Review aplikasi android Denaihati terbaru

aplikasi aku terpampang gah di skrin smartphone aku

aplikasi android Denaihati terpampang gah di skrin smartphone aku

Blog Denaihati memang selalu kehadapan dalam banyak perkara. Ada saja yang difikirkannya yang melangkaui fikiran blogger biasa. Inilah di antara salah satu sebab mengapa blog ini selalu mendapat anugerah demi anugerah.

Yang terbaru blog Denaihati telah membuat satu lagi inovasi dalam dunia blog. Satu aplikasi Android blog Denaihati telah diterbitkan. Idea untuk mewujudkan aplikasi android ini sudah agak lama aku dengar dari mulut Tuan Haji Amir. Ketika itu aku sendiri yang bertanyakan kepada beliau tentang aplikasi android untuk sesebuah blog. Waktu itu kami berserta dengan beberapa orang blogger lain sedang dalam majlis pelancaran aplikasi android Chef Jo. Ianya sebuah aplikasi tentang masakan oleh chef terkenal itu.

“Tuan, blog Denaihati tak nak buat aplikasi macam ni ke?”, tanya aku kepada beliau.

Beliau menjawab dengan tersenyum: “Tunggu sedikit masa lagi”.

Nah sekarang aplikasi sudah dilancarkan. Hebat! Segala perancangan blog Denaihati berjalan dengan begitu lancar. Sudah semestinya ia dibuat dengan perancangan yang rapi . Syabas diucapkan!

Aku mula install aplikasi ini pada minggu lepas. Aku sudah cuba dan alami sendiri pembacaan dengan menggunakan aplikasi ini. Memang mudah untuk pembaca dan pengikut Denaihati untuk mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru dari penulis blog Denaihati dengan menggunakan aplikasi ini. Terutama pembaca yang menggunakan smartphone. Tidak perlu lagi masuk ke browser dan menaip url Denaihati. Apa yang perlu dibuat ialah klik sahaja icon aplikasi Denaihati dan anda akan dibawa dengan pantas ke blog Denaihati.

Aku terfikir dan telah bertanyakan kepada penyelenggara blog Denaihati iaitu saudara Sifu Eizil. Aku agak ragu-ragu apakah dengan melayari blog Denaihati dengan menggunakan aplikasi ini boleh menyumbangkan trafik kepada blog tersebut. Aku rasa macam tidak boleh.

Telahan aku dipersejui oleh saudara Eizil. Namun jawapan sebenar masih belum pasti. Seeloknya perlu ditanya kepada tuan punya blog Denaihati sendiri. Akan tetapi jika sekadar membaca tidak memberikan trafik sekalipun tidak mengapa. Slogan blog ini ialah hidupkan untuk memberi. Perkongsian yang dibaca tersebut merupakan pemberian yang akan menyumbangkan pahala sehingga penulis sudah meninggalkan alam ini. Ia adalah ilmu yang bermanfaat.

Apabila pembaca ingin meninggalkan komen, pembaca akan terus dibawa kepada browser samada versi mobile ataupun versi web. Maka di sini sudah tentu trafik yang menjadi idaman semua blogger termasuk Denaihati akan masuk.

Jom kita lihat paparan skrin yang telah diambil daripada smarphone aku:

latar belakang aplikasi denaihati yang mendamaikan

latar belakang aplikasi denaihati yang mendamaikan

salah satu entri denaihati

salah satu entri denaihati

barisan entri blog denaihati

barisan entri blog denaihati

senang untuk pembaca berkongsi entri Denaihati dengan rakan-rakan yang lain

senang untuk pembaca berkongsi entri Denaihati dengan rakan-rakan yang lain

antara laman sosial dan platform lain yang membenarkan entri Deanaihati dikongsi

antara laman sosial dan platform lain yang membenarkan entri Deanaihati dikongsi

Blog dan Media Sosial memang tak dapat dipisahkan. Ia merupakan medium pengantaraan untuk blogger berkongsi entri ataupun artikel mereka. Ia membantu menaikkan jumlah trafik sesuatu blog. Aplikasi Denaihati ternyata tidak meninggalkan aspek penting ini. Ini terbukti apabila pembaca boleh terus mengikuti status dan perkembangan Denaihati di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Facebook Denaihati

Facebook Denaihati

twitter denaihati

twitter denaihati

instagram Denaihati

instagram Denaihati

Youtube Denaihati. (Macam kenal je gambar yang atas sekali tu...)

Youtube Denaihati. (Macam kenal je gambar yang atas sekali tu…)

Syabas Denaihati atas pelancaran aplikasi android Denaihati ini. Moga ianya akan memberi manfaat kepada blog Denaihati dan kepada pembaca dan pengikut semua.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: