Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

Keluarga bahagia. Alhamdulillah!

Tahap menghormati ibubapa oleh anak-anak amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Dulu, di zaman ayah kita, kita amat menghormati ayah dan ibu. Kita takut mereka marah jika kita buat salah.

Ini berlaku kepada aku sendiri di mana ayah aku (kini telah bersemadi dengan aman, moga Allah menempatkannya di kalangan hambaNya yang bertaqwa) seumur hidupnya tidak pernah menjentik aku. Apatah lagi memukul. Tetapi hanya sekadar jelingan tajam, bagai luruh jangtungku dibuatnya.

Jadi apakah faktor yang membezakan tahap hormat seseorang anak kepada ibu bapa dulu dan sekarang?

Mungkin pendedahan kepada budaya luar yang disajikan oleh media massa dan eletronik memainkan peranan utama. Dulu tidak banyak pendedahan seperti sekarang yang mana di media-media massa dan eletronik saban hari menyajikan cerita-cerita yang runtuh akhlak seperti anak menderhaka kepada ibu bapa, anak melawan cakap ibu bapa, anak bercakap kasar dan sebagainya. Mungkin tujuan disiarkan cerita-cerita sebegitu adalah untuk memberi kesedaran kepada audience dan moral keseluruhan cerita itu adalah baik. Namun kesan sampingannya ialah anak menjadi terbiasa dengan akhlak yang ditunjukkan.

Berikut adalah tips kepada ibubapa dalam mendidik anak supaya wujud perasaan hormat yang mendalam dalam jiwa anak-anak:

  1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?
  2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak
  3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
  4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.

Harap sama-sama kita amalkan di samping doa-doa yang tertentu.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: