Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua

    20
    1453
    Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sempena Perkahwinan Kedua.jpg
    UZAR bersama kedua orang isteri beliau. (diambil daripada Facebook UZAR)

    Seperti biasa la orang melayu ni. Bila ada je ustaz ataupun tokoh terkenal berpoligami, akan adalah komen-komen dan cakap-cakap yang tak sepatutnya keluar. Terbaru adalah tentang perkahwinan kedua tokoh agama yang aku kagumi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR). Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman sempena perkahwinan kedua beliau telah dimuatkan ke dalam akaun Facebook beliau.

    Sebelum ini kecoh juga apabila tokoh agama Ustaz Azhar Idrus berkahwin kali ke tiga. Sehinggakan beliau dihujani dengan pelbagai pertanyaan tentang itu di dalam ceramah agama beliau dan juga di dalam fan page Facebook beliau.

    Begitulah orang kita. Suka sangat komplen. Sedar tak sedar dalam komplen tu, dalam cakap-cakap tu kita termengumpat sebenarnya. Kita dapat dosa percuma. Orang yang kita umpat pulak dapat pahala percuma.

    Aku suka dengan Pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman sempena perkahwinan kedua beliau itu. Antaranya:

    1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
    2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
    3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
    4. . Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
    5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

    Turut dinyatakan juga prosedur bagaimana proses beliau berpoligami daripada awal. Sila ke Facebook UZAR untuk ikuti pesanan dan prosedur yang beliau jelaskan.

    Jadi, hentikanlah menyebarkan gambar-gambar ataupun berita-berita spekulasi tentang UZAR ini. Gambar yang kat Facebook beliau tu (gambar di atas) memang beliau izinkan untuk disebar.

    Aku doakan semoga perkahwinan UZAR bersama kedua-dua orang isteri beliau akan bahagia hingga ke syurga. Ameen.

    Kepada yang ingin mengikut jejak UZAR, ikutlah pesanan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman sempena perkahwinan kedua beliau. InsyaAllah perkahwinan akan bahagia dan berkat.

    Wallahua’lam.

     

    20 COMMENTS

    1. Bukan mudah kahwing lebih dari satu ni. Pengurusan masa dan tahap kesabaran perlu tinggi…kalau nak tingkatkan kecekapan menguruskan masa dan melatih daya kesabaran elok kahwin lebih…

    2. banyak kebaikan poligami ni ; melampiaskan nafsu ke arah jalan yg benar, menolong dan menyelamatkan kaum hawa baik janda atau dara, melatih diri menjadi pemimpin, mengelakkan maksiat dan bermacam2 lagi.

      Tapi kaum lelaki mesti ingat, jadilah suami dan bapa yang bertaqwa dan bertanngungjawab, bimbing keluarga ke arah keredhaan Allah.
      Jangan untuk suka2 sahaja, ok. Kalau x mampu, JANGAN! Mampu maknanya zahir boleh mencukupkan keperluan, batin boleh membahagiakan perempuan. Adil mesti diutamakan.

      Kaum perempuan, sekiranya suami cukup kemampuannya, jangan dihalang, jangan disusahkan ; redha suami, redhalah Allah pada anda. Semuanya hendaklah berlandaskan Al Quran dan Sunnah, samada tindakan suami atau isteri, bukan ikut emosi dan nafsu. JIKA TIMBUL PERSELISIHAN DIKALANGAN KAMU, MAKA BERBALIKLAH PADA AL QURAN DAN SUNNAH. InsyaAllah diberkati Allah SWT. Salam semua.

    3. Assalamualaikom..
      sekadar berkongsi pendapat …
      Ilmu sebenarnya tak kan pernah cukup bagi kita manusia yang senantiasa pelupa.. Namun ALLAH S.W.T Maha Mengetahui Kemampuan dan kehendak hambanya… Samada layak atau tidak… kita hanya merancang hanya DIA yang MENENTUKAN…
      Bagi setiap manusia.. melayari BAHTERA kehidupan adalah satu perjalanan ke DESTINASI yang PASTI diharapkan dengan KEINDAHAN hingga ke ALAM AKHIRAT … Oleh itu kepelbagaian HALANGAN dan LALUAN BERLIKU akan DITEMPUHI … Dengan BERBEKALKAN AKAL FIKIRAN kurniaan ILAHI kita pasti akan diberi PILIHAN samada BAIK ataupun SEBALIKNYA … yang pastinya hanya dengan ILMU dan IZIN dari ALLAH S.W.T laluan perjalanan itu akan berlaku dan DITENTUKAN HALA TUJUNYA … Menuntut ILMU adalah sebahagian dari KEHIDUPAN kita untuk menempuh hari-hari yang MENDATANG … Cobalah untuk MENCARI dan MENEMPUHINYA dengan penuh KESABARAN DAN KEREDHAAN …

    4. Kahwinlah untuk mengembangkan ZURIAT PEJUANG AGAMA, PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM, PENGEMBANGAN ILMU ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM DI BUMI ALLAH…

    5. assalamualaikum.. kemunculan gua ni bkn la nk mnyibuk hal spe2 kn.. sekadar nk berkongsi je…
      bini gua ni cepat sangat plak jeles nye.. asyik tuduh gua ade perempuan lain aje.. gua tak de simpan pon perempuan lain.. tapi bila kerap di tuduh menjadikan gua tension sampai rasa nak buat pe yang di tuduh nye tu.. adakah patut atau tidak patut gua mencari lagi satu..????

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here