Ada beberapa website yang popular yang digunakan oleh kebanyakan blogger untuk melihat ranking blog mereka. Alexa.com adalah salah satu daripadanya. Alexa akan menunjukkan kepada kita gobal ranking dan juga Regional Ranking iaitu ranking blog kita di Malaysia.
Satu lagi yang biasa blogger-blogger gunakan untuk lihat ranking blog ialah Google Pagerank. Namun saya dapati tiada page yang khusus yang dibuat oleh Google untuk ini. Yang ada hanyalah website-website lain yang dibuat untuk tujuan digunakan untuk melihat google page rank. Antaranya ialah http://www.checkpagerank.net/. Namun Firefox ada menyediakan khidmat Pagerank checker sebagai add on. Alexa ranking juga termasuk sekali di dalam add on tersebut.
Sewaktu saya baru-baru buat blog dulu saya ada periksa ranking di alexa. Masa itu ada 2 ranking yang tertera iaitu global ranking dan regional ranking. Apa ranking sohoque.com? Tak perlu lah tanya ya. Sebab tersangatlah jauhnya tertinggal di belakang. Almaklum lah orang baru. Bagi la peluang kepada otai dulu. 😆
Selepas beberapa ketika, saya dapati Regional Traffic Rank Di alexa.com untuk lihat ranking di alaysia sudah tiada. Hanya ranking global sahaja yang tertera. Ini menimbulkan rasa yang tersangat “tak best” pada saya. Ya la.. Buat apa saya tau ranking global. Sah-sah ranking saya berjuta-juta. Dah saya baru dalam arena blogging.
Pelbagai usaha saya buat untuk dapatkan semula Regional Traffic Rank Di alexa.com. Tanya otai-otai pun mereka tak tahu. Pernah saya letakkan di status FB saya untuk kawan-kawan yang tahu tentang ini memberi maklum balas tetapi hampa. Saya pernah menghantar emel kepada alexa bertanyakan kenapa Regional Traffic Rank Di alexa.com untuk blog saya sudah tiada, tetapi jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati saya dan saya gagal juga mendapatkan Regional Traffic Rank Di alexa.com walaupun mengikut apa yang dicadangkan.
Namun akhirnya saya dah tau caranya…! Secara kebetulan!
Suatu hari saya saya pergi ke website alexa dan “godek-godek” di sana. Dan saya terbaca tentang alexa toolbar. Lantas saya installkan toolbar tersebut. 3 hari selepas itu Regional Traffic Rank Di alexa.com (ranking Malaysia) yang hilang sebeum ini sudah kembali. Alhamdulillah.
Bagus jugak la alexa toolbar ini sebenarnya. Ada shortcut ke FB, Twitter, Hot news, search area dan sebagainya. Tapi yang paling best ranking global dan regional memang dah tersedia di toolbar tersebut. Kita masuk sahaja mana-mana blog atau website, Live Ranking (global dan regional) akan terus secara otomatik update di situ.
Anda boleh cuba ya. Sekurang-kurangnya ia dapat menyelesaikan masalah “N0 regional data is showing”.
Selamat mencuba!
p/s: kenapa saya tunjuk contoh foto denaihati? Ya la takkan saya nak tunjuk ranking blog saya yang teruk ni. Lagi satu saya banyak dapat ilmu dari denaihati. Apa lah salahnya saya bagi kredit kat blog tu.
terbaikkkk
Tq bro Faizal coz sudi singgah
Ishak Ismail recently posted..Top Commentators Widget Plugin Untuk Worpress Blog
Ooowhhh. Alexa.com tu untuk tgk ranking.
Memula dengar aku ingatkan web porn! Huhu.
Joni Dep recently posted..MOVIE REVIEW: Skyfall penuh dengan plot yang buduh
Cit 😉
Salam, saya pun sama kes seperti anda.. kenapa takde ye rank in malaysia? 🙁 hanya install toolbar saja je ke blh settel?
wani recently posted..T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY
ntah la… saja nak suruh org install toolbar dia tuuu
terima kasih atas perkongsian. penat saya cari tadi. akhirnya jumpa juga. hehe
roslita recently posted..Hari Jumaat 2014
terima ksih kerana sudi singgah
salam.
saya sampai sekarang tidak mengatahui kenapa hanya global rank saja yang tertera di blog saya. artikel ini akan menambah wawasan saya..terimakasih..
moga masalah anda dpt diatasi dgn tips yang diberi
Terimakasih….saya juga mengalami hal yang sama seperti ini, page rank regional hilang, saya coba pasang alexa toolbar. mudah2an page rank regional bisa terlihat lagi . tunggu 3 hari
Mudah2an anda berjaya
sy juga hadapi tiba2 ilang data regional ranking.
macamana sekarang? dah pulih ke belum blog bro tu?
ya dah pulih sepenuhnya..tq for info
zeckry recently posted..Terjemahan Dalam Bidang Hadis
Hai tq info nya
you’re welcome