Rahsia Sunnah Nabi Menyimpan Janggut Terbongkar

Gambar Hiasan (Dr Yusof AlQardhawi)

Dulu saya ada menerbitkan satu entri tentang galakan Rasulullah kepada ummatnya supaya menyimpan janggut. Entri INI mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca dan menjadi salah satu entri yang direkomen.

Seperti yang kita ketahui setiap yang dilarang dan disuruh di dalam Islam itu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Kerana larangan dan suruhan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadith adalah daripada Allah belaka. Allahlah yang maha mengetahui akan sesuatu. Kita sebagai manusia biasa terhad aqal fikiran kita. Kadang-kadang kita tidak terfikir akan hikmah di sebalik itu. Jadi sebab itu kita tidak boleh sesekali melanggar arahan dan larangan dari Allah walaupun hikmahnya tidak tercapai dek aqal fikiran kita.

Rahsia sunnah nabi menyimpan janggut terbongkar kini. Galakan menyimpan janggut telah diketahui rahsia dan hikmahnya. Dan ia telah dibuktikan dengan bukti penemuan sains.

Menurut kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul “The Amazing Fact of Human body”, janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang boleh membantu kesuburan wanita. Ia boleh menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Ianya boleh berlaku hanya melalui sentuhan. Isteri yang banyak menyentuh janggut suaminya ada peluang untuk meningkatkan lagi kesuburannya. Dan ini sekaligus akan dapat membantu pasangan untuk mendapatkan anak.

Rencana ini menurut Dr Jamnul Azhar telah diulang tayang oleh rancangan National Geographic. Inilah bukti ataupun rahsia sunnah nabi menyimpan janggut dan mengapa ia digalakkan kepada kita untuk mengikutinya.

Subhanallah!. Jadi kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat boleh mencuba cara ini. Ini adalah salah satu cara dan usaha untuk dapatkan zuriat juga.

Sarankan kepada suami untuk menyimpan janggut. Isteri bolehlah selalu membelai janggut suaminya. Disamping ianya adalah usaha untuk membantu kesuburan isteri dengan tujuan mendapatkan zuriat, ia juga akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Dan yang paling penting si suami akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah nabi kita Muhammad S.A.W. Dan rahsia sunnah nabi menyimpan janggut ini telah pun dibuktikan oleh sains akan hikmahnya. Wallahua’lam.

Jom berjanggut wahai lelaki.

17 comments

    • sohoque 3 March, 2014 at 08:22 Reply

      jika begitu peraturannya tuan lbh dituntut mengikut peraturan di tempat kerja. menyimpan janggut hanya sunat. jika diamalkan akan mendapat pahala, jika ditinggsalkan insyaAllah tidak mendapat dosa. untuk mengamalkan sunnah Rasulullah, banyak lagi sunnah yang lain. Amalkan setakat yang terdaya. moga Allah memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.. ameen

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: