gambar awek cun

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

gambar awek cun

Heliza Helmi antara gadis yang aku nampak menjaga kecantikan luaran dan dalaman

Cantik. Memang sudah menjadi lumrah manusia tertarik kepada kecantikan. Tiada manusia yang hendakkan yang buruk. Baik kecantikan yang bisa nampak di mata maupun kecantikan dalaman yang terpendam.

Namun satu perkara yang maha hebat yang Allah jadikan pada manusia ialah kecantikan itu adalah suatu perkara subjektif. Ada benda yang kita tengok tidak cantik pada pandangan kita tetapi indah di pandangan orang lain. Hebat bukan. Ini bermakna tiadalah yang tidak cantik ya tak. Mesti ada yang kata benda ataupun orang tu cantik. Hebat bukan?

Cantik pula kadang-kadang kita tidak melihat dari sudut yang tertentu sahaja. Kita terdorong untuk melihat sesuatu benda ataupun manusia secara keseluruhan. Kemudian barulah minda kita mentafsir samada cantik atau tidak.

Contohnya jika telinga pada seseorang itu capang, tetapi keseluruhan wajah dan badannya yang lain sempurna, maka otak akan mentafsir orang itu cantik juga. Jika seseorang itu kurang cantik pada rupa paras, tetapi dia pandai menjaga penampilan, biasanya orang akan mengatakan dia cantik juga.

Apakah rahsia kecantikan wanita masa kini

Oleh kerana kecantikan dinilai secara keseluruhan, rahsianya juga amat luas sekali. Di dalam konteks kecantikan wanita ini aku membahagikannya kepada dua bahagian iaitu kecantikan luaran dan kecantikan dalaman.

Kecantikan luaran ataupun lahiriah seseorang wanita ialah apa yang kita nampak di mata kasar kita. Ia adalah suatu anugerah daripada Allah. Yang inilah yang subjektif. Markahnya tidak sama pada semua orang.

Manakala kecantikan dalaman pula pada sesetangah orang ialah nilai tambah kepada kecantikan luaran tadi. Dengan ertikata lain jika markah untuk kecantikan luaran kurang kecantikan dalaman ini menolong menambahkan lagi yang terkurang tadi.

Contohnya jika paras rupa kurang menarik tetapi budi pekertinya bagus, maka secara keseluruhan ianya akan dipandang cantik.

Tapi sebenarnya dari sudut agama, kecantikan dalaman itu lebih utama. Akhlak itu lebih utama daripada cantik paras rupa. Apa guna berwajah cantik tetapi perangai menyakitkan hati suami contohnya. Tidak aman juga rumahtangga. Berapa ramai pasangan yang bercerai berai yang si isteri berwajah cantik. Orang luar berkata di dalam hati: “hai, isteri bukan main lawa, bercerai juga…”. Mereka tak tahu yang si suami sengsara dengan perkahwinan tersebut dek kerana akhlak isteri yang tidak cantik.

Ada hadith yang memberi panduan untuk memilih calon isteri:

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,
“Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.
HR Bukhari dan Muslim

Jika demikian panduan yang diberi Rasulullah maka memang sahlah bahawa kecantikan dalaman lebih utama.

Jadi rahsia kecantikan wanita pada zaman dahulu, masa kini dan masa mendatang adalah kombinasi di antara keindahan akhlak dan kecantikan luaran.

Petua supaya kekal cantik

Jika ada yang tercari-cari petua supaya kekal cantik maka jawapannya ialah jagalah kecantikan dalaman di samping kecantikan luaran.

Jagalah hati. Jauhi penyakit hati seperti dengki, cemburu, riak, ujub dan sebagainya yang akan menyebabkan kita resah dan tidak tenteram. Jagalah akhlak supaya ia selari dengan kehendak agama.

Basahilah wajah dengan wudhuk yang sempurna. Sesungguhnya air wudhuk itu pelembab kulit wajah yang paling ampuh. Basahilah bibir dengan zikir. Sesungguhnya zikir itu pengubat penyakit hati. Setiap satu lafaz taubat penyesalan “astaghfirullah” akan gugurlah satu kekotoran (dosa) di hati.

Kecantikan dalaman ini akan memberi kesan kepada kecantikan luaran. Pernah tak anda melihat seseorang yang tidak mengenakan sebarang alatan mekap, tetapi wajahnya sungguh jernih dan bercahaya? Kecantikan inilah yang datang kesan daripada kecantikan dalamnya yang hebat.

Kecantikan luaran juga perlu dijaga. Untuk wanita kecantikan ini adalah mutlak kepada suaminya. Jika cantik di mata suami luaran dan dalaman, mesti suami akan senang dengan kita. Redha suami kepada isteri itu ganjarannya adalah syurga.

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

ustaz don kahwin

Ustaz Don dan isteri

Banyak cara dan juga produk di luar sana khusus untuk penjagaan kecantikan. Pelajarilah ilmu menjaga kecantikan tersebut dan gunalah produk kecantikan dengan bijak. Selidik juga bahan-bahan yang digunakan. Dikhuatiri ada bahan-bahan yang ditegah agama bercampur di dalamnya.

Kos untuk penjagaan kecantikan juga perlu diambil kira. Jika terlalu tinggi dan boleh membawa kepada pembaziran, cubalah elakkan. Pembaziran itu dilarang agama dan amat disukai syaitan.

Menjaga dan memanjakan diri juga perlu untuk kesihatan dan kecantikan badan. Banyak spa diluar sana yang menawarkan pelbagai pakej penjagaan badan. Salah satu spa yang menarik perhatian aku ialah Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.

bathtub anjung jelita & beauty spa

gambar dalam spa

contoh lilin yang digunakan di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre

Selepas menziarahi laman web dan facebook spa ini, banyak info yang aku dapat. Antaranya info tentang urutan badan dan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Baru aku tahu kenapa urutan diperlukan secara regular.

body massage

Antara alatan yang digunakan untuk urutan badan

Isteri Ku

Beliau insan yang paling cantik di mata aku. Ulang suara… di mata aku ya… Gabungan akhlak dan kecantikan luaran beliau cukup menumbuhkan benih redha yang semakin lama semakin subur di dalam hati ku sebagai suami yang masih banyak kekurangan diri seiring usia perkahwinan kami.

Sudah menjadi sifat manusia yang tidak akan pernah sempurna. Begitu juga dengan beliau yang ada kekurangan. Tetapi sebarang kekurangan aku terima seadanya. Mungkin ia tertutup oleh kelebihan aku sepertimana kekurangan aku yang beliau tutup. Suami dan isteri adalah pelengkap antara satu sama lain.

Beliau tidak gemar memakai mekap yang tebal. Solekan yang nipis sudah memadai baginya. Aku suka akan hal ini. Aku tidak suka perempuan yang bermekap terlalu tebal. Kerana ia tidak mencerminkan dirinya yang sebenar.

Jadi jika ditanya kepada aku tentang tips penjagaan kulit dan badan, aku agak sukar untuk menjawab. Tiada contoh di depan mata aku, orang yang mengamalkan tips tertentu untuk ini.

Isteri aku juga jarang memanjakan diri seperti ke spa dan sebagainya. Adalah sekali dua dulu beliau pergi buat facial. Jadi jika entri ini terpilih untuk memenangi hadiah ke SPA Anjung Jelita pasti akan ku hadiahkan kepada isteri tersayang. Sesekali aku ingin juga memberi kejutan kepada beliau.

Kepentingan menjaga kecantikan

Kepada kaum wanita aku merasakan penjagaan kecantikan amat penting. Namun ianya bukan untuk ditunjukkan kepada sesiapa. Ia adalah untuk suami tercinta. Di luar cukuplah dengan solekan nipis dan bersederhana. Namun di rumah segala kecantikan itu diserlahkan kepada suami tercinta.

Kecantikan dalaman juga amat penting untuk menjamin hidup dan rumahtangga yang aman tenteram. Ibadah wajib harus dijaga. Yang sunnat dirutini. Hati harus bersih. Suami ditaati.

Kombinasi kecantikan dalaman dan luaran inilah yang akan menjadikan seseorang wanita itu sempurna. Sekurang-kurangnya di mata suami yang akan mendorong redha suami. Redha suami ini jika dibawa mati akan menjamin syurga.

YAng pasti segala ciptaan Allah itu adalah terbaik. Hanya kita yang menjadikannya ada kekurangan. Namun panduan iaitu Al-Quran telah diturunkan. Baca, hayati dan ikuti. Nescaya kita akan menjadi lebih cantik dan sempurna.

p/s: Entri ini dihasilkan demi menyambut cabaran contest oleh Denaihati dan Spa Anjung Jelita.

Untuk langsing dan kekal kurus, Izeara Xtravaganza adalah antara produk yang menjadi pilihan wanita zaman sekarang.

11 comments

    • sohoque 10 March, 2014 at 12:31 Reply

      Kalau dah sampai tahap tu mmg dah jd parah tu. Sbb tu kena jaga aurat dan sebagainya. Yg plg penting, niatkan jaga kecantikan itu utk suami (jika dah berkahwin) kerana Allah

  1. temancantik 7 May, 2016 at 14:07 Reply

    Untuk menjadi cantik, banyak wanita menggunakan aneka cream perawatan kulit dan wajah. Ada yang menggunakan cream pemutih, ada yang menggunakan cream jerawat, ada yang menggunakan cream pelindung. Semua itu tidak salah, namun alangkah baiknya jika menggunakan cream yang mengandung bahan alami.

    Bahan alami juga bukan tidak memiliki resiko. Tetap ada resikonya namun tidak seperti bahan kimia. Agar hasil yang didapatkan lebih memuaskan jangan lupa untuk berkonsultasi dengan ahli spesialis kulit wajah. Dengan berkonsultasi, Anda akan mendapatkan hasil yang lebih baik.

    Itu masukan dari saya. Terimakasih
    temancantik recently posted..Cara Memutihkan Wajah Secara Alami Dalam SemingguMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: