gambar lisa surihani bertudung

Review Filem Suamiku Encik Perfect 10

novel cinta

novel suamiku encik perfect 10

Filem Melayu

Hari Sabtu baru-baru ini, memang hari yang mencatat sejarah dalam hidup aku. Aku telah terjebak menonton filem melayu, Suamiku Encik Perfect 10. Serius, sebelum filem ini aku amat jarang tonton filem melayu kat panggung wayang.

Ada beberapa kali aku tengok filem melayu. Upin Ipin Geng Pengembaraan Bermula aku pernah tengok atas permintaan anak-anak aku. Lepas itu aku tonton filem animasi Super Squad. Itupun sebab ia adalah job yang aku dapat daripada PR untuk membuat promosi. Kemudian filem Rentap juga job berbayar yang aku dapat.

Bukan aku sombong ataupun tak support filem melayu. Tapi memang tidak pernah terdetik di hati ini untuk beli tiket dan layan filem melayu seperti filem ini. Malah cerita melayu kat TV pun aku jarang jugak tengok sebenarnya.

Namun pada hari Sabtu aku telah berjaya menonton sebuah filem melayu yang sedang ditayangkan sekarang, Suamiku Encik Perfect 10. Komen awal yang aku boleh buat adalah terima kasih kepada food bogger Hazman Fadzil yang sudi belikan tiket untuk aku saksikan filem ini.

Food Review

Sebenarnya kami berdua baru sahaja selesai membuat food review di Restoran Mozers Bukit Jelutong pada tengahari itu. Oleh kerana sesi food review kedua untuk hari itu di restoran rasa Sepanyol, Restoran Corona Del Mar diadakan pada pukul 7 malam, jadi kami ada banyak masa terluang.

Kebetulan pula pawagam TGV tu terletak dalam Encorp Strand Mall sahaja, tak jauh daripada Restoran Corona Del Mar.

strand mall

Encorp Strand Mall pusat membeli belah baru di Kota Damansara

TGV

suasana TGV yang agak lengang

Sinopsis Filem Ini

gambar tiket wayang

tiket filem suamiku encik perfect 10

Segalanya bermula dengan pertemuan secara tidak sengaja di antara Aleeya Azmeen (Aleeya), seorang pelajar universiti di London dan Zarief Danial (Zarief), seorang ahli perniagaan. Mereka ditakdirkan duduk sebelah menyebelah di atas kapal terbang yang akan membawa mereka pulang ke Malaysia daripada Heathrow, London.

Aleeya terpaksa pulang tergesa-gesa kerana mendapati dirinya sedang mengandungkan anak luar nikah hasil daripada dia dirogol oleh bekas kekasihnya Syed Muzafar.

Plot menjadi semakin menarik apabila Zarief telah bersetuju berlakon sebagai suami Aleeya untuk menyembunyikan cerita sebenar. Sikap Zarief yang sangat sempurna, mengambil berat dan sangat baik hati itu menjadikan Aleeya jatuh cinta tanpa disedari.

Zarief pula sudah mempunyai tunang yang juga seorang pelakon iaitu Azura Hanim (Azura). Azura yang hidup bebas telah bersekedudukan pula dengan jurukamera Akram.

Menyedari cintanya sangat kuat terhadap Aleeya, Zarief telah membuat keputusan drastik memutuskan tali pertunangan dengan Azura. Namun suasana menjadi semakin tegang apabila Syed Muzafar muncul kembali di tengah-tengah perhubungan mereka berdua dan menuntut anak di dalam kandungan Aleeya.

Bertambah getir apabila keluarga Syed Muzafar telah campur tangan supaya Aleeya berkahwin dengan anak mereka. Ini disebabkan wasiat pembahagian harta keluarga mereka yang hanya akan memihak kepada mereka jika Syed Muzafar mempunyai zuriat.

Hmmmm.. Siapakah yang akan menjadi suami Aleeya? Adakah Syed Muzafar yang merayu supaya diberikan peluang kedua untuk dia bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan terhadap Aleeya? Atau adakah Zarief yang dianggap sebagai perfect 10 oleh Aleeya?

Anda kena saksikan sendiri la ek…

Aku selitkan selingan filem ini sikit:

Komen sohoque[dot]com

Rating 4.2 daripada 5 bintang aku berikan kepada filem ini. Dan aku rekomen anda semua pergi menonton cerita ini. Filem yang agak menarik jalan ceritanya dengan lawak romantik.

Memang di luar jangkaan aku. Aku ingat filem ini biasa-biasa sahaja. Tetapi ia melampaui jangkaan aku.

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: