gambar poster pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

gambar poster pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ataupun Kuala Lumpur International Book Fair diadakan saban tahun di lokasi tetapnya iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tahun 2014 ini ia datang lagi dan sudah pun memulakan hari pertamanya pada hari ini. Pesta buku ini bermula pada 24 April sehingga 4 Mei 2014. Lokasi pesta buku ini adalah di Tingkat 4 Dewan Merdeka PWTC.

Aku biasa datang ke PBAKL pada setiap tahun  ia dianjurkan. Banyak kelebihan datang ke pesta buku ini. Antaranya ialah:

    1. Buku-buku boleh didapat dengan harga yang lebih murah daripada biasa
    2. Boleh tahu perkembangan terkini tentang industri penerbitan
    3. Boleh tengok buku-buku baru di pasaran
    4. Untuk orang yang kerja melibatkan sales dan marketing dan juga blogger macam aku, pesta buku ini juga memberi ruang kepada aku untuk melebarkan rangkaian hubungan aku yang pastinya amat berguna kepada aku.

Cuma yang aku kurang gemar sedikit untuk bertandang ke sini ialah keadaan orang yang ramai yang bersesak-sesak. Itu memang aku tak suka. Tapi disebabkan benda ini memang tak dapat dielakkan dan kekurangan ini amat sedikit rationya berbanding kelebihan yang aku dapat, kekurangan itu memang aku abaikan saja.

Saban tahun, apabila aku bertandang ke sini, pasti aku tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di booth PTS Media Group Sdn. Bhd (dulu dikenali sebagai PTS Consultants Sdn. Bhd). Booth PTS ni biasanya besar kerana ia adalah salah satu syarikat penerbitan buku, majalah dan sebagainya yang besar.

Kenapa aku suka singgah di ? Kerana booth ini ada banyak seleksi pilihan buku-buku yang aku suka. Biasanya kalau aku ke pesta buku ini, buku-buku yang aku cari ialah buku-buku yang berkaitan dengan motivasi, tentang kewangan dan perancangan kewangan, tentang blogging, online business dan buku-buku agama.

Di samping itu juga buku untuk anak-anak yang berkait rapat dengan pembelajaran di sekolah dan buku-buku bacaan santai untuk mereka juga akan aku belikan. Biasanya aku akan biarkan saja mereka memilih sendiri buku kesukaan mereka.

Berikut adalah antara buku-buku baru yang menarik di booth PTS tahun ini yang sempagt aku survey di laman web mereka.

gambar buku baru

Buku-buku baru keluaran PTS

Bajet yag aku peruntukan untuk datang ke sini adalah tidak melebihi RM500. Ok la tu. Banyak dah buku yang boleh dibeli tu.

Oh ya.. Selain daripada jualan buku PTS juga ada menyediakan aktiviti-aktiviti khas untuk pengunjung boothnya di setiap hari.

gambar aktiviti

Jadual aktiviti di booth PTS sempena PBAKL 2014

Yang paling menarik ialah adalah hadiah yang disediakan oleh pihak PTS. Salah satu hadiah yang memang senang untuk dimenangi ialah setiap 15 orang pembeli terawal yang berbelanja di antara RM250 – RM500 ke atas akan menerima hadiah.

gambar poster hadiah

Hadiah untuk pelanggan PTS

Apa lagi yang menarik..? Booth PTS juga menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sempena pesta buku ini. Untuk pembelian 2 keping baucar bernilai RM100, anda akan menerima buku PERCUMA dari PTS. Sangat menarik! Rugi kalau tak singgah di sini***. Jadi jangan lupa untuk singgah di booth PTS di pesta buku ini.

Jadi ajaklah keluarga anda ke pesta buku ini. Bentuklah budaya suka membaca di dalam keluarga kita. InsyaAllah ahli keluarga kita akan menjadi orang yang berilmu. Orang yang berilmu ini Allah akan angkat darjatnya lebih tinggi daripada orang lain yang kurang ilmu.

Jika bertandang ke sini pasti akan memakan masa untuk berjalan-jalan ke booth-booth, menyertai aktiviti dan sebagainya. Pasti perut akan minta diisi apabila tiba masanya. Jangan risau. Ada gerai-gerai makanan yang disediakan di sini.

Surau juga ada disediakan di PWTC ini. Tidak perlu bimbang terlepas waktu solat.

Bagaimana nak datang ke sini?

Anda boleh datang dengan menaiki bas, teksi, LRT dan komuter. Semua stesen pengangkutan awam ini berhampiran dengan PWTC.

Jika anda memilih untuk datang dengan kenderaan sendiri, aku rasa parkir yang paling sesuai ialah di tempat parkir bangunan Stesen Bas Perhentian Putra. Caj yang dikenakan amat berpatutan.

Aku jangkakan parkir agak padat pada tahun ini berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Ini adalah kerana SUNWAY Mall (dulu dikenali sebagai The Mall) bersebelahan dengan PWTC sedang ditutup untuk renovation. Jadi semua parkir tertumpu di parkir PWTC dan Hentian Bas Putra saja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan terkini di laman web PTS dan di media sosial PTS seperti di bawah:

Laman Web PTS

Facebook PTS 

Instagram PTS

Twitter PTS.

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: