More

    Ramainya Otai Tinggalkan Hot FM. Tinggal Siapa Jer Lagi?

    logo-hot-fm

    Fuuuh setelah beberapa hari menunggu apa pengumuman yang digembar gemburkan oleh Farah Fauzana (fafau) sejak minggu lepas, akhirnya pagi ini terjawab sudah.

    Aku ingat Fafau nak kahwin sebab dia cakap dia nak buat pengumuman bersama dengan seseorang. Ada jugak aku terfikir bahawa si Fafau ni nak mendajalkan pendengar tentang perkara ini. Mungkin juga dia nak bawak Adi Putra yang tengah hot dalam drama Cinta Si Wedding Planner sekarang.

    bila la nak kahwin si Fafau ni...
    bila la nak kahwin si Fafau ni…

    Akhirnya seseorang yang nak dibawa Fafau untuk memgumumkan apa yang sepatutnya diumumkan. Ya… Boss Hot FM Seelan Paul turun konti untuk buat pengumuman ini.

    Tapi cara diorang buat pengumuman ni pulak pandai. Satu-satu jer si Seelan ni cakap. Mula-mula pasal Ikhwan. Ikhwan diumumkan akan meninggalkan Hot FM setelah sekian lama bersama radio nombor satu ni. 10 tahun kkot Ikhwan bertugas di sini. Hinggakan Ikhwan melabelkan stesen radio ini sebagai kolej baginya. Banyak yang dia belajar kat sini.

    ingatkan si Ikhwan ni sombong, tapi baik giller
    ingatkan si Ikhwan ni sombong, tapi baik giller

    Kemudian setelah diselangseli dengan lagu dan borak-borak satu lagi pengumuman dibuat. Kali ini dikhabarkan Liza pulak yang bakal meninggalkan Hot Fm. Baru lagi kot Liza dengan Hot FM ni. Tak kan dah nak berhenti kot.

    Liza... mula bertudung selepas menyertai Hot Fm
    Liza… mula bertudung selepas menyertai Hot Fm

    Ya confirm…! Liza pun nak berhenti daripada stesen radio ini. Liza dan Ikhwan sebenarnya dipindahkan untuk menyertai radio baru yang bakal bersiaran nanti. Radio baru tu nanti adalah di bawah rangkaian media prima juga. Dengar cerita mereka bertugas sampai akhir bulan Mac sahaja di Hot FM.

    bersama Ikhwan dan Liza di pertandingan Cabaran Pedas Hot Fm
    bersama Ikhwan dan Liza di pertandingan Cabaran Pedas Hot Fm

    Hmmm.. aku ada pengalaman jugak dengan Liza dan Ikhwan ni. Kitorang sama-sama menjayakan pertandingan Cabaran Makan Pedas Hot FM sedikit masa dulu.

    Aku ingat habis kat sini je. Rupanya ada lagi. AG pun akan blah dari sini. AG pun akan menyertai Liza dan Ikhwan di stesen Radio baru tu nanti.

    Wak Hoq bersama Wak AG
    Wak Hoq bersama Wak AG

    Fuuuh radio apa la tu ek..? Mesti gempak jugak radio tu. Tak sabar pulak nak tunggu!

    Tapi pengumuman selepas pengumuman pasal AG tu sedikit mengejutkan. Fafau nak resign. Ya..! Fafau akan mengakhiri tugasnya di Hot FM lebih awal daripada Ikhwan, Liza dan AG.

    Yang pasti Fafau memang resigned terus. Tak der pindah ke radio baru ke apa ker. Terkejut jugak kan?

    Ok la. Fafau dah lama kot dalam bidang penyampai radio ni. Setiap tahun anugerah penyampai radio popular dah dapat kat dia. Dia nak bagi peluang kat orang lain pulak kot. Mungkin Fafau akan lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai hos TV kot. Dia pun laris kat TV.

    Tak pun mungkin Fafau jadi pelakon ke… Hehehehe. Yang pasti tiada lagi suara Fafau di pagi hari. Nanti mesti rindu nak dengar Fafau kena bahan!

    Ok lah. Blog aku ni pun bukannya blog hiburan. Tak pernah aku tulis pasal hiburan kat sini rasanya. Cuma kali lain macam sikit. Sebabnya Hot Fm ni la penghibur aku di kala bersesak-sesak di jalanraya di pagi hari dan bersesak sekali lagi waktu balik kerja.

    Radio ni dah agak sinonim dengan hidup aku.

    Eh kejap… Siapa jer yang tinggal kat Hot Fm sekarang? Fizi jer la ek. Kesian Fizi. Hahahaha. Tak per, Fizi pun dah makin terer sekarang. Dia pun dah start kumpul followers sendiri dah tu. All the best bro!

    siapa la yang akan join Fizi di AM Krew nanti
    siapa la yang akan join Fizi di AM Krew nanti

    Moga Media Prima buat yang terbaik. Life goes on. Tiada yang kekal!

    Latest articles

    Related articles

    9 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge