13 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tanam Dalam Diri Tentang Anak dan Guru

Assalamualaikum dan Assalamualaikum sejahtera.

Teknology memudahkan kehidupan. Bukan menyukarkannya. Perkembangan telefon pintar dan applikasi mesej seperti whatsapp dan telegram sungguh memudahkan perhubungan dua hala. Menyebarkan info atau ilmu dengan aplikasi mesej adakalanya lebih berkesan berbanding dengan bercakap secara terus.

Bercakap secara berdepan mungkin tidak sampai apa yang kita ingin sampaikan disebabkan beberapa faktor seperti masa yang tidak sesuai, mood yang menerima kurang elok, suasana persekitaran yang bising dan lain-lain. Tetapi jika menggunakan whatsapp, mesej yang ingin disampaikan mungkin sampai kerana mesej tersebut boleh dibaca pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.

Group Whatsapp

Sekarang banyak group-group whatsapp yang diwujudkan untuk menyampaikan maklumat. Salah satunya ialah group whatsapp yang diwujudkan oleh pihak sekolah mengikut kelas anak-anak kita belajar. Pelbagai info dan perbincangan boleh didapati di situ. Tiada lagi info dari pihak ke 3 yang mana akan lebih cenderung kepada ketidaktepatan info yang ingin disampaikan.

Anak juga tidak boleh menipu ibubapa kerana mesej dan info yng ibubapa dapat terus daripada guru. Macam kes aku, anak aku tinggal di asrama. Jadi segala penyampaian info daripada group whatsapp ini aku lihat sebagai jalan terbaik untuk aku mengetahui perkembangan anak dan sekolah.

seakrab mana pun anak dengan kita, perlu diperiksa dahulu berita yang dibawanya

seakrab mana pun anak dengan kita, perlu diperiksa dahulu berita yang dibawanya

13 perkara yang perlu anda tanamkan dalam diri tentang anak dan guru

Group whatsapp ini juga kadang-kadang ada menyelitkan mesej motivasi dan nasihat kepada ibubapa. Ini aku anggap sebagai satu perkembangan yang cukup posiitif. Salah satu nasihat daripada guru yang aku rasa amat penting untuk ibubapa mengambil perhatian adalah mesej seperti di bawah:

Pesanan untuk semua ibu bapa… cikgu juga adalah ibu bapa pada seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah-mudahan membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin…

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik. Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik. Atau untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru – guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru – guru itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru – guru itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru – guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6-7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6-7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru – guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. ‘A’ kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru – guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

guru macam ini boleh membuatkan murid rajin ke sekolah. heheheh

guru macam ini boleh membuatkan murid rajin ke sekolah. heheheh

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru – guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru – guru anak-anak kita.

Berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan A. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan di akhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Komen Sohoque

Memang aku setuju dengan semua points di atas. Hormatilah guru. Cuba tengok cara ibubapa dulu hprmati guru berbanding dengan ibubapa sekarang. Memang amat jauh bezanya. Ibubapa dulu tinggalkan anak kat sekolah dengan pesanan kepada cikgu: “cikgu… cikgu rotanlah anak saya jika dia buat salah. Janji jangan buta dan bisu sudah…” Sampai begitu sekali ibubapa serahkan anak pada guru.

rotan boleh mengajar murid menjadi baik. rotan masih relevan pada zaman sekarang

rotan boleh mengajar murid menjadi baik. rotan masih relevan pada zaman sekarang

Tapi sekarang? Guru sentuh sikit anak-anak, ibubapa dan mengamuk. Siap datang sekolah marah-marah. Lebih terukk lagi sampai buat laporan polis dan masuk surat khabar dan media sosial bagai. Itu yang jadi anak-anak naik lemak dan kurang keberkatan dalam menuntut ilmu.

Bak kata petikan di atas, murid mungkin dikurniakan ‘A’ yang banyak tapi berkat ke ilmu yang dipelajari?

Jadi, 13 perkara di atas penting untuk kita sebagai ibubapa tanamkan dalam hati tentang perihal anak dan guru…!

Klik untuk Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

6 comments

  1. As 15 February, 2016 at 02:59 Reply

    Betul tu. Ada satu kes kat sekolah, anaknya mencalarkan kereta cikgu, tapi biasalah tak mengaku. Dan si ibu percaya sangat anaknya.
    Belikan hp, si anak bawa ke sek, kena tangkap bawa ke sek, termalu sendiri dah tau ke sekolah mana boleh bawa hp. Lepas tu nak salahkan cikgu sengaja kantoikan anak.
    Semoga si ibu juga sedar anak-anak bukan baik sangat belakang kita.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: