buat duit dengan blog dan media sosial

Penting Ke Media Sosial Kepada Blogger

buat duit dengan blog dan media sosial

Penting ke atau tidak media sosial kepada blogger bergantung kepada niat sebenar mereka berblogging

Ada orang tanya aku penting ke media sosial kepada blogger. Jawapan aku: bergantung kepada objektif blogger itu berblogging.

Jika blogging hanya lah hobi semata-mata kepada blogger, mungkin ia tidak berapa penting. Mungkin media sosial ini hanyalah bertujuan untuk ping entri blog sahaja. Kepada blogger tersebut, media sosial hanyalah sekadar untuk suka-suka.

Akan tetapi jika blogger itu menceburi bidang blogging untuk buat duit dengan blog, apatah lagi menjadikan blogging sebagai kerjaya, tak kira lah sebagai kerjaya separuh atau sepenuh masa, jawapannya sudah semestinya media sosial menjadi satu kemestian.

Dunia pengiklanan kini pantas berubah. Jika dulu akhbar dan majalah menjadi pilihan utama untuk syarikat mengiklankan produk dan servis mereka. Namun kini sejajar dengan kelajuan perubahan IT, cara pengiklanan sudah berubah.

Kebanyakan syarikat memilih untuk mengiklankan produk dan servis mereka secara online. Semakin banyak syarikat dan orang perseorangan memilih Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial yang lain untuk mengiklankan produk dan servis mereka. Iklan dan hebahan melalui blog juga menjadi pilihan.

Antara sebab-sebab berubahnya trend pengiklanan ini ialah:

  1. kos iklan di media sosial dan blog jauh lebih rendah
    Kos iklan di media sosial dan blog adalah jauh lebih rendah berbanding iklan di akhbar dan majalah. Kos Rm3K – Rm5K iklan di mukasurat utama akhbar dan majalah boleh dikurangkan dengan kadar yang jauh lebih rendah daripada itu dengan mengiklankannya di media sosial dan blog.
  2. liputan di media sosial dan blog yang lebih meluas dan menyeluruh
    Dengan media sosial dan blog, pemunya akaun mempunyai ramai pengikut dan rakan-rakan yang akan segera berinteraksi apabila setiap posting ataupun entri diterbitkan.
  3. media sosial dan blog mudah untuk di akses oleh orang ramai
    internet di hujung jari. Sekarang smartphone dan internet mudah alih sudah menjadi satu keperluan kepada orang ramai. Informasi yang ingin diketahui akan segera dicari menggunakan smartphone. Ianya sungguh mudah untuk diakses.
  4. iklan yang kekal berada di dalam media sosial dan blog selagi tidak dipadam
    oleh pemunya akaun/blog.
    iklan yang berada di dalam internet samada di media sosial ataupun blog amat jarang sekali di padam oleh pemunya akaun. Melainkan jika ianya diarahkan untuk berbuat demikian. Jadi ianya akan dapat dibaca oleh orang ramai walaupun ia sudah beberapa hari diterbitkan di media sosial dan blog.Berbeza dengan iklan di akhbar dan majalah di mana orang ramai amat jarang akan membaca akhbar yang sudah lama tempoh terbitannya. jarang sekali orang membaca akhbar 2 hari yang lalu.
  5. iklan di media sosial dan blog terutamanya akan keluar apabila dicari di enjin carian di internet.
    Iklan yang diterbitkan oleh media sosial dan blog khususnya mempunyai kata kunci tertentu. Kata kunci ini akan membantu pengguna internet untuk mencari artikel yang mereka kehendaki.Jadi iklan yang diterbitkan di media sosial dan blog akan keluar semula apabila kata kuncinya ditaip. Jika penulis iklan pandai bermain dengan kata kunci, pasti iklan tersebut akan timbul di muka surat pertama di enjin carian apabila kata kunci tersebut ditaip oleh pengguna internet.

Nasihat aku kepada bogger. Jika ingin menambah pendapatan anda, libatkanlah diri anda dengan media sosial. Daftarlah akaun Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Linked In dan lain-lain. Ia akan membantu anda melebarkan servis anda yang bukan sekadar dengan blog semata-mata. Di samping anda buat duit dengan blog, anda juga boleh buat duit dengan media sosial.

Pengiklan sekarang sudah ramai yang cenderung memilih blogger yang ada rangkaian media sosial yang banyak daripada blogger yang hanya ada blog walaupun mempunyai pelawat unik yang ramai.

Pengiklan seperti Manoah dan beberapa pengiklan yang lain biasanya akan memanggil blogger yang ada rangkaian media sosial yang ramai ini untuk membuat hebahan terkini di media sosial. Biasanya sehari sebelum event ataupun majlis pelancaran produk misalnya, blogger sudah digesa untuk membuat posting dan mengemaskini media sosial mereka tentang majlis keesokan harinya.

Apatah lagi semasa event atau majlis. Ketika majlis sedang berlangsung memang blogger akan sibuk mengemaskini status Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing untuk membuat liputan teerkini tentang majlis yang dihadiri.

Tindakan ini memang amat menolong sesuatu majlis pelancaran ataupun roadshow untuk menjadi sesuatu yang hangat pada sesuatu masa. Apa tidaknya, semua iklan dan hebahan akan terpampang di dinding status media sosial pengikut-pengikut blogger tersebut.

Antara syarikat yang memanfaatkan hebahan melalui media sosial ini ialah Honda Malaysia yang sedang membuat Road Trip ke seluruh Malaysia. Aku juga terlibat dengan event ini sewaktu mereka mengadakan Karnival Honda Hybrid Famiy Road Trip 2013 ke Kota Baharu.

Jadi kepada bloggers, tambahkanlah portfolio anda. Ramaikanlah pengikut anda di media sosial. Ia akan menjadi sesuatu yang penting kepada kerjaya anda sebagai bloggers. Media sosial akan menolong anda untuk memasarkan diri anda kepada pengiklan sebagai blogger yang mempunyai pakej yang lengkap.

Kepada yang bertanya, semoga entri ini menjawab persoalan di atas.

22 comments

  1. Irwan Alessa 2 October, 2013 at 11:50 Reply

    Yep, betul bergantuk pada motif dan objektif blogger tu blogging.. Sangat setuju dengan statement tu.. Dan sekarang banyak firma atau syarikat memilih blogger untuk luaskan promosi sesuatu barangan tu..
    Irwan Alessa recently posted..Bersyukurlah..My Profile

    • sohoque 2 October, 2013 at 23:28 Reply

      betul tu bro. so depend on niat blogging tu. mcm aku dulu niat blogging sbb hobi jer. la ni dah pandang duit sbb dah selalu dapat event dan sponsored post. hahahah

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: