Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

kromosom Petua Untuk Mendapatkan Anak PerempuanFAKTOR PERSETUBUHAN

1. Mula-mula kita perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki.

2. Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

3. Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati, walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

4. Kedudukan penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.

5. Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara “vaginal douching” menggunakan air yang berasid seperti produk “Summer’s Eve-jenis Water and Vinegar” 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan lama dalam keadaan berasid.

FAKTOR PEMAKANAN

a. Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan didalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, Coca-cola dan banyak lagi.

b. Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Walau bagaimana pun, tidak perlu anda makan semuanya dari kategori makanan berasid, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan anda perlu belajar makan makanan yang anda kurang gemari.

Wallahua’lam. Tak salah kalau nak mencuba tip ni.

Dikongsi dari: syima.com

1,544 total views, 8 views today

Comments

  1. MrJocko says:

    petua untuk dptkan anak LELAKI ada??? :)
    MrJocko recently posted..Nasi Hujan Panas KupangMy Profile

  2. Buah2an dan sayuran penting untuk tubuh badan dan bawang putih
    dapat memekatkan air mani lelaki..
    nurmisnan recently posted..Bantuan mencari adik Izzat Saffuan hilang sejak semalamMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam