Pentingnya Mentor Atau Idola Dalam Bisnes Unit Trust

diagram mentor

Mentor Diagram

Dalam bisnes unit trust ini, kita mestilah sentiasa berfikiran positif. Tahap motivasi kita haruslah berada di peringkat yang tertinggi pada setiap masa. Untuk mendapatkan motivasi dan mood positif tersebut kita mestilah pandai memilih dengan siapa kita berkawan. Bergaul lah dengan mereka yang menpunyai tahap motivasi yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif, insyaAllah aura positif tersebut akan turut berada dengan kita.

Sebaliknya jika kita memilih bergaul dengan orang yang negatif, yang tidak ada sifat ingin maju, aura negatifnya akan menyerap aura positif anda. Jadi hati-hati dalam pergaulan.

Satu perkara lagi, bagi aku, untuk mengekalkan tahap motivasi yang tinggi kita kena menjadikan orang-orang yang telah berjaya dan hebat dalam industri yang kita ceburi sebagai idola atau mentor kita. Tiru dan ikut perkara-perkara positif yang dilakukannya. InsyaAllah kita pun akan jadi seperti dia. Minta nasihat dan pandangan dia. Ikuti kelas ataupun perjumpaan anjurannya. InsyaAllah kita akan berjaya sepertinya, jika tidak 100 peratus pun 70 – 80 peratus kita akan berjaya sepertinya.

Mentor aku di dalam industri Unit Trust yang aku ceburi ini ialah En Bahrin, Agency Manager Kuantan Branch. Aku memilih beliau kerana cara beliau bukan sahaja mengejar kekayaan duniawi malah kekayaan ukhrawi juga. Sikap beliau yang amat pemurah dalam memberikan ilmu (khususnya ilmu unit trust) amat aku kagumi. Tips yang diberi semasa kelas latihan amat berguna untik diapplikasikan. Beliau mengadakan perjumpaan dan kelas latihan pada setiap bulan kepada UTC di sekitar Shah Alam. Aku tidak pernah terlepas perjumpaan yang dianjurkannya kecuali jika tiada hal yang lebih penting. Moga Allah merahmati kemurahan hatinya dalam menyalurkan ilmu unit trust kepada UTC walaupun bukan daripada group beliau.

Bercakap berkenaan mentor ini, aku sertakan sekali temubual Irfan Khairi bersama Chef Li, pengarang buku Menjejaki Jutawan Senyap yang diambil daripada website Irfan Khairi.

Temubual Irfan Khairi bersama Chef Li:

Chef Li: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:

‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’

Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:

‘Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’.

Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’.

‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’.

Jawabnya pula ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.

===================

Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan semangat dan usaha kita.

Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain :)

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: