Rezeki Dari Allah Jua, Blogging Hanyalah Sebagai Usaha

Alhamdulillah.. rezeki daripada buat blog (blogging).

Ramai di antara kita yang buat kenyataan seperti itu apabila mendapat rezeki daripada hasil usaha mereka menulis blog. Ya, aku faham maksud mereka. Mereka tahu yang sebenarnya cuma cara melafazkan sahaja mungkin tak betul. Aku pun terkadang ada jugak membuat kenyataan seperti itu. Tanpa sedar.

Hari ini aku terfikir. Sebenarnya ayat yang patut keluar dari mulut dan tulisan kita di ruangan media sosial dan blog adalah sepatunya seperti ni:

Alhamdulillah. Dapat rezeki daripada Allah. Hasil daripada aku buat blog.

Rezeki adalah pemberian Allah. Namun usaha itu wajib. Kalau tunggu rezeki datang, memang tak akan datang. Allah bagi pengajaran kepada kita melalui kejadian sekeliling kita. Lihat sahaja burung. Berpagi-pagi lagi sudah keluar mencari rezeki. Lewat senja baru pulang ke sarang. Untuk apa? Untuk mencari rezeki. Jika burung tersebut hanya duduk sahaja di dalam sarang mereka, adakah rezeki akan datang bergolek kepada dia. Tentu tidak bukan?

berpagi pagi dalam mencari rezeki dijamin rezeki oleh Allah

berpagi-pagi dalam nencari rezeki adalah amalan yang dituntut sunnah

Kenapa burung keluar di awal pagi untuk mencari rezeki? Adakah sebab dia berkerja mengikut waktu pejabat? Adakah kerana dia mengejar punch card? Tidak, jawapannya kerana rezeki senang datang jika keluar di awal pagi. Malah ada sebuah hadith tentang berpagi-pagi mencari rezeki ini:

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.” (At-Tabrani) – sumber

Jika burung yang tiada punya akal membuat sesuatu yang menguntungkan mereka, sesuatu yang digesa oleh nabi SAW mengapa kita tidak berbuat demikian? Allah sebenarnya memberi kita ilham dengan melihat tabiat alam sekeliling kita. Namun semuanya itu adalah untuk orang-orang yang berfikir (tentang kejadian allah – Ulul Albab).

Sebagaimana rajin mengemaskini blog sekalipun, seberapa rajin blogger tersebut pergi event pun, seberapa ramai blogger tersebut kenal PR ataupun syarikat pengiklanan pun, jika Allah tidak izinkan rezeki datang kepada kita, memang kita tak dapat rezeki tersebut.

Sebab itu, kita kena jaga-jaga dengan perasaan riak dan ujub dalam diri kita. Kadang-kadang kita rasa kita mudah dapat rezeki. Orang berusaha bersungguh-sungguh tapi susah untuk dapat rezeki. Tapi kita, usahanya biasa-biasa sahaja tapi terus menerus mendapat rezeki. Waktu itulah syaitan laknatullah akan cucuk jarum halus berbisanya. Dia akan menghasut mengatakan yang rezeki tersebut datang kerana usaha kita. Terdetik sahaja perasaan begitu, terus kita akan menjadi orang yang riak lagi ujub.

rezeki, ajal dan jodoh sesuanya ditangan Allah

Riak umpama virus dalam diri yang memakan pahala kebaikan dan menjauhkan diri daripada Allah yang memberi rezeki

Persaan riak ini amat bahaya jika ada di dalam diri kita. Ia akan memakan pahala kebaikan yang kita buat sebelum ini. Orang yang sentiasa ada riak di dalam dirinya adalah orang yang muflis di hari akhirat kelak. Dosa riaknya akan memakan pahala kebaikan sehingga habis. Ia seperti anai-anai memakan kayu dengan senyap. Habis kita kalau jadi macam itu.

Malah riak ini dianggap sebagai syirik kecil. Kita membesarkan diri kita dengan melupakan Allah sebagai tuhan pencipta kita. Kita merasakan bahawa kita yang memberi rezeki tersebut untuk kita dengan usaha kita dengan melupakan segalanya adalah dari Allah. Naudzubillah…

Astaghfirullah. Jika kita sedar kita telah rasa seperti itu, cepat-cepatlah beristighfar. Moga Allah ampuni dosa kita. Lagipun Allah amat suka orang yang suka beristighfar dan meminta ampun serta bertaubat dariNya. Sesungguhnya keampunan Allah amatlah luas. Sebesar lautan manapun dosa hambaNya, besar lagi ruang keampunan dariNya.

Jadi hendaklah kita sentiasa menjaga hati dan fikiran kita daripada sifat riak, takabbur dan ujub. Ingatlah, rezeki adalah daripada Allah. Pekerjaan kita dalam blogging dan lain-lain perkerjaan hanyalah usaha kita. Hanya sengan redhaNya kita mendapat rahmat dan segala nikmat.

Ya Allah, murahkan rezeki kami. Kurniakanlah kami rezeki yang halalan toyyiban. Ameen.

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: