Restoren Makanan Haiwan Pelik Di Guangzhou

Sewaktu trip ke Guangzhou baru-baru ini, aku ada terserempak dengan satu restoren ini. Ia adalah restoren makanan haiwan pelik-pelik. Sebenarnya tak de la pelik sangat haiwan tu. Cuma kita di Malaysia ni tak makan la haiwan tu. 😆 Tambah-tambah lagi kita orang Islam.

Lupa pulak aku nak snap gambar signboard nama kedai tu. Tapi restoren ni terletak tak berapa jauh dari hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Landmark Guangzhou.

Namun lawatan aku dan kawan-kawan ke kedai ini bukanlah termasuk dalam itinerary Public Mutual ya. Ini adalah inisiatif sendiri, aktiviti di malam hari. Ada masa terluang sikit. Sebenarnya kami sedang dalam perjalanan untuk mencari kebab kambing yang dijual oleh Muslim Iran di sana. Halalan Toyyiban katanya.. 😳  So, alang-alang lalu depan kedai kami singgah la kejap untuk meninjau dan snap gambar.

Berikut adalah galeri gambar kat restoren tersebut:

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: