Ramadhan Dan Trend Menurun Graf Kehadiran Solat Terawih

Berjumpa lagi kita dengan Ramadhan. Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur kita sehingga saat ini untuk kita terus mendapatkan pahala  di bulan “pesta pahala” ini. Harapan kita semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik di sepanjang hidup kita.

Selepas maghrib tadi telah bermula 1 Ramadhan. Dan kita telah sama-sama mengerjakan solat terawih, solat yang hanya sah dilakukan di bulan Ramadhan sahaja. Alhamdulillah, penuh masjid-masjid dan surau-surau semasa solat terawih tadi. Baguslah ya… 😉 Tetapi kalau mengikut pengalaman tahun-tahun terdahulu, jumlah jemaah yang ramai ini pada awal Ramadhan sahaja. Semakin sedikit baki Ramadhan, semakin sikit juga jumlah jemaah. Itu yang agak menyedihkan yang berlaku saban tahun.

Pada masa itu kaum lelaki sudah mula lari sedikit fokusnya kepada solat terawih. Pada masa itulah mereka sudah mula mencari buffet-buffet Ramadhan untuk disertai. Akibatnya, acara makan buffet habis lambat sehingga terlepas solat terawih berjemaah.

Kaum hawa pulak sudah mulai sibuk membuat kuih untuk hari raya. Solat terawih entah kemana dah pada masa ni. Baju raya juga mesti dicongak berapa helai untuk hari raya tahun ini. Baju yang mana untuk hari raya yang mana juga termasuk dalam perancangan.

Perkara ini berlaku pada saban tahun walaupun sudah “berguni-guni” peringatan yang diberi. Kenapa ini masih berlaku? Nak kata syaitan yang hasut syaitan dah kena ikat di bulan Ramadhan. Habis tu? Kenapa ya?

Jawapannya adalah disebabkan nafsu. Syaitan memang dah kena ikat tapi kita masih ada lagi nafsu dalam diri kita. Nafsu inilah yang memandu kita kepada perkara-perkara tersebut jika kita tidak mengekang nafsu.

Eh lari tajuk pulak aku. Tadi aku plan nak buat entry pasal niat puasa. Lepas ni la aku buat posting lagi pasal tu.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: