Proton Preve, Betul Ke Tak Berkualiti?

Selepas sahaja proton Preve dilancarkan, banyak la pulak keluar cerita kat blog-blog tentang Preve ni tak berkualiti. Kalau tak percaya, cuba tanya pakcik Google.

Aku dah try taip keyword kat google dengan keyword proton preve rosak. Inilah hasil carian yang keluar:

 

Antara kisah-kisah Preve rosak adalah Rim/”Drive Shaft” yang patah:

dan panel board:

Semalam semasa driving nak pergi jumpa client unit trust, aku terdengar dalam radio HotFm. Masa tu HotFm telah menjemput Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin B. Syed Mohamed Tahir, pengarah urusan Proton Holding Berhad.

Dalam segmen tersebut beliau telah menjelaskan cerita sebenar berita-berita tentang Preve yang rosak yang banyak dilaporkan di blog-blog. Menurut beliau semua cerita itu tidak benar. Kereta yang dikatakan patah drive shaft itu sebenarnya telah terlibat dalam kemalangan. Ini adalah cerita sebenar yang aku dapat daripada blog wootmedia.my:

Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

Tentang Panel Board yang rosak itu pula, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin berkata, sebenarnya gambar itu diambil semasa Preve masih lagi di dalam tempoh percubaan. Maknanya gambar itu diambil sebelum Preve dilancarkan.

Pengarah Urusan Proton Holding Bhd itu berkata lagi sambil berseloroh, orang Malaysia ni kalau kereta Proton, mereka amat teliti dalam memeriksa kualitinya berbanding dengan kereta-kereta lain. Semuanya diperiksa dengan begitu ketat sekali.

Namun tegas beliau, beliau mengakui bahawa kualiti proton bukanlah yang terbaik. Banyak lagi yang masih perlu dibaiki. Tetapi Proton Preve ini adalah kereta yang terbaik yang pernah dihasilkan oleh Proton setakat ini. Ia dilengkapi dengan sistem-sistem keselamatan yang menyeluruh.

Beliau juga berbangga dengan pasukan jurutera yang menghasilkan kereta tersebut yang telah bertungkus lumus berkerja demi terhasilnya kereta Preve itu sejak 3 tahun yang lalu. Dan yang paling pentingnya ialah mereka ini semuanya terdiri daripada bumiputera.

Jadi, pada pandangan aku, tak salah kalau kita semua menyokong kereta Preve ini. Aku pun kalau ada “duit lebih” nak jugak pakai sebijik.

Wallhua’lam.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: