puppet boleh tiup belon

Pertunjukan Puppets Di Genting Highland

cara bermain puppets bertali

John dan Josef bersama puppets ciptaan mereka di Stars on Strings Show

Bilakah kali terakhir anda melihat pertunjukan Puppets?

Sungguh lama aku sudah tidak pertunjukan Puppets ni. Kali terakhir aku tonton pertunjukan ini kalau tak silap pada masa aku masih di usia budak-budak dahulu. Itu pun aku tengok melalui kaca television. Pada masa itu rancangan sarkis biasa ditayangkan di kaca TV. Pertunjukan tersebut ada terselit di dalam acara-acara yang dipertontonkan di dalam rancangan sarkis tersebut.

Tapi itu dulu. Dulu pertunjukan patung Puppets ini biasa-biasa saja. Setakat menggunakan satu dua tali sahaja untuk menggerakkan tangan dan kaki Puppets. Kini pertunjukan patung bertali ini sudah mengalami revolusi. Pertunjukkan nya lebih hidup dengan lebih banyak bahagian anggota badan Puppets yang berfungsi dan bergerak. Ia nampak lebih hidup. Dan untuk menggerakkan banyak bahagian badan Puppets ribuan utas tali terpaksa digunakan. Ia menggabungkan seni pertunjukan Puppets dengan sains.

Hari minggu baru-baru ini aku mendapat jemputan daripada pihak Resort World Genting untuk ke sana bermalam selama satu malam sambil menikmati pertunjukkan Puppets dan Persembahan Fantastico 2.

puppet pandai menyanyi dan main piano

Watak Puppets menyanyi dan bermain piano

Melihat persembahan Puppets pada petang itu telah merubah tanggapan aku kepada pertunjukan patung bertali itu selama ini. Aku sangkakan ianya masih seperti dulu, namun perubahan persembahan Puppets pada masa sekarang sangat terkehadapan sejajar dengan kemajuan teknologi.

Dipersembahkan oleh otai dalam industri pertunjukan Puppets iaitu John dan Josef, pertunjukan ini sangat menghiburkan. Ia bukan lagi pertunjukan yang boring seperti 10 tahun yang lalu. Puppets yang dimainkan sungguh hidup. Ia adalah pertunjukan bertaraf antarabangsa.

puppet boleh tiup belon

Puppet yang mampu meniup belon

Persembahan Puppets yang menari mengikut pelbagai tempo muzik tersebut diselang selikan dengan lakonan dan humor yang amat mencuit hati. Watak-watak yang dimainkan juga ada bermacam-macam dan semuanya direka sendiri oleh John yang berasal daripada U.K. Disamping John ialah rakan sejawatannya Josef yang berasal daripada Austria yang amat mahir dan amat arif dalam pertunjukan ini.

watak ayam

Selepas tamat pertunjukan, kami para bloggers sempat berjumpa dan beramah mesra dengan kedua pakar persembahan Puppets ini. John dan Josef mempunyai pengalaman puluhan tahun (25 tahun) dalam industri pertunjukan Puppets ini bertemu sesama mereka di England beberapa tahun dahulu apabila keduanya berkerja di syarikat pembuatan dan pertunjukan Puppets yang terbesar di England pada masa itu. Sejak daripada itu mereka mengorak langkah membuat pertunjukan bersama.

Istana diceroboh

watak pengawal menjaga Istana

Apabila ditanya apakah rancangan mereka dalam masa 5 tahun akan datang, Josef dengan tanpa teragak-agak menjawab:

“kami ingin berehat dirumah”.

Watak puppets sedang menyanyi

Watak puppets sedang menyanyi

Ya, dalam usia yang makin mencecah kepada usia persaraan, tenaga mereka sudah tidak sekuat sewaktu mereka muda dahulu. Puppets yang dicipta dengan hiasan pakaian mengikut watak tertentu bukannya ringan. Aku sempat mencuba satu puppets. Aku sangkakan ringan tetapi beratnya aku rasa tidak kurang daripada 20 kilogram. Itu satu Puppets. Ada puluhan Puppets besar dan kecil harus mereka gayakan. Sekarang aku faham kenapa mereka ingin berehat walaupun nama mereka sedang harum di arena pertunjukan Puppets antarabangsa.

Tikus dalam bilik

Orang tua sedang diganggu tikus

Antara pengalaman mereka selama 25 tahun sebagai pemain Puppets, mereka sudah merantau ke serata dunia termasuk benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan negara Timur untuk membuat persembahan Puppets. Mereka pernah bermain di hadapan Duke of Edinburgh, Putera Philips dan di hadapan Ratu Elizabeth dan Queen Mother.

Kepada sesiapa yang teringin melihat pertunjukan yang unik ini, anda boleh segera ke Genting Highland. Sempena cuti sekolah ini, membawa keluarga bercuti di sana dan menyaksikan pertunjukan patung bertali ini adalah antara langkah yang bijak.

Pertunjukan ini hanya diadakan selama 3 minggu sahaja di sana sebelum John dan Josef dijemput untuk membuat pertunjukan di atas salah sebuah cruise yang terkenal di dunia. Pertunjukan puppets ini telah bermula pada 16 November 2013 dan akan berakhir pada 9 Disember 2013.

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan Stars on Strings Show ini. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM15 – RM25.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.rwgenting.com ataupun terus hubungi 03-6101 1118.

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: