Rezeki Dia Allah Sudah Tetapkan, Aku Hanyalah Penyebab Sahaja

Pagi ini aku dengan bersemangat waja bersiap untuk berkerja. Beberapa prospek dan nombor telefonnya telah dikemaskinikan untuk di follow up seterusnya menetapkan tarikh dan masa untuk temujanji (appointment).

Sebelum itu aku terpaksa ke TNB dahulu untuk menyelesaikan bil dan mengisi borang autodebit ke akaun credit card.

Sesampai di bandar Shah Alam, aku agak pelik. Kenapa bandar agak lengang. Bila aku memeriksa dengan seorang kawan, barulah aku sedar bahawa hari ini hari kelepasan am negeri Selangor sempena keputeraan sultan. Ini semua gara-gara bersemangat untuk mengejar insentif dan trip untuk tahun hadapan yang baru diumumkan oleh syarikat unit trust tempat aku bernaung pada malam tadi. Aku pilih untuk trip ke Turki. Inshaa Allah, dengan perancangan yang jitu, sasaran akan tercapai.

Jadi sementara merangka plan B, aku singgah bersarapan di restoren mamak di sini. Sambil minum aku sempat update sohoque.com ini. Sudah menjadi rutin aku untuk melawat blog otai INI pada setiap pagi untuk mendapat tips blogging. Blog INI juga seringkali mendapat perhatian aku.

Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang gadis penjual buku. Diantara buku-buku julannya adalah planner Islam tahun 2013. Seperti biasa aku menolak dengan lembut bila penjual buku sebegini datang meminta izin untuk menunjukkan buku-buku jualan syarikatnya.

Tetapi gadis ini lain sedikit berbanding dengan penjual buku sebelum ini. Jika sebelum ini penjual buku face to face sebegini dilatih supaya menyempurnakan persembahan mereka walaupun pelanggan sudah berkata tidak, namun gadis ini berlainan pendekatannya. Dia hanya tersenyum dan akur bila aku menolak untuk mendengar penerangannya. Namun sebelum dia beredar dia sempat menunjukkan planner Islam 2013 dengan senyuman ikhlas dan penuh mengharap.

Muka depan dan belakang Planner Eksekutif Islam 2013

“Bagus planner ni bang. Ada banyak tips dan kisah tentang Islam di dalamnya. Kalau abang dah ada planner, abang boleh jadikan ia sebagai hadiah untuk anak, isteri ataupun kawan-kawan abang. Bagi kat klien abang pun sesuai”, tuturnya lembut dengan senyuman yang meleret.

Antara pengisian Planner Eksekutif Islam 2013

Kalendar 2013 dan 2014 turut dimuatkan

Perasaan aku bercampur antara tiada mood untuk melayan dan kesiankan dia yang berkerja untuk mencari rezeki yang halal.

“Belilah bang. Satu RM6 je. Kalau abang beli dua baru RM12”, ujarnya lagi.

Lantas aku menghulurkan tangan meminta planner tersebut untuk aku periksa pengisiannya. Memang betul. Ada tips dan kisah-kisah tentang Islam.

Aku pada mulanya memang tiada langsung keinginan untuk membeli planner tersebut. Tetapi oleh kerana rezeki dia Allah sudah tetapkan, hatiku terdetik:
“Beli je la, bukan mahal pun. RM6 je. Beli lah satu”.

Memang rezeki dia Allah sudah tetapkan bilamana aku dengan pantas mengeluarkan not RM10 dan membeli planner 2013 tersebut.

“Tidak mengapalah. Aku tolong dia cari rezeki. Esok-esok Allah tolong aku pula”, bisik hatiku. Malah ini juga adalah salah satu petua murah rezeki seperti yang aku kongsikan di dalam entri aku sebelum ini. Lagipun kerja aku pun melibatkan sales walaupun ia tidak melibatkan barangan fizikal. Jadi aku faham macamana perasaannya berhadapan dengan rejection.

Dengan lafaz “saya jual ya bang”, planner itu pun bertukar tangan. Sebelum dia beredar, aku sempat menghulur kad bisnes aku. Manalah tau kot-kot dia berminat untuk bertukar kerjaya kepada Perunding Kewangan Islam pula selepas ini.

Moga planner ini akan memberi manfaat kepada aku jika aku menggunakannya ataupun memberi manfaat kepada orang yang bakal aku hadiahkan jika aku membuat keputusan untuk jadikannya hadiah.

Memang rezeki dia Allah sudah tetapkan. Yang perlu dia lakukan hanyalah berusaha untuk dapatkannya. Moga Allah memudahkan juga rezeki untuk datang kepada aku dan juga sahabat-sahabat yang membaca entri aku ini. Ameen.

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: