Proton Preve, Kereta Nasional Terbaru

Proton Preve, ialah kereta nasional terbaru yang dijangka akan dilancarkan pada 15 April 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Preve telah diumumkan oleh Pengarah Urusan Proton Holding Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin.

PREVE akan memiliki beberapa aksesori moden seperti anti lock braking system, enjin dihidupkan dengan hanya menekan butang, 7 speed Protonic paddle shifters, electronic stability control, electronic brake distribution (EBD), auto rain sensor (pengesan hujan), auto light sensor (lampu hadapan nyala sendiri bila keadaan menjadi gelap).

Ia juga dilengkapi dengan screen sesentuh (touch screen), GPS dan sambungan internet 4G.

Mungkin ramai yang akan berkata semua itu adalah aksesori yang standard dan biasa ditemui dalam kereta Jepun atau Eropah, namun bila Proton mula memperkenalkan semuanya secara sekali gus dalam sebuah kereta yang dijanjikan hebat, maka ia memperlihatkan komitmen luar biasa syarikat berkenaan.

Seperti yang disebut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; “Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

“Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini Rabu lalu.

Saksikan video klipnya:

Sumber

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: