Sekonyong-konyongnya bisinglah para penyokong Harimau Malaya. Penuhlah timeline Facebook dan akaun Twitter aku dengan status dan mesej para peminat. Ada yang masih memuji, ada yang sudah mengeji, ada yang masih mengkaji dan ada yang memberi komen berisi.
Yang memuji berkata Harimau Malaya tersungkur kalah disebabkan pengadil tidak pandai mengukur dan berat sebelah. Perlawanan ibarat 10 pemain melawan 12 pemain. Jika kad merah tidak dikeluarkan mungkin keputusan perlawanan akan berlainan.
Yang mengeji berkata Harimau Malaya tersungkur kalah dijangka sudah. Persembahan di perlawanan persahabatan sebelum kejohanan dan perlawanan peringkat kumpulan sudah memberi jawapan. Persatuanlah harus dipersalahkan. Ada unsur pilih kasih dalam proses memilih. Karenah birokrasi dan politik masih lagi dipraktik.
Yang mengeji berhujah lagi, Harimau Malaya tersungkur kalah kerana pemain bergaji tinggi mudah lupa diri. Insentif dan hadiah yang diberi menjadikan pemain cepat berpuas hati. Di luar padang pula gerak geri seperti selebriti. Gosip di sana sini hinggakan masalah awek dan perkahwinan pun satu Malaysia disaji. Glamer sikit rambut diwarna warni. Dapat masuk majalah Mangga pun senyum sampai nampak gusi.
Yang masih mengkaji berkata Harimau Malaya tersungkur kalah mungkin kerana strategy Raja Gopal “The Masterji”. Jika Amar Rohidan diganti Safee Sali di awal minit permainan lagi mungkin beroleh keputusan yang dicari. Ataupun sekurang-kurangnya keputusan seri. Mungkin jika Fadzli berhati-hati tiada kad merah yang diberi dan kita sudah bersorak gembira hari ini.
Yang memberi komen berisi (aku lah ni, 🙂 ), Harimau Malaya tersungkur kalah sebab Yang Maha Esa sudah mengolah. Kekalahan bukan untuk ditangisi malah untuk dipelajari. Buatlah post mortem segera untuk mencari punca. Pandangan Yang memuji, yang mengeji, yang mengkaji dan yang memberi komen berisi ini janganlah dipandang sepi. Pelapis hendaklah segera dicari untuk menggantikan yang akan pergi. Hantarlah mereka ke luar negara untuk pengalaman ditimba. Dedahkan mereka di perlawanan besar supaya jiwa mereka menjadi besar. Namun semuanya bukan tindakan seorang sahaja. Semua daripada kita harus mengambil acara. Ianya seharusnya bermula dari peringkat akar umbi sedari anak kita kecil lagi. Sokongan kepada program-program seperti 1 murid 1 sukan, Soccer Kids dan sebagainya harus dipertingkatkan.
Ayuh Harimau Malaya. Lupakan kekalahan mu untuk berjaya. Bangunlah untuk tajamkan kuku dan taring supaya tidak lagi menjadi Harimau gering. Malaysia Boleh! Harimau Malaya Boleh!!! AAUUUMMMM!
p/s: Klik SINI untuk berita yang tersaji.
Gajah susah nak dikalahkan huhu
beckhrooy recently posted..Promosi Domain Dot My (.My) Percuma | Renewal RM20
gajah memang pasukan handal, namun kita bisa menang jika strategy bijak dipintal.
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
adehhh, kita kalah
Juan recently posted..Hot Title Bring Best Traffic at Best Landing Page and Produce Best Online Income
huhuhu.. apo nak dikato
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
Rombak balik…
Ada player lain yg layak…
fazrol recently posted..Iphone 5 gadget impian!
betul tu.. nazmi faiz patut berada dlm senarai pemain
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
referee menyimpan dendam dengan skuad harimau malaya la…kalau tak caye, gi klik kat link bawah nih…
Farid Adam recently posted..Referee Lee Min Yu Berdendam Pada Skuad Harimau Malaya?
yer ker…? jom boikot gangnam sytle!!!
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
hai sohoque,
terima kekalahan mereka dengan hati terbuka.. cuba lagi
donnyien recently posted..Perjalanan yang tidak di sangka-sangka
betul tu bro.. tp kad merah tu amat memedihkan utk diingati
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk
sehingga hari ni, sgtlah susah leeza nk terima hakikat layangan kad merah itu.
2. sgt tertusuk2 hati ini bila jurulatih rmbut putih yg dok ngata harimau malay, moga masa lawan singapore, awk dibuang padang juga.
Leeza dayasari recently posted..Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza
heheheh.. sabar yer leeza. semua org tak puas hati ni..
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Sentiasa Kekal Berwudhuk