gambar pekerja bangla

Pergaduhan Di Restoren Mamak

Alhamdulillah. Selepas 5 hari aku bercuti bersama keluarga ke Johor dan Melaka, petang semalam aku selamat sampai ke rumah. Hari ini aku sudah mula berkerja. 5 hari bercuti, 5 hari juga blog aku terabai.

Hari pertama berkerja setelah lama bercuti, aku tiada banyak janji temu dengan pelanggan sedia ada maupun yang baru. Ada satu temujanji untuk Takaful sebenarnya di waktu tengahari tadi tetapi pelanggan telah membatalkannya di saat-saat akhir. Jadi aku menghabiskan masa hari ini di salah sebuah restoren mamak di sekitar Jalan Dang Wangi ini. Aku menghabiskan masa dengan menyelesaikan segala kerja-kerja yang melibatkan laptop dan internet. Sambil menelefon consultant unit trust dan takaful di bawah seliaan aku.

Ada satu saat yang amat mencemaskan berlaku di sini pada hari ini. Perkerja restoren ini bergaduh sesama mereka. Sebab berlaku pergaduhan tidak pula aku ketahui. Tiba-tiba terdengar dua orang perkerja sedang menengking satu sama lain. Aku yang sedang mengisi borang pelanggan baru Takaful terus memacakkan mataku kepada dua batang tubuh yang sedang bertelingkahan itu.

image

Mereka yang saling tolak menolak telah dileraikan oleh pekerja yang lain. Walaupun teah dilerai, tetapi perang mulut masih belum berakhir. Aku sudah semakin takut. aku bimbang perang mulut yang masih berlarutan ini akan menjadi pergaduhan fizikal semula. Tambah takut lagi apabila seorang daripada mereka telah mencapai pisau pemotong ayam goreng.

Sambil memotong ayam goreng pesanan pelanggan mulutnya tidak henti-henti berbalah. Aku lihat lain macam saja tetakan pisau tersebut pada ayam goreng. Dalam hati aku hanya berdoa supaya dijauhkan perkara yang tidak diingini. Risau juga aku kalau pisau tersebut dilibas kepada pekerja yang seorang lagi tu.

Nasib baik peperangan mulut menjadi semakin reda. Berdasarkan apa yang aku dengar daripada perang mulut mereka, salah seorang daripada mereka tidak menghormati yang seorang lagi dan mengeluarkan kata-kata yang kasar. Mungkin perbuatan tersebut dh kerapkali berulang menyebabkan yang seorang ini melepaskan rasa yang terbuku di hati.

Cuma aku agak respek kepada yang pegang pisau (yang terlebih dahulu dikasari dengan kata-kata) itu. Dia yang aku rasa belum reda kemarahannya sepenuhnya telah membawa ayam goreng yang dipotong tadi kepada pelanggan yang memesan dengan senyuman yang terukir di bibir. Ini yang aku respek. Walaupun dalam kemarahan, pelanggan masih dihormati.

Nasib baik lah di masa kejadian tidak ramai yang bertandang ke restoren ini. Jika tidak aku rasa terjejas la juga nama baik restoren ini.

Apa-apa pun kejadian begini tidak sehrusnya berlaku. Majikan seharusnya memberi latihan moral yang secukupnya kepada pekerja untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku. Mungkin agak susah memberi latihan kepada perkerja yang berasal daripada Bangladesh. Tetapi itu adalah tanggung jawab majikan. Bayangkan jika kejadian tadi berakhir dengan pertumpahan darah, mesti pelanggan akan trauma dan tidak akan datang lagi ke restoren ini.

25 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: