Resipi Daging Masak Merah Simple

Daging masak merah

Daging masak merah

Resipi dan cara memasak Daging Masak Merah (daging Burger)

Hari ni aku tak keluar berkerja. Kira cutilah ni. Kerja macam aku ni senang nak cuti. Aku lah bos dan aku lah kuli. Sesungguhnya memang best kerja sebagai Financial Consultant ni. Serius…! Masa ikut kita plan, income pun ikut kita yang target.

Oh ya, aku cuti sebab terpaksa menjaga anak bungsu aku yang tiba-tiba agak serius dilanda eczhema. Memang dia ada eczhema. Pernah dulu masuk wad disebabkan eczhema ini. Kalau cuti bolehah aku tengok dan selalu sapukan pelembab pada kulitnya yang kering.

Sekarang musim cuti sekolah. Jadi tak de lah susah sangat sebab anak aku yang dua lagipun ada di rumah. Boleh lah mereka ni bantu aku apa-apa yang patut.

Dah bercuti dan duduk di rumah, malas la aku nak keluar. Tapi perut dah lapar. Masa ni lah aku nak beraksi di dapur.

Bukak peti ais tengok apa yang ada. Memang tak ada apa. Hanya ada sebungkus daging burger berjenama Ramly. Setelah berfikir nak masak apa, timbul idea nak masak Daging Masak Merah. Resipi? Sama je dengan resipi Ayam Masak Merah yang pernah aku masak. Lebih kurang jer dengan resipi Ayam Masak Kicap yang pernah aku sediakan. Cuma ayam tu jer ditukar kepada daging.

Daging Burger Ramly

Daging Burger Ramly

Ahhaaa.. disebabkan daging betul tak ada, kita gantikan dengan daging burger. Jom kita tengok macamana resipi nak masak Daging Masak Merah ni.

Resipi Daging Masak Merah (daging burger)

Bahan-bahan untuk resipi ini:

  • Sebungkus Daging Burger (sebab daging tak ada kat rumah).
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar bawang (aku dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih)
    Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak resipi ini:

1. Potong daging burger dengan potongan kiub

potong daging burger

potong daging burger

daging burger potongan kiub

daging burger potongan kiub

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

3. Tumiskan cili kisar dan bawang sehingga keluar bau wangi menusuk hidung

tumisan cili

tumisan cili

tumisan cili campur bawang

tumisan cili campur bawang

4. tunggu beberapa ketika dan masukkan daging burger.

masukkan daging burger

masukkan daging burger

5. Gaul tumisan dengan daging burger tadi.

6. Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Anak-anak aku memang suka makan dengan yang kuah banyak. So aku memang akan buat kuah banyak.

7. Masukkan garam

masukkan garam

masukkan garam

8. Besarkan api dan tunggu seketika

9. Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.

10. Aku suka kuah yang sedikit pekat. Jadi aku biasanya tak tambah air banyak sangat dan akan biarkan sehingga kuah menjadi pekat.

resipi-daging-masak-merah-mula-masak

11. Siap!

12. Kemudian tutup api dapur dan siap untuk dihidangkan

Daging masak merah

Daging masak merah

Simple kan? Rasanya pun sedap juga. Resipi ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar yang memasak sendiri seperti pelajar yang belajar diluar negara. Ia adalah kerana ia mudah untuk disediakan, ringkas, dan rasanya sedap. Lagipun ia fleksibel. Jika ada daging anda boleh masukkan daging. Tapi jika tiada daging, daging burger pun boleh.

Eh bukan pelajar pun boleh cuba jugak tau. Pasangan baru kahwin, orang bujang yang memasak sendiri pun boleh cuba resipi ini.

Jadi, apa lagi? Jom cuba masak dengan resipi ini. Nampak macam ringkas tapi percayalah, ianya sedap!!!

Selamat mencuba Resipi aku, Resipi Daging Burger Masak Merah.

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: