More

    Rahsia Otai-Otai Affiliate Sudah Terbongkar…!

    Sifu affiliate IKR Gathering 2014
    Sifu affiliate IKR Gathering 2014

    Hari Sabtu baru-baru ini memang mencatat sejarah. Otai – otai affiliate telah sanggup turun padang mencemar duli ke majlis perkongsian IKR Gathering 2014, demi untuk berkongsi rahsia macamana mereka buat duit ribuan ringgit dengan sistem affiliate.

    Zeo Unic, Sifu Jamal (FB Ads), Mohd Samsuriyadi, Akma Omar, Suhairie Shafie, Ridhaudin Hariz (Prof Hariz), Tok Puteh, Mohd Rijaludin dan Muaz Hadi adalah insan-insan yang amat murah hati kerana sudi berkongsi ilmu yang mereka miliki di dalam majlis perkongsian macamana buat duit dengan affiliate.

    Jika difikir menggunakan otak dan hati yang berlumpur, memang mereka ini kurang bijak la. Selama ini mereka dah mengenggam puluhan ribu ringgit hasil daripada teknik mereka, tetiba mereka nak kongsikan kepada orang. Gila ke apa? Tidak ke orang yang meniru teknik tu nanti akan merampas pendapatan mereka yang selama ini mereka bolot?

    Teringat pesan guru dan mentor aku: “What you give, you will get back…!!!”

    Ya.. betul. Apa yang mereka kongsikan dengan ikhlas hati pada hari tersebut pasti akan dibalas dengan nikmat yang pelbagai daripada Allah. Rezeki itu luas, jika tidak dibalas dalam bentuk wang ringgit, mungkin kebahagian dan ketenangan hidup yang akan mereka kecapi.

    Aku sebagai peserta yang banyak menyedut ilmu pada hari itu, mendoakan semoga mereka ini dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan umur.

    Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

    Mengimbau kembali perkongsian mereka (setakat yang aku ingat):

    Zeo Unic

    Berkongsi berkenaan blog, bagaimana menghasilkan jualan menerusi blog. Beliau yang juga pengikut En Titan, memang otai dalam dunia blog ni. Aku pun selama ini selalu mengikut perkembangan beliau setakat yang boleh diikut. Ini kerana beliau mempunyai bukan satu blog malah berpuluh blog yang lain. Semuanya untuk menghasilkan duit.

    Banyak yang beliau sentuh tentang membuat duit dengan affiliate menerusi blog ini.

    Antaranya:

    • bagaimana memilih nama domain
    • kandungan yang macamana perlu dimuatkan di dalam blog
    • bagaimana untuk menarik bakal pelanggan melalui kandungan blog
    • bagaimana mengumpul senarai emel melalui blog
    • bagaimana model blog affiliate yang baik

    Sifu Jamal (FB Ads)

    Perkongsian Sifu Jamal agak teknikal tetapi amat menarik. Beliau menunjukkan teknik melalui 3 fasa untuk mengumpul senarai emel, membuat follow up dan seterusnya menjual kepada pelanggan di Facebook.

    Di setiap fasa ada tindakan tertentu yang perlu dilakukan. Walaupun menggunakan pengiklanan Facebook, blog masih lagi relevan untuk menjelaskan secara terperinci apa yang ditawarkan oleh kita.

    FB Ads sebagai alat untuk menyuruh pelanggan ke blog kita dan meninggalkan emel mereka.

    Mohd Samsuriyadi

    Beliau berkongsi bagaimana membuat jualan affiliate dengan menggunakan Google Adword. Pakar Google Adword ini menggariskan apa yang perlu dibuat untuk menggunakan khidmat <abbr title=”Google Adword”>GA</abbr>.

    Sasaran GA ini ialah untuk memperolehi jualan yang banyak dengan kos yang rendah.

    Untuk ini beberapa rahsia digariskan beliau:

    • Keyword yang betul
    • Iklan yang betul
    • Landing Page yang mengikut terma
    • Ad Copy yang menarik

    Akma Omar

    Beliau bercerita menganai kandungan artikel/entri. Bagaimana caranya untuk menghasilkan kandungan penulisan yang baik.

    Teknik penulisan bagi beliau amat penting. Bagaimana menggunakan tajuk yang menarik dan mudah difahami. Bagaimana meletakkan keywords di dalam tajuk dan di dalam content penulisan. Bagaimana menggunakan H2, H3 dan H4 dalam penulisan.

    Suhairi Shafie

    Juga dikenali sebagai Kuda Tua di dalam dunia affiliate Info Kerjaya. Beliau memang pakar dalam mailing list ini. Perkongsian beliau banyak berkisar tentang macamana mengumpul senarai emel dengan pelbagai cara.

    Sesi berkumpulan

    Selain daripada sifu-sifu di atas, ada juga sifu lain yang turut membuat perkongsian di sesi berkumpulan di sebelah petang. Ilmu Tok Puteh, Prof Hariz dan Mohd Rijaludin pun amat berharga sebagai panduan peserta untuk menjadi super affiliaters di tahun 2015.

    Aku hanya membuat ringkasan sahaja tentang perkongsian di atas. Perkongsian secara details bagi setiap sifu akan aku huraikan di entri-entri yang akan datang.

    Untung besar

    Secara kesimpulannya, kehadiran aku ke Info Kerjaya Gathering 2014 tersebut amat menguntungkan aku. Banyak ilmu yang aku hadam sehari suntuk mendengar perkongsian sifu-sifu affiliate di atas.

    Terus terang aku katakan, sesiapa yang tak hadir memang amat rugi. Bayar RM20 sahaja. Dapat ilmu yang memang sukar dicari, minum pagi, lunch dan minum petang yang best serta sehelai T-Shirt IKR2014. Memang tak masuk akal murahnya!

    Dengar cerita kos untuk satu kepala untuk majlis perkongsian tersebut adalah RM140 satu kepala tak termasuk T-Shirt.

    Oh ya… Kepada yang terlepas sesi majlis perkongsian ini, ada lagi satu sesi perkongsian tentang macamana membuat duit dengan affiliate anjuran Denaihati Network.

    Butiran seperti di bawah:

    Tarikh: 13 Disember 2014
    Masa: 9 pagi – 5 petang
    Yuran: RM150.00

    Speaker:
    1. Zeo Unic
    2. Prof Hafiz
    3. En Titan
    4. Shuth (Wang Cyber)

    seminar affiliate
    Aturcara Seminar Buat Duit Dengan Affiliate

    Masih ada masa untuk membuat pendaftaran. Sila ke link di bawah untuk pendaftaran segera sebelum ianya ditutup:

    >> http://denaihati.com/seminar/sohoque <<

    Latest articles

    Related articles

    18 Comments

    Leave a Reply to ikhwan Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge