kata kunci: "beli ipad dapat pengecualian cukai atau tidak"
    Kata kunci: “beli ipad dapat pengecualian cukai atau tidak”

     

    Kata kunci: "pengecualian cukai ipad"
    Kata kunci: “pengecualian cukai ipad”

     

     

    Kata kunci: "pengecualian cukai untuk galaxy tab"
    Kata kunci: “pengecualian cukai untuk samsung galaxy  tab”

     

    Kata Kunci: "pengecualian cukai tablet"
    Kata Kunci: “pengecualian cukai tablet”

    Kemungkinan lain kenapa ianya bukan sahaja menduduki page pertama carian Google malah di kedudukan nombor 1 ialah mungkin entri ini tidak banyak ditulis oleh blogger lain. Wallahua’lam.

    Apa-apa pun terima kasih kepada blogger-blogger otai dan blogger-blogger baru juga yang telah sudi berkongsi maklumat dan tips tentang SEO teknik ini.

    Wassalam.

     

     

     

    Latest articles

    Related articles

    15 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge