Pomade Movida – Apa Yang Anda Cari Pada Pomade Ada Padanya

Pomade Movida

Apa pomade paling best untuk korang? Maksud aku pomade jenama apa? Aku tanya sebab aku baru jer jadi pengguna pomade ni. Hehehe..

Eh kejap… Sebelum aku kongsi lebih lanjut tentang pomade ni aku nak clearkan satu benda. Pasal entri aku Pencarian Pomade Aku Berakhir Di Sini. Aku nak tarik balik statement tu. Sebabnya aku masih mencari pomade.

Bukan wax tu tak best tapi pada aku ia sedikit kurang segi bau. Wax tu bau dia kurang best. Lepas 2 minggu aku pakai wax tu aku dah mula mencari yang lain. Kebetulan masa tu aku balik kampung aku Kuala Terengganu, aku jumpa pomade di Pasar Payang Kuala Terengganu.

Aku beli dan sempat pakai kejap. Lepas tu ia lesap di Bangi Wonderland semasa aku sekeluarga ke sana bersama Kelab Blogger Ben Ashaari bebaru ni. Hahaha.

Lagi satu aku terbitkan entri tu sebab aku memang tak puas hati dengan salah seorng peniaga pomade online ni. Aku whatsapp untuk order, dia cakap dia tak nak sebab dia tak nak hantar ke tempat kerja aku di jalan Yap Kwan Seng ni. Padahal dia duduk Cheras je kot. Bengang punya pasal keluarlah entri tu.

Pomade ni memang best

Sepanjang aku pakai pomade setakat ni (beli sekali, paw member berkali-kali – Lan Careno salah seorang yang kena paw), aku rasa pomade ni yang paling best. Sebab apa aku cakap best? Ni sebabnya:

1. Wangi

Pomade ni ada bermacam-macam wangian. Best-best semuanya. Ni adalah antara wangian pomade ni:

  • Blurberry
  • Green Latin
  • True Love
  • Grape
  • Ocean View

Aku ada 2 wangian dalam simpanan sekarang: True Love dan Ocean View. Sekarang ni aku pakai True Love dulu. Memang wangi. Mood pun ceria jer pepagi bila terbau wangian di atas kepala.

2. wax

Wax pomade bernama Movida ni ok. Tak terlalu keras dan tak terlalu cair. Yang paling penting pomade ni kurang melekit di tapak tangan. Dari segi kekuatan pegang rambut pun ok. Sampai petang stail rambut masih tak berubah daripada pagi tadi.

3. Packaging

Packaging pun penting untuk mendapat impresi masa nak buat keputusan beli tu. Sebabnya packaging la yang pembeli tengok dulu. Kalau packaging tak ok, ia mungkin akan merubah keputusan seorang pembeli yang cerewet macam aku ni.

Packaging Pomade ni memang nampak professional. Ada identitinya yang tersendiri.

4. Harga

Harga pomade ni sangat mampu milik. Pomade berkualiti premium macam ni dijual dengan harga RM30 jer!!!. Murah pada pandangan aku. Sebabnya biasanya pomade yang berkualiti ada yang mencecah harga RM50.

5. Penjual

Setakat ni penjual pomade ni komited dengan bisnesnya. Aku memang cukup anti kalau penjual yang sambil lewa macam yang aku cerita kat atas tu. Nak berniaga tapi macam tak nak berniaga jer.

So tak perlu aku bebel dengan panjang lebar lagi. Kalau korang nak cari pomade, aku suggest korang cuba pomade ni. Cuba dulu tengok sesuai tak dengan jiwa korang. Dengan jiwa aku yang penyayang ni memang dah terbukti serasi.

Macamana nak beli? Korang hubungi jer Abam Pomade ni:

>> Hezlee : 016-226 5127 <<

Peluang untuk cari duit sampingan

Haaa.. Ada berita baik untuk yang minat berniaga. Korang dijemput untuk menjadi ejen pengedar untuk pomade ni. Tentang terma dan syarat-syarat, korang kena hubungi Abam Hezlee ni. Nah aku bagi sekali lagi contact dia:

>> Hezlee : 016-226 5127 <<

Ok. Selamat ber’pomade” yer semua. Kacak tau pakai pomade ni. Kalau tak caya cuba korang tengok komen (baca komen tu tau) kat gambar instagram ni:

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: