Rahsia Dan Kelebihan Surah Al-Fatihah

Pagi tadi seperti biasa aku melayan mesej-mesej whatsapp di banyak group. Pelbagai isu yang dibualkan. Namun ada satu mesej yang dapat menarik hati nurani aku. Kena pulak hari ni hari Jumaat. Hati memang mudah tersentuh.
Tak perlu rasanya aku olah semula mesej tersebut. Aku salin semula di sini. Rasanya tidak ada apa isu. Lagipun aku terpanggil untuk berkongsi ilmu supaya manfaatnya bukan aku seorang yag rasa. Biarlah rakan pembaca juga dapat memanfaatkannya.
Sila ikuti nukilan seterusnya…
RAHSIA / KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH
surah-al-fatihah
 
1. Al-fatihah – Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al-fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al-fatihah – Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al-fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al-fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bermasalah.
6. Al-fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al-fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al-fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al-fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al-fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
 
FADHILAT AMALAN HADIAHKAN AL-FATIHAH
 
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
 
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
 
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan bacaan surah al-fatihah buat anak-anaknya.
gambar-keluarga-bahagia
 
Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterasa sebak lalu menangis teresak-esak.
 
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. *Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya* juga.
 
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah, perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
 
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. *Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah* dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
 
Mulai sekarang, ketika ini, kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. In Shaa Allah..

8 comments

  1. Ara 8 December, 2016 at 21:49 Reply

    Ketike amalan yang berdasarkan petunjuk Quranul karim kite jalankan. ishaaALLAH kite selamat dunia akherat. terima kaseh kasi pengetahuan yg berfaedah ini

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: