Blogger-Wordpress

Plugin Mesti Install: Picasa Image Express

picasa web album logo.png

Kepada blogger yang sedang menghadapi masalah ini, dan sedang mencari solusi kepada masalah seperti yang dicadangkan di sini, plugin Picasa Image Express ini amat membantu.

Plugin Picasa Image Express ini amat mesra pengguna (user friendly) kerana ia menjadi sebahagian daripada post editor selepas ia diinstall sebagai plugin ke dalam blog wordpress anda. Ini bermakna anda boleh mengakses gambar-gambar yang tersimpan di dalam akaun Picasa anda melalui post editor di WordPress sahaja. Hanya klik sahaja pada icon Picasa dalam post editor, satu window akan keluar dan anda boleh memasukkan gambar-gambar daripada akaun picasa ke dalam entri anda.

icon picasa.jpg

Icon Picasa Web Album di post editor

Namun sebelum itu anda perlulah ada akaun Picasa dan memuat naik gambar-gambar yang kita perlukan untuk di poskan bersama entri kita.

Diringkaskan, ini adalah turutannya:

Daftarkan akaun picasa web album anda sendiri terlebih dahulu di sini. Ia memerlukan login akaun Google anda.

google web album.jpg

Daftar akaun Picasa Web Album

Kemudian install plugin Picasa Image Express  di blog anda. Cara-caranya:

  • Pergi ke link ini
  • Muat turun file tersebut
  • Login ke blog anda dan pergi ke ruangan dashboard
  • Pergi ke bahagian plugin –> Add new –->upload (muat naik)
  • Cari file Picasa Image Express tadi
  • Install –> activate
  • Siap

Kemudian muat naikkan (upload) gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam entri anda di blog anda ke dalam Picasa Web Album.

upload picasa web album.jpg

Muat naik gambar ke Picasa web Album

Aturkan (setting) gambar-gambar tersebut daripada visible kepada public. Ini amat penting kerana jika setting tidak betul gambar yang ingin anda masukkan ke dalam entri tidak akan keluar.

setting visible to public.jpg

Aturan daripada Visible kepada Public di Picasa Web Album

Pergi ke post editor di blog dan klik icon Picasa Image Express dan pilih gambar yang anda inginkan untuk dimuatkan ke dalam entri anda. Gambar tersebut akan muncul di tempat di mana cursor anda berada di dalam post editor.

Itu saja tutorial Picasa Image Express untuk kali ini.

Selamat menggunakan plugin Picasa Image Express yang banyak menolong terutama kepada yang mempunyai masalah disk space yang sudah mencapai limit.

18 comments

  1. Anarm 19 February, 2013 at 14:02 Reply

    Bagus plugin ni. Boleh jimat space hosting.. Tapi aku tak berani nak guna sebab kat page plugin tu ada bagitau “This plugin hasn’t been updated in over 2 years”.. Takut tak sesuai dengan blog.. dan mungkin senang terdedah kepada serangan h4cker sebab plugin lama sangat tak update.

    Tips security blog – pastikan blog menggunakan plugin yang up to date. Plugin lama yang tidak dikemaskini mungkin terdedah kepada serangan dari penggodam.
    Anarm recently posted..Isteri Tak Sihat, Suami Masuk DapurMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: